POSTED ON Jumaat, Mei 25, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah


cuba tengok gambar bawah ni

klik gambar untuk tumbesaran (printscreen sahaja)


haaa..apa dia ni?
dengan rasminya pada tanggal 24 Mei 2012
saya telah membuka akaun  TUMBLR!

TUMBLR?
apa tu?
macam mana ye nak terangkan?sebabnya saya pun baru nak menjelajah tumblr ni..tapi tumblr ni boleh dikira macam blog jugak..cuma nampaknya setelah di jelajah nampaknya tumblr lebih menarik..sebabnyaaaa....macam-macam boleh buat..anda boleh post gambar.quotes,lagu,video dan sebagainya...nak tahu lebih lanjut mungkin boleh minta tolong encik google kacak bergaya kita..lagi satu yang menariknya tumblr ni kita bagi saya senang dan mudah sebab kita boleh reblog apa-apa yang dipost oleh tumblr yang lain..tapi..dengan meletakkan source..jadi...tak ada lah timbul isu copy paste tanpa meletakkan kredit kan?

hmm jadi di sini nak menyeru rakan-rakan yang mungkin berminat dan mempunyai masa terluang untuk 'ber'tumblr..tapi guna lah masa dengan sebaiknya..macam kita berfacebook juga tapi jangan sampai solat dan sebagainya terabai okeeey?

saya sudah mula jatuh hati dengan twitter selain blogger tapi jangan risau blog tidak akan diabaikan..mungkin post post yang pendek dan spontan akan dipost di tumblr dan yang lebig panjang akan di publish di blog seperti biasa yakni sebirulangitIlahi.blogspot..

jom follow saya di
tumblr : hananmahfuzah.tumblr.com

opps sebelum terlupa 
twitter juga ------> hananmahfuzah


zaman teknologi kini
macam-macam ada
namun bergantung pada diri
bagaimana menggunakan dengan sebaiknya
jangan jadikan teknologi ini dunia kita
kerana dunia kita di luar sana
realiti.


Allahu'alam


P/S : harap maaf jika entri kali ini biasa-biasa sahaja..akan update masa akan datang dengan entri yang lebih baik..insyaAllah..^_^


Label: , ,


8 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 23, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah

source : google


Yes.it is
Live well there my sis.
May Allah bless.
Be a murabbi,muaddib and mudarris.
Yes I love you.
Really.
I'm sorry for everything.



at KLIA.me and abah












Sarawak
be nice to her :")


P/s : Somehow when something is missing,then after that we realise it




Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 21, 2012 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

sumber : google


Orang kata

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
Mudah
Tepat
Tuntas
Eh betul ke?

Tapi jelas nyata dan terang maksud pepatah melayu yang wujud sejak dulu lagi
tapi tapi tapi!
Kadang-kadang perkara ni la yang paling payah kita nak buat dalam sehari-hari
Nampak macam benda kecik kan?

"alaa..tak sengaja la kak..dah terbiasa dengan kawan-kawan.."
"sikit-sikit jeee..takkan tak boleh kottt.."

Lagi situasi

"Eh geram betul dengan dia tu..buat itu ini...bla bla bla..."
"Hmm..haah setuju setuju!dah lama sangat geram jugak..ingat aku sorang je..ada jugak geng rupanya.."
sorang lagi kawan datang menyampuk
"Haa cerita apa ni?oo dia tu?bla bla bla....."

Lihat
Kadang-kadang bila sambung sambung apa orang cakap cerita itu ini bawak kepada perkara lain.
Apa dia?
Mengumpat!

Sorang kawan cerita marah dengan si dia
Sorang kawan lagi menambah-nambah merancakkan kemarahan
Kemudian datang sorang lagi.
tup tup
Ramai lagi
Sambung-menyambung berlaku
Entah sampai bila tak tahu

Kan lebih baik diam?
Ya bukan kita tak nak bagi respon tapi kadang-kadang diam itu lebih baik kan?
Atau pun kata yang baik! Bukan menambah lagi marak api tu.
Dalam apa-apa situasi pun
Ada masa kita perlu bersuara
Ada masa kita lebih baik diam
Ada orang mudah berkecil hati dengan satu patah kata pun yang kita keluarkan
Ada orang menjauh sebab lidah kita
Tapi diam kita bukan bermakna kalah!

