POSTED ON Ahad, Ogos 31, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.


I was't expecting too much from Him. All I asked is

"Allahummahjurni fi musibati wakhluf li khairan minha.

Verily we belong to Allah and truly to Him shall we return. O Allah! Protect me in this calamity that has befallen me and replace it with something better."

Ada tiga cara Allah jawab doa kita.

Satu,

Sabarlah, Aku akan bagi tapi bukan sekarang.

Dua,
Ya, Aku akan perkenankan.

Mana satu pun jawapannya jawapannya masih "Ya."
Bezanya lambat atau cepat. 

Saya berkira banyak benda yang terjadi pada diri sendiri dulu dan sekarang, baru sekarang nampak hikmahnya. Bila jatuh dulu, mata macam kelabu tak nampak. Even His Mercy. Buta mata hati gamaknya. Tapi alhamdulillah, Allah tunjuk hikmahnya. Ya, mungkin hikmahnya dari awal ada tapi baru sekarang jelas bila betul-betul tengok mata hati. Dalam apa pun yang telah terjadi, dan akan terjadi kita memang tak boleh mengharap lebih, berangan lebih, mintak lebih, tapi yang penting kita boleh mengharap lebih pada Dia yg Dia akan beri yang terbaik. Jalannya mungkin jauh, panjang, berliku tapi mesti yakin. Jatuh tak apa, yang penting jangan lupa bangun balik. Find Him. He alwways be there for us. 

The key is: be optimist in Him. Expect the unexpected from Him. :)

Allahumma yassir wa la tu'assir rabbi tammim bilkheir.


Nuur Shahirah
0056
310814





Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, Julai 10, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Menghadapi kehilangan seseorang yang tersayang buat selama-lamanya bukan suatu benda yang mudah. 7 tahun yang lalu ayah pergi. Kemudian dalam fatrah imtihan yang lepas seorang sahabat pergi. Ya, saya move on meneruskan hidup. Cuma setiap kali saya teringatkan kembali bagaimana perasaan yang saya hadapi bilaman kehilangan mereka, saya selalu dan selalu terfikirkan satu soalan. Ia datang bila saya teringat lebih kurang macam ni, 

"Emm haritu sedihnya rasa hilang dia. Dah tak jumpa dah. Sekarang dah teruskan hidup. Tapi rasa macam lupakan diorang. Macam mana agaknya rasa mereka tahu kita macam lupakan mereka ya? Sedih tak."

Hmm dialog ni sangat bertentangan dengan konsep "Teruskan hidup, yang pergi tetap pergi."

Tapi apa yang cuba saya fikirkan ialah bagaimana agaknya saya nanti bila pergi? Adakah mereka yang masih hidup ini akan masih ingat saya?

Jawapannya saya jumpa dari kata-kata ustaz saya masa beliau mengajar saya Bahasa Arab Tinggi semasa tahun 2010.

"Ada sebab Allah bagi kita lupa. Kita lupa kesedihan kita. Contohnya ada orang meninggal kita sedih sangat. Tapi lama lepas tu kita jadi lupa kesedihan kita. Tapi tetap ada dalam memori. Kalau kita sentiasa dalam kesedihan susah jugak, jadi sebab itulah Allah jadikan kita lupa KADANG-KADANG. "

