POSTED ON Isnin, Oktober 14, 2013 by Nuur Shahirah \\

Tanpa dia aku tak mungkin lahir
Pahit jerih dia lalui
Susah senang dia tempuhi
Belum cukup rasanya menjadi anak yg baik 

Hari itu
Aku tersedu dlm tangisan
Tak tertanggung sakit
Tak tertanggung derita
Kelu rasa nak luahkan

Tapi aku lupa
Semua sakit dan derita ini
Tak tertanggung lagi deritamu
Tak terguris lagi hatimu
dengan fitnah dan tohmahan

Sungguh bagaimana mahu menjadi seteguhmu?
Sekuat hatimu?
Sekukuh kakimu berdiri?

Kerana dunia baru menunjukkan belangnya sedikit
Sudah tersungkur
Lemahnya anakmu ini.

Dan dia,
lagi seorang yang kukagumi
Kuatnya dirimu selepas derita juga.

Apa memang derita dulu baru bahagia kah?
Soalan pada diri sendiri
yang sebenarnya belum belajar erti hidup
yang jelas

Soal pada diri sendiri
Di mana sebenarnya kau berpijak?
Di mana tempat kau bergantung?

0 comment(s)