Petik sedikit kata-kata dari laman langitIlahi.com dalam satu entri :

Diam itukan lebih baik
Kurang kesalahan
Kuranglah dosa
Dan banyak diam tidak semestinya bodoh
Banyak bicara tak semestinya cerdik
Kerana kecerdikan itu buah fikiran
Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari bodoh yang banyak bicara

DAN...

Kadang-kadang dengan banyak bicara itu lebih menzahirkan kurangnya cerdik seseorang itu.


Mungkin anda pernah dengar :

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".


Jadi anda nak yang mana? Syurga atau neraka?


PENUTUP

Sama-sama kita ingatkan diri kita yang selalu terlupa
Kita ada panduan yang menjadi pegangan kita.
Al-Quran dan as-sunnah RasulNya

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Bukan menghalang dari berbicara
Tapi biarlah berpada-pada
Cakap yang baik ataupun diam lah.
Tapi jangan pula diam bila nak bercakap yang benar!


Allahu'alam

P/S: mudah-mudah post yang ringkas mungkin manfaat bersama ^_^

#sedang belajar meminimumkan masa menulis entri yang kadang-kadang nak buat yang pendek tapi terlama dan panjang..mudah-mudahan :)








Label: ,


7 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Mei 18, 2012 by Nuur Shahirah \\

bismillah

sumber : google
*tak tahu kenapa letak gambar ni tapi comel kan?

suatu hari itu
dia jalan-jalan
jalan-jalan di suatu tempat
ya
tempat tu macam-macam ada
ada bunga
eh ada juga duri

ada banyak  jalan dan lorong
ada jalan bahagia
ada jalan derita
ada jalan sedih
ada jalan gembira

dia berjalan lagi
kadang-kadang dia keseorangan
kadang-kadang dia berteman
namun dia terus berjalan
sebab perjalanannya masih jauh
di hujung sana ada yang menanti

yang pasti mati setia menanti
entah bila
mungkin sekarang
mungkin esok
mungkin lusa
aduh sampai bila dia tak tahu

sekarang perjalanan sudah bertemu satu perhentian
di perhentian itu
dia belajar
dia bersahabat

lalu kini dia berjalan lagi
jumpa satu jalan
mungkin juga jalan berduri
lantas dia meniti jalan itu
meski tahu jalan itu berduri
tapi di tengah-tengah perjalanan itu
dia kutip cebisan-cebisan
kelopak-kelopak bunga
lantas membuatnya tersenyum
di sebalik keindahan bunga itu
yang membuat dia bahagia
walau sekejap mungkin

tup
terasa titisan air jatuh di atas kerudungnya
hujan
langit menangis
lalu berlari mencari tempat berteduh
jumpa satu tempat berteduh
yang sedia menanti
menanti mereka yang mahu berteduh
tanpa jemu
tanpa resah

lantas termenung di situ
termenung dan termenung lagi
apa yang bermain di minda
langsung tak terungkai
namun
di tempat berteduh itu
dia jumpa
dia jumpa kasih
juga rahmat dan hidayah
dari siapa
dari Penciptanya

dia tahu kini
di situ dia kembali
kembali mencari
kembali koreksi
dia kadang terleka
mana mungkin dia terus terhenti di jalan berduri itu
kerana dia tahu itu bukan penghalang
Yang Mengetahui itu memberi sedikit tamparan
memberi sedikit cubitan
supaya dia sedar
hakikat hidup ini
banyak yang harus ditempuh
bukan satu
bukan sepuluh
malah mungkin juga bukan seribu
tak diketahui dek akalnya
tak tercapai juga oleh hatinya

dia harus bangun
melihat terbitnya sinar pelangi
selepas hujan itu
melihat pancarnya cahaya kasihNya
mengambil kembali kasih dan tali dariNya

jangan lagi hilang tempat berteduh
jangan lagi hilang tempat bergantung
jangan lagi hilang tempat berharap
yang selamanya sedia menanti
tak pernah jauh
tak pernah hilang
cuma dia sendiri yang kadang menjauh

dan dia bangun
setelah hujan berhenti
meneruskan perjalanan
mengangkat tangannya
menunduk lemah
menahan tangis
memohon titipan rahmatNya di tempat berteduh itu
moga langkahnya selepas ini
tidak hilang dari pandanganNya
senantiasa dalam restu redha Yang Maha Kuasa
Allahu rabbi..

lalu dia terus berjalan
kadang-kadang berhenti di persimpangan
mencari pedoman
mencari tujuan
agar perjalanannya nanti bukanlah sia-sia
kerana kelak nanti saat bertemu Khaliknya
dia lebih bersedia
moga nanti dia dapat juga bertemu mereka
tersenyum menantinya di syurga sana
kekal abadi..


 "Ya Allah I know you are there. I know you see my tears. I know you hear my prayers. I know you are 
testing me. And all I ask from you is to strengthen my iman so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord. My Allah. Please keep me safe.."




# entah sejak bila bermadah-madah macam ni..tapi mungkin ada masanya..apa-apa pun 
   i love writing when sometimes it comes deeply from my heart..yeke dari hati?

   Allahu'alam :)

P/S : mudah mudahan dapat manfaat mungkin apa yang tersurat dan tersirat di situ.  ^_^














Label: , , , , , , ,


4 comment(s)
POSTED ON Selasa, Mei 15, 2012 by Nuur Shahirah \\


bismillah
Allahumma barik lana..
eh kejap bukan nak makan..
silakan scroll lagi ke bawah.. ^_^


sumber : google






tengok gambar di atas nampak sedap..ayam masak apa eh?masak kicap?bukan kot..masak madu? Eh ada ke? Terima kasih encik google.nama nya szechuan chicken.. Jangan tanya saya apa tu? Sejujurnya tak pernah masak pun macam dalam gambar tu.. Ok kita pergi topik asal..dapur.kitchen..tak tahu dapur tu apa?Kitchen tahu? Tipu la tak tahu..bila perut buat lagu lagu keroncong ke lagu nasyid ke lagu ombak rindu keee destinasi yang menjadi kegemaran sudah semestinya kalau tak tudung saji peti ais tak pun periuk-periuk atas dapur tu kan..cakap pasal masak memasak ni biasa la zaman zaman remaja dulu kanak-kanak perempuan*eh betul ke term ni..mesti dan semstinya ada beli mainan yang ada periuk kuali pinggan mangkuk sudu garfu semua tu kan?haaaa jangan tipu tak nak mengaku!saya mengaku memang dulu suka main masak-masak..selain dari anak patung bagai tu..kalau kaum adam tu mesti pernah tengok adik-adik perempuan main kan?agaknya memang naluri perempuan ni dari kecil kan..tapi tapi tapi nak cakap pasal apa sebenarnya ni???


"tolong explain boleh tak??penat tunggu ni..kalau cakap pasal masak mummy saya pun boleh cakap =_="


"haah kakak adik saya pun boleh apa..masak air buat maggi..alaa senang je tu..takkan nak cakap pasal tu jee..adoi.."

okay okay mula-mula terlintas nak tulis post kali ini bila terbaca satu artikel di langitIlahi.com tentang kerajaan wanita ni. Dalam artikel tu disebut tentang peranan wanita ni bila kat dapur. Mungkin boleh baca artikel tersebut nanti. Apa yang saya dapat daripada artikel tersebut ialah ( bagi point la senang sikit eh? )

1-“Kitchen is every woman’s kingdom”


 Apa yang dimaksudkan ialah dapur ni adalah kerajaan kecil wanita?haa kalau diperhati betul-betul dapur ni
 kalau kita lihat dari sudut pandang yang berbeza ada hubungannya dengan pembinaan keluarga sakinah dan
 mawaddah. Macam mana? jom teruskan..