Betul kan? Tiap kali kita imbau balik mesti ada dalam memori. Bukan bermakna kita lupa selama-lamanya. Entri ini saya tulis dengan sebab satu hari saya membelek-belek satu satu fail, terjumpa salinan kak pengenalan arwah ayah. Ramdahan yang kali kelapan tanpa beliau saya sudah akur dengan takdir Allah ini. Saya mengimbau kembali saat beliau masih ada. And i'm missing him. Missing his voice, his face, all about him. Susah dan senang beliau saat dulu kami bukanlah kaya tapi hidup dalam kesederhanaan yang kadang juga susah. Teringat semasa beliau berulang alik naik KTM sebab motor rosak. Berulang alik dari KTM Kajang ke KLCC. Ada satu hari pulang lewat malam menjinjing seplastik bungkusan nasi goreng kampung buat kami. Baru hari ini saya ingat betapa susahnya beliau dulu mencari rezeki. Hakikatnya menulis entri ini adalah salah satu cara saya mengingati beliau. Kadang rasa menyesal tak mampu kenal lebih lama ayah sendiri sebab dia pergi dulu. 3 hari terakhir mampu lihat beliau banyak berdiam diri tanpa mengetahui beliau akan dipanggil secepat itu. Tapi, hikmahnya Allah tetap tunjukkan hingga hari ini. Semoga tenang di sana ayah. 24 hb Julai ni ayah sepatutnya dah 58 tahun. Takpa Allah lagi sayangkan ayah. Walaupun ayah dah takda adik cuba jadi anak yang baik supaya ayah tenang di sana. Doa sentiasa mengiringi ayah.


Juga doa buat sahabat, Nur Aisyah Mohd Noor semoga berbahagia di sana.
Paling tidak lupa buat saudara kita di Syria, Gaza, Rohingya dan di mana pun mereka.


Air mata tumpah lagi malam ini. Allah.



Nuur Shahirah binti Md Saad
0036
Semenyih

Label: ,


2 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Jun 20, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Rasa macam baru semalam dia datang rumah, tegur saya dekat meja masa tengah study.

"Study apa tu Nuur? Rajinnya.."

"Taklah taktau nak study apa ni. Tengok past year questions jap. Hehe."

Lepas tu dia naik study dengan kawan dekat atas. Malam lewat sikit turun nak balik rumah dia semula. Sempat sembang-sembang lagi dia cerita tentang rumah dia. Dekat je dengan lorong rumah kami cuma kami belum sempat singgah jenguk. 

"Aisyah haritu first time cuba kusyen siap boleh jadi katil tu, tekejut Aisyah nak terjatuh masa mula-mula cuba."

Satu rumah ketawa sebab dengar dia cerita. Seronok. Alahai kawan sorang ni.

Sebelum tu lagi kadang duk sebelah dia masa kuliah walaupun jarang-jarang. Ada sekali dia duduk sebelah. Ceritakan masalah dia sambil bagi nasihat sama dekat kawan lagi sorang.

"Aisyah apa-apa mak aisyah memang dari dulu ajar Aisyah berdikari. Nak buat apa-apa kena sendiri kena belajar buat sendiri."

Kalau masa sama kumpulan kena buat assignment ke apa.

"Nuur bahagikan je semua nanti bagitau Aisyah eh. Minta maaf lah Aisyah sibuk sikit."

Ya, dia memang seorang yang sibuk. Siapa sangka dia yang perilakunya lembut, tutur katanya sopan itu tegas dalam memimpin. Aktif dalam ULPM USIM. Sibuk-sibuk dia pun dia boleh handle semua dengan baik. Tenang je. Masalah? Siapa kat dunia ni takda masalah? Cuba bagitau.

Pagi Rabu itu, kami ada exam satu kertas iaitu Computational Technique in Mathematics. Saya keluar agak awal lebih kurang sejam setengah lepas mula exam. Sejurus keluar tu kelihatan dia pulak keluar. Tapi saya hanya mampu lihat dia dari belakang masa dia sibuk kemas beg nak balik agaknya. Terdetik dalam hati,

"Eh tudung pink tu lah dia pakai. Lama tak nampak dia pakai."

Dalam hati tak terniat pun nak tegur sebab nampak macam dia nak cepat. Rasa terkilan pun ada. Hmm. Tapi takpelah ada hikmahnya Allah susun begitu. Walaupun taklah serapat mana tapi perkenalan sejak dari tamhidi lagi, sampai lah sekarang siapa yang tak terasa kan? Sebelum ni kita nampak dia datang kelas balik kelas bawak motor, bekerja dalam satu kumpulan, belajar sama-sama masa nak exam dakwah semester lepas kan. Siap berkampung lagi dekat rumah kami. Allah. Macam mimpi. Sampai pagi ini terbayang-bayang wajah terakhir dia. Tenang seperti sedang tidur. Rasa macam baru je dengar dia cerita pasal rumah dia semua. Pasal anak saudara dia. Pasal sahabat dia kadang. Walau tak selalu sekurangnya dia pernah berkongsi. Dari tutur bicara nampak jelas tenang dalam hadapi apa pun. 

Saya menghadapi satu situasi yang seolah sama seperti 7 tahun lepas. Kehilangan ayah bukan senang. Seorang sahabat apatah lagi. Dia bukan ahli keluarga tapi dia umpama keluarga dah rasa. Sungguhlah betul lah kata-kata

"Orang baik ni kita rasa Allah ambik cepat je sebab kita ni tak puas rasa kebaikan yang dia lakukan."

Fatrah imtihan kali ini Allah datang kan imtihan yang sebenar dalam hidup. Imtihan yang betul menguji sejauh mana sabar sejauh mana hati kuat bergantung padaNYA. Juga satu peringatan yang paling dekat sekali. Cukuplah mati sebagai peringatan. Pengakhiran yang baik itulah yang kita mahu dan saya rasa dia memperolehnya. Moga Allah memberkati segala kebaikan yang dilakukan Aisyah di dunia, dan semoga tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Walaupun belum sempat bertemu Ramadhan, pasti dan pasti Syaaban kali ini penuh barakah dariNya. Siapa tahu apa yang tersembunyi di sebalik apa yang tejadi. Hikmah yang kadang bukan sekarang kita nampak tapi akan datang. Semalam saya berhenti rehat sekejap masa belajar terus teringatkan dia, jatuh lagi air mata. Ya, masa akan sembuhkan rasa pedih kehilangan ini dan akan terus simpan rapi dalam memori terindah. Saya kuatkan diri dengan berkata

I have been through this moment before and it is always a good reason from Him. 
Sabar dan tabah itu jelasnya lebih sukar dari menyebutnya. 
Always back to the basic-- Our Creator. :')


"Why do people have to leave each other?"
"Because this life is not perfect: for if it was, what would next be called?"
"Once something is lost, does it return?"
"The answer is yes. It returns. Sometimes here, sometimes there, sometimes in a different, better form. But the greates gift lies beneath the taking and returning. Allah tells us: 

"Say, 'In the bounty of Allah and in His mercy- in that let them rejoice; it is better than what they hoard.'"[Surah Yunus: 58]
                                                                                           -Snippet from Reclaim Your Heart


Al-fatihah buat sahabat Nur Aisyah binti Mohd Noor [1993-2014]


Sungguh berat ujianMu namun pasti lagi berat hikmah yang akan Kau turunkan.
Kuatkan kami ya Allah menghadapi semua ini. 3 subjek berbaki meskipun Aisyah tak sempat duduki, akan kami teruskan perjuangan di sini dengan semangatmu Aisyah. Mudah-mudahan Allah memberkati.


{nuur}
0744
200614
Acacia Park.


Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Jun 10, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Sedang melalui fatrah imtihan yakni final exam.

Fatrah yang bukan sahaja imtihan atas kertas
Malah hadir juga imtihan dariNya

Yang kali ini serah padaNya.
Bukan lagi bergantung pada apa kemahuan diri

Kerana tak mahu sejarah berulang lagi.
Moga Allah mudahkan jika termaktub.


"Jaga agama, jaga solat dengan jaga al-quran. Cukup dah. Yang lain Allah akan bagi."

"Kalau macam tu doa lah Allah izin, ada."

p/s: Doakan urusan kami final exam kali ini dipermudahkan. Berkat Syaa'ban ini.

Allahumma barik lana fi rejab wa syaaban, wa ballighna ramadhan.

{nuur shahirah}
2128
Acacia Park.

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Januari 28, 2014 by Nuur Shahirah \\



Bismillah

2005
Foyer Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching

"Okay, sit down please. So, for this English Week I would like to ask one volunteer to share with all students one or maybe more proverbs. The proverbs that I pasted on the wall. Anyone?"

*no answer*

"Emm, no volunteer? Okay, I'll pick anyone ya. Ahha. Shahirah?"

She stood there and tried to find the proverb in her memory. 
A few second later,

"Emm. Honesty is the best policy."

The only one she remembered. Simple yet perfect. At least she got one. Haha

***

HONESTY IS THE BEST POLICY

Tolong jangan translate proverb di atas. Make it simple. 

DON'T LIE

Bila kita bercakap tentang kejujuran (honesty) agak-agak apa yang muncul dalam fikiran kita? Emm. Jujur, jangan menipu dan bla bla bla. Mudah sangat kita cakap jujur macam tu macam ni.

Be honest. Be honest. Be honest my dear. Honest to yourself, your friends, your family and to make it simple, be honest to everyone!

Sejauh mana jujur kita tu? Sejauh mana kita taruhkan kejujuran kita kononnya jujur itu pada orang lain. Dan sedalam mana kita jujur dengan diri sendiri.

_______________________________________________________________________________

"Weh, lama tak nampak dekat surau. Pi mana?"

"Tak pergi mana lah. Ada je. Kat rumah."

"Kau okay dak ni? Lembik semacam je aku tengok."

"Eh okay lah. Ni ada depan mata hang. Sihat walafiat je kan? Haa rasa-rasa tak demam tak apa pun."

"Ni mutabaah amal okay?"

"Emm, okay lah. Camtu lah."

"Hari ni ada buat dhuha?"

"....."

"Ma'thurat?"

"..."

"Kau tipu aku eh."

"Mana ada."

"Dah tu apa?"

"Cuma tak jujur je."

"Haa bagus lah tu. Aku tanya kau. Jujur tu apa?"

"Jujur lah. Cakap benda betul. Seikhlas mungkin."

"Lepas tu tadi tipu aku tu jujur ke tak?"

"Mana tipu lah. Aku jawab je kan."

"Tipu lah tu. Sama je dengan tak jujur. Tak cakap benda betul. Kata okay tapi bila aku tanya senyap. Zahirnya memang lah okay. Dalaman kau macam mana?"

"Yelah, aku salah. Tak jujur dengan kau."

"Dan tak jujur dengan diri sendiri."

"Sebab?"

"Kau tahu kau tu tak okay. Tapi kau tipu. Kononnya okay. Lepas tu taknak betulkan. Dah lama tak datang surau. Kesian aku tau jalan sorang-sorang."

"Aku bukan taknak. Tapi.."

"Haa tu dia. Jangan banyak bagi alasan. Jujur dengan diri sendiri. Kau tahu kau tak okay, cari jalan betulkan bukan biarkan. Macam mana kau nak jujur dengan aku kalau dengan diri sendiri tak jujur,Naufal."

"Emm agaknya selama ni mungkin aku banyak tak jujur dengan orang kot. Dah dengan diri sendiri tak jujur. Kadang tahu ni salah tu salah, tapi nak jugak buat kata betul."

"Naufal, aku ni dah lama kenal kau. Aku tahu kau bukan macam tu. Cuma mungkin kali ni je kot kau lupa. Takpelah, aku ingatkan. Esok aku lupa kau ingatkan."

"Jom."

"Pi mana?"

"Badminton! Haha. Aku selama ni tak jujur kat diri sendiri kata badan aku ni dah okay takyah exercise. Padahal haaa berat dah rasa lama tak main. Hehe."

"Haha pandai kau eh. Terasa aku. Okay jom!"

*****

Dalam hidup ni sedar tak sedar dengan diri sendiri pun kita kadang tak mampu jujur, apatah lagi dengan orang lain. Senang kata, suka tipu diri sendiri. Yang salah dikata betul sebab nafsu. Ikut sangat apa yang nafsu nak. Nafsu yang kalau di bagi makan sampai bila takkan kenyang. Nak lagi nak lagi. Akhirnya melibatkan orang sekeliling. Ketidakjujuran yang membunuh diri sendiri, membunuh orang lain. Rