POSTED ON Isnin, Mei 21, 2012 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
sumber : google |
Orang kata
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
Mudah
Tepat
Tuntas
Eh betul ke?
Tapi jelas nyata dan terang maksud pepatah melayu yang wujud sejak dulu lagi
tapi tapi tapi!
Kadang-kadang perkara ni la yang paling payah kita nak buat dalam sehari-hari
Nampak macam benda kecik kan?
"alaa..tak sengaja la kak..dah terbiasa dengan kawan-kawan.."
"sikit-sikit jeee..takkan tak boleh kottt.."
Lagi situasi
"Eh geram betul dengan dia tu..buat itu ini...bla bla bla..."
"Hmm..haah setuju setuju!dah lama sangat geram jugak..ingat aku sorang je..ada jugak geng rupanya.."
sorang lagi kawan datang menyampuk
"Haa cerita apa ni?oo dia tu?bla bla bla....."
Lihat
Kadang-kadang bila sambung sambung apa orang cakap cerita itu ini bawak kepada perkara lain.
Apa dia?
Mengumpat!
Sorang kawan cerita marah dengan si dia
Sorang kawan lagi menambah-nambah merancakkan kemarahan
Kemudian datang sorang lagi.
tup tup
Ramai lagi
Sambung-menyambung berlaku
Entah sampai bila tak tahu
Kan lebih baik diam?
Ya bukan kita tak nak bagi respon tapi kadang-kadang diam itu lebih baik kan?
Atau pun kata yang baik! Bukan menambah lagi marak api tu.
Dalam apa-apa situasi pun
Ada masa kita perlu bersuara
Ada masa kita lebih baik diam
Ada orang mudah berkecil hati dengan satu patah kata pun yang kita keluarkan
Ada orang menjauh sebab lidah kita
Tapi diam kita bukan bermakna kalah!
Petik sedikit kata-kata dari laman langitIlahi.com dalam satu entri :
Diam itukan lebih baik
Kurang kesalahan
Kuranglah dosa
Dan banyak diam tidak semestinya bodoh
Banyak bicara tak semestinya cerdik
Kerana kecerdikan itu buah fikiran
Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari bodoh yang banyak bicara
DAN...
Kadang-kadang dengan banyak bicara itu lebih menzahirkan kurangnya cerdik seseorang itu.
Mungkin anda pernah dengar :
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan
barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
Jadi anda nak yang mana? Syurga atau neraka?
PENUTUP
Sama-sama kita ingatkan diri kita yang selalu terlupa
Kita ada panduan yang menjadi pegangan kita.
Al-Quran dan as-sunnah RasulNya
Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Bukan menghalang dari berbicara
Tapi biarlah berpada-pada
Cakap yang baik ataupun diam lah.
Tapi jangan pula diam bila nak bercakap yang benar!
Allahu'alam
P/S: mudah-mudah post yang ringkas mungkin manfaat bersama ^_^
#sedang belajar meminimumkan masa menulis entri yang kadang-kadang nak buat yang pendek tapi terlama dan panjang..mudah-mudahan :)
7 comment(s)