2- Pemakanan sehari-hari dari dapur rumah


Dalam sehari-hari kadang terfikir tak apa yang kita makan tu datang dari mana? Halal?pasti? Jadi nak lebih selamat nilah peranan wanita atau pun senang cerita emak mama ummi kita.. Kalau seseorang mak tu mesti dia akan pastikan keluarganya makan apa yang baik dari sumbernya dan khasiatnya kan.. Sebagai contoh takkan lah seorang ibu nak bagi anak-anaknya makan maggi sedangkan dah terang lagi bersuluh maggi tu tak elok untuk kesihatan kan? Apa lagi kalau makanan yang ada MSG pewarna semua tu.. Yang penting sudah semestinya perlunya seorang wanita di dapur itu akan memastikan makanan yang dimasak halalan tayyiban.. Jadi nampak kan kenapa dapur tu boleh jadi kerajaan meskipun kerajaan kecil bagi wanita? Kalau apa yang dimakan tu berkhasiat dan baik insyaAllah lahirlah generasi yang baik sebabnya apa yang kita makan tu akan menjadi darah daging kita betul tak?


MUSLIMAH MASTERCHEF WANNA-BE  !




Owh ye sejak bila saya mula belajar memasak? Tak ingat pun sebenarnya.. Mungkin sikit sikit la kot.. Mula-mula masak air dulu ke.. Kemudian masak nasi kot..lepas tu baru la mula tengok sikit-sikit.. Mungkin lepas PMR atau lepas SPM tengah cuti lama tak buat apa-apa kan..kerja pun ada la sekejap.. Tapi mula-mula rasa macam payah jugak memasak ni.. Sebab nak kena sedia itu ini tapi sekarang mula rasa seronok belajar.. Saya mula suka kerj masak memasak ni..suka cuba benda baru.. Teringin itu ini boleh buat sendiri kan?takda la nak tunggu orang lain buatkan..kan ke senang tu?jadi..wahai wanita-wanita muslimah sekalian jom kita jadi masterchef muslimah! Macam dalam masterchef Malaysia tu tapi master master lagi..mungkin satu hari nanti kita akan jadi isteri ada rezeki lagi ibu kan..takpun sekarang memasak untuk keluarga kita..dan tak lupa juga kawan-kawan di luar negara yang berdikari memasak..sangat suka melihat semangat mereka memasak tak kira lelaki atau perempuan..seronok! Dan.. Lagi bagus kalau kaum adam pandai masak boleh tolong emak kakak isteri memasak.. Baru best.. Dapat pahala tolong mak sambil tolong siang-siang ikan ke potong-potong sayur ke kan kan kan? Tak susah pun.. Alah bisa tegal biasa la.. :)




PENUTUP


Apa-apa peranan wanita bukan sekadar di dapur je. Jadi wanita-wanita sekalian mungkin boleh mula belajar memasak sekarang. Bukan nak kata tak pandai masak tu tak bagus tapi bila anda baca entri ni mungkin dapat sedikit sebanyak kenapa pentingnya dapur dalam tangan kita kan?Ohh sebelum terlupa saya sangat berharap ada sesiapa di sana yang boleh ciptakan saya satu skrin elektronik yang boleh letak kat dapur dan boleh senaraikan terus bahan-bahan apa yang perlu.. Al maklumlah tengah belajar masak.. Malas nak salin mungkin.. Okey takpe takpe kita susah susah dulu senang kemudian..*tapi kalau ada yang sudi nak cipta pun bolehhh..sebelum tamat rasa nak share sesuatu dapat dari fb Genius Aulad (I would like to be like that one fine day ^_^)


TELL MYSELF

Let me be awake.


Let me not be lulled to sleep by youtube.


Let me put down my Iphone, the laptop, the television.


Let me keep first priorities first.


Let me stoop myself the lowest as His slave.


Let me seek the joy in the duty and beauty of being a parent.


Let me live fully alive.

From: Mother of 3 girls and a boy,


Bukit Rimau, Shah Alam.







sekejap sekejap! Nak share gambar semasa dalam proses memantapkan skill memasak*mungkin




hasil ajaran cikgu google :)




cucur ikan bilis marii....





P/S : ilham dari artikel dari langitIlahi.com tajuknya Kerajaan Wanita (mungkin lebih jelas apa yang 

disampaikan penulis)

# maaf entri yang biasa-biasa sahaja dari saya untuk perkongsian.
 Moga dapat manfaat.
 wallahu'alam

tulus ikhlas dari mastercheF muslimah wanna-be




Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Khamis, Mei 10, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar [ al-Ankabut 29 : 45 ]

sumber : google


macam mana nak jadi baik?post sebelum ni ada menyebut persoalan..kalau masih ingat dalam post heart.hati.qalbun..dalam entri tersebut saya menyentuh tentang hati kan..tapi setelah di belek-belek buku Beduk Diketuk saya terjumpa sesuatu yang boleh dikongsi..mungkin boleh dikongsi serba sedikit dalam entri ni untuk manfaat bersama..

satu ungkapan yang disebut oleh Ustaz Pahrol dalam buku beliau

"Jika ingin membaiki dunia,kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat."

Satu situasi Ustaz Pahrol bawakan dalam tajuk ini :

"Saya nak baiki diri. Daripada mana saya harus bermula?"
"Mulakan dengan memperbaiki solat,"cadang saya.

"Mengapa solat?"
"Awak nak jadi baik bukan?"
"Kalau nak jadi baik perlu solat.."

"Agaknya kenapa awak kata begitu ya?"
Saya menceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian. Rasulullah menegaskan.solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?"
"Itu yang saya katakan.dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya..bila solat dah baik., insyaAllah orang itu akan jadi baik."

Persoalannya bagaimana?
Antara perkara yang disebut Ustaz Pahrol ialah :

Hardware dan software solat
 Owh solat pun ada hardware dan software?ingatkan komputer jeee..apa yang beliau maksudkan?macam ni apa yang dimaksudkan ialah dengan mencari hardware dan software solat yakni yang melengkapkan solat kita.Kalau kita ada komputer atau laptop mesti kena ada sofware dan hardware kan?baru la lengkap kalau tak macam mana nak berfungsi kan?

Apa software dan hardware nya?
Hardware : rukun fi'li atau perlakuan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.
Software  : rukun qauli iaitu pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

fahami situasi di bawah bagaimana Ustaz Pahrol menerangkan 

"Cari ilmu yang bagaimana?"
"Cari makna bacaan surah al-Fatihah..bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirannya.Cari simbolik daripada perlakuan rukuk., sujud dan berdiri betul."

"Oh bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itupun ya juga. Tetapi itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."
"Kita perlu jaga tujuh anggota sujud kan?"
"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum pada Allah dalam sujud kita..itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"
Saya mengangguk.Saya menegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati kita ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

ok dapat?sekarang masuk tentang khusyuk..

"Kalau tak tak khusyuk,semacam tak berguna kita solat. Betul tak?"
"Betul. Tapi nak khusyuk perlulah kita solat dulu. Perlahan-lahan kita tingkatkan mutunya."
"Lambat ya?"
"Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata."



Konklusi

Betul kan?Memang kita mencari kekhusyukan itu tapi bermula dengan solat. Kalau tak solat mana nak datang khusyuk kan? Kadang-kadang kita nampak jalannya tapi memang payah kalau kita tak usaha betul?Dulu-dulu masih ingat lagi zaman-zaman sekolah ustazah suruh hafal itu hafal ini. Praktis dalam kelas.Kita siap ada amali lagi.. Kita dibagi semua tu dulu yang tinggal sekarang kita ambil semula dan cuba amalkan.Ya memang payah tapi kalau tak paksa tak jalan kan? Kalau bukan diri kita sendiri paksa tolak diri kita siapa lagi? Nak tunggu emak ayah? kawan-kawan? ustaz ustazah? ingat kata-kata Ustaz Pahrol nak jadi baik memang lambat tapi kena usaha..benda baik memang kadang-kadang kena paksa lama kelamaan kita akan terbiasa dan istiqamah.InsyaAllah mudah-mudahan. Saya juga mengingatkan diri sendiri dalam entri kali ni moga-moga kita dapat manfaat bersama. Teringat kata-kata Ustaz Zainol dulu dalam kelas bahasa Arab tentang menjaga solat lebih kurang macam ni

" Kamu jangan lewat-lewatkan solat..kamu bayangkan kalau kamu tengah seronok-seronok tengok tv tiba-tiba Allah tarik nyawa kamu sedangkan kamu belum solat lagi..macam mana? "

Sampai sekarang masih teringat kata-kata beliau ni dan ayat ni lah yang selalu ingatkan diri sendiri supaya jaga waktu solat. Kemudian pagi tadi scroll down news feed di facebook ternampak satu status dari seorang Presiden iluvislam.com saudara Imran Koyube. Apa yang sangat saya kagum tentang beliau ialah beliau seorang yang masih muda namun boleh dikatakan jutawan muda mungkin. Sehari- hari melihat perkembangan beliau bekerja dari pagi ke malam dan usaha-usaha beliau memajukan Islam..okay apa yang beliau katakan begini :

"How to sustain or increase our iman? One of the ways - taking care of our solat :)"

Saya kira di sini mungkin inilah rahsia kejayaan beliau dalam kerjayanya. Cuba fikir-fikirkan kenapa sehari-hari kita dengar azan ada seruan 'MARILAH MENUJU KEJAYAAN' ??


wallahu'alam

#saya lebih senang menggunakan apa yang Ustaz Pahrol tulis dalam bukunya untuk disampaikan dan menyimpulkan apa yang beliau sampaikan. Rasa nak lagi?beli buku beliau!ok promote


10052012
0251 PM

Label:


2 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 09, 2012 by Nuur Shahirah \\


bismillah

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
                                                                                                                  [  Al Anbiya’: 35  ]

sumber : google






mati itu pasti
cuma waktunya belum pasti

cadangnya hari ini nak berkongsi sesuatu dari bahan bacaan.pernah dengar Ustaz Pahrol Mohd Juoi..alaa yang buat buku Kerana Cinta tu..amboiii buku tu tau aje..takpe takpe..cuma kali ni nak berkongsi satu buku tulisan beliau jugak tajuknya Beduk Diketuk..asalnya segmen Beduk Diketuk ni ada dalam majalah Solusi tapi kali ni dikumpulkan dan dibukukan..ok kita teruskan..topik hari ni Orang Jahat Mati Lambat?serba sedikit apa yang ada dalam buku ni..tapi mungkin dapat kongsikan sikit je laa takut nanti terlalu panjang entri penat nak baca kan?

P/S : saya dalam dialog di bawah merujuk kepada penulis buku :)

kadang-kadang kita selalu dengar macam ni

"kenapa orang baik mati cepat?"
"kenapa orang jahat mati lambat?"

"Imam Syafie meninggal dunia ketika berumur 51 dan 52 tahun.Imam Nawawi lebih muda dari itu," respon seorang sahabat tanpa memberi respon tentang mungkin ada sebab lain yang saya katakan sebelumnya.

"Mungkin ada sebab lain kenapa kita rasakan orang baik mati cepat,orang jahat mati lambat."saya cuba sekali lagi memancing perhatiannya.

"Apa yang kau rasakan?"

Ya,siapa agaknya akan dijemput oleh kematian terlebih dahulu?Tidak tahu bila,tetapi saat itu pasti tiba.Orang yang berbual tentang kematian ramai yang telah mati.
"Saya rasa orang baik dirasakan mati cepat kerana orang yang masih hidup belum puas menikmati kebaikannya!"letus saya.

"Manusia selama-lamanya tidak akan puas dengan kebaikan.Kebaikan itu fitrah semua manusia,"kata sahabat saya.

"Saya teringat satu peribahasa Cina yang mengatakan untuk mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup.."

"Maksudnya?"
"Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia.Apabila menikmatinya lagi..kalau boleh biarlah sampai seribu tahun."

"Kau tahu peribahasa itu ada sambungannya?"
"Sambungannya akan menjelaskan kenapa orang jahat dirasakan mati lambat,"tambah saya.
"Sambungannya begini..tetapi untuk mengenal kejahatan satu hari sudah terlalu lama!"

"Sekarang aku tahu kenapa orang jahat mati lambat..oppss..dirasakan mati lambat,"katanya membetulkan ayat.

"Manusia benci dan jemu kepada kejahatan.Satu hari dalam "merasakan" kejahatan dirasakan sudah terlalu lama."

Ya,sebab itulah orang yang jahat selalunya mati lambat.Bukan usia meraka yang panjang tetaoi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.


Konklusi

Kata-kata Imam al-Ghazali

"Cara kita mati ditentukan oleh cara hidup kita"
Ya mungkin kadang-kadang kita pernah mendengar pelbagai kisah bagaimana seseorang itu mati.
Ada yang baik ada yang buruk.
Semua bergantung pada cara hidup kita.

Allahummakhtim li bihusnil khatimah..wa la takhtim 'alaina bisuu-il khatimah
'Ya Allah akhirilah hidupku dengan husnul khatimah  dan jgn lah Engkau akhiri dengan pengakhiran yang buruk..'

panjatkan doa sehari-hari
mudah-mudahan kita pergi dalam keadaan yang baik.

wallahu'alam


sedikit perkongsian diambil dari buku tersebut
kalau nak lagi boleh beli tak mahal pun cuma RM26..
apa salahnya berbelanja untuk manafaat kan?

# Saat doa dipohon teringat arwah ayah.
Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.
Ameen.

Alhamdulillah tidak lupa juga telah genap umur saya 19 tahun
Moga Allah memberkati usia ini.
Ameen.



Label: ,


5 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 07, 2012 by Nuur Shahirah \\


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tersurat tersirat
DIA lebih mengetahui.

sumber:google

jom selak selak kembali nota cinta Dia bagi pada kita
masa lalu
masa sekarang
masa depan
lengkap!
perfect!

satu renungan hari ini :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah:216) 

kadang-kadang kita minta itu
kadang-kadang kita minta ini
tapi bukan semua kita dapat
kecewa
sedih
gembira
tawa

ingat janji Dia kat atas ni

hari ini keputusan UPU keluar..macam-macam gelagat nampak adik-adik ni..kat facebook ke kat twitter ke semua cakap pasal UPU..teringat tahun 2011..ingat lagi 6 Mei kalau tak silap keputusan UPU keluar..debar-debar pun ada..dulu memang nak sangat masuk UIA ambil kos farmasi..tapi tup tup keluar dapat USIM..alhamdulillah rezeki kat situ..sekarang dah habis pun..setahun..masa sekejap sangat berlalu..bila dah habis tamhidi emak cakap macam ni,

"hmm..kejap je dah habis..dulu nak sangat UIA kan?tapi bila dah ada kat USIM pun bagus jugak.."

hmmm..ada betulnya jugak..kadang-kadang kita tak nampak apa yang dah Allah rancangkan..dekat USIM banyak benda saya belajar..mungkin baru sekelumit tapi kita belajar dari pengalaman kan?oklah pada adik-adik yang dah tengok pun keputusan UPU tu..mudah-mudahan itulah yang terbaik buat kalian..mungkin bukan sekarang kita nampak..believe that one day soon you will see Allah gave the best for you..ingat kat mana-mana pun kita belajar kita satu tujuan dan niat..kita nak dapat keredhaan Allah..dengan itu kita berjaya menjadi orang yang berilmu dan bermanfaat kepada orang lain..masih ingat lagi dulu seorang ustaz kat maahad Ustaz Zainol selalu tegaskan begini :

"kamu tahu..orang paling baik ialah orang memberi manfaat pada orang lain.."

bertepatan dengan hadis :

Nabi saw. bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

hatta tukang sapu sampah pun beri manfaat pada orang lain..eh bukan nak suruh jadi macam tu..cuma nak cakap kat sini kat mana-mana pun ita jadi lah seperti yang terdapat dalam hadis di atas ni..lagi satu kata-kata dari Ustaz Sanusi yang mengajar kami di USIM subjek Quran and Hadith on Science..ustaz ni kadang-kadang suka bercerita pengalaman beliau belajar di negara orang..sampai satu hari beliau cakap macam ni :

"kat mana-mana pun belajar sama je..yang berbeza pengalaman.."

setuju?ya memang pengalaman yang membezakan kita..hatta kadang-kadang saya tengok kawan-kawan yang belajar luar negara..dalam hati.."seronoknya diorang..aku kat sini je.."..jap jap..tengok balik ayat kat atas ni..ok takpe dah memang Allah tetapkan aku kat sini..mungkin satu hari nanti ada rezeki mana tahu kan..insyaAllah..ok kepada adik-adik dan kawan-kawan yang dah dapat result UPU be thankful whatever it is..mudah-mudahan..insyaAllah..


Konklusi

Di sini saya nak berkongsi sedikit kata-kata
bukan dari saya pun.
but sharing is caring right?

if Allah answers your prayer, he is increasing your faith, if he delays, he is increasing your patience. if he doesn't answer, he has something better for you :)


# ingat nak buat post yang ringkas tapi laju pulak jari jemari ni menari atas keyboard
alhamdulillah.
mudah-mudahan manfaat sama-sama :)

wallahualam

Isnin
07052012
3.48 pm




Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON by Nuur Shahirah \\

bismillah.
begin.


sumber : google

boleh nampak apa dalam gambar atas ni?
 masjid.
air tasik mungkin.
awan.
eh..sekejap..awan tu bentuk hati
yep
hati
or sometimes we it called heart

hati..

tut tut.
one message received.

short note : hati-hati menjaga hati. ^_^

hati hati menjaga hati.ada apa dengan hati dan kenapa hati-hati menjaga hati?bila kita cakap pasal hati.mesti ada respon macam ni,

"hati?adoi..nak cakap pasal cintan cintun la tuuuuuuu..dah dah lah..penat la dengar..kat facebook ada..kat twiiter ada..senang cerita kat mana-mana pun ada lah..hailaaaaa..."

"hati..hati apa?hati ayam kah?hati lembu mungkin?kuang kuang..ok saya tak berminat.."

"hati kita raja..haah raja..king of ourselves senang cerita...kenapa saya cakap macam tu?cuba google nanti eh.."

baiklah.
what i'm supposed to write about this topic?
nak cerita apa ni?
ok lets start.
satu hari seorang sahabat bertanya

"macam mana nak jadi baik?"
saya jawab, "baik macam mana tu?"

owh..sebenarnya tak tahu nak cakap mana sebab saya pun bukanlah orang yang sempurna baiknya..kadang-kadang i did something wrong..mungkin ada yang kelihatan pada pandangan orang sekeliling dan mungkin juga antara saya dan DIA..tapi kadang-kadang kita perlu pandang dari sudut yang berbeza mungkin..ok highligthed kat atas tentnag hati..kita teruskan tentang hati @ heart @ qalbun..apa yang nak dicerahkan sebenarnya macam mana kata hati tu raja?king of ourselves?jom gali kata-kata ini :

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

dapat?ok kita sama-sama bedah ayat kat atas ni..kenapa hati jadi raja?analogi di atas terangkan kaitannya raja dan tentera kan?tapiiiiii..sekarang kita nak kaitkan dengan diri kita sendiri..apa kaitan hati dengan diri kita?antara jawapan saya pada kawan saya bila dia tanya soalan di atas (macam mana nak jadi baik?) lebih kurang macam ni..

" semuanya bermula dengan hati kita..pernah dengar kan hati kita raja?elok baik hati kita maka baiklah kita..ebersih hatinya bersih seluruhnya..the condition of our heart is directly proportional to ourselves..kondisi hati kita berkadar selari dengan kondisi kita.."

kemudian satu lagi pertanyaan

"macam mana nak dapatkan hati yang bersih?'

kita selalu buat..hari-hari..5 kali sehari..kodnya 24434..apa benda kod tu?solat kita lah..kemudian zikir..takkan lah lepas olat terus bangun tak buat apa-apa kan?kalau tak biasa takpe..buat perlahan-lahan..memang kadang-kadang nak buat benda baik ni sussah tapi mujahadah lah sikit kan?lama-lama nanti kita akan terbiasa dan terus istiqamah..insyaALLAH..mudah-mudahan..


Konklusi :

semoga hati-hati kita terus dapat hidayah dan petunjuk dariNya
hati-hati menjaga hati
jangan sampai hati mati.
moga dapat manfaat.
wallahu'alam..


#alhamdulillah.
akan terus cuba update dari semasa ke semasa.
mudah-mudahan.

salam sayang,

Label: , ,


2 comment(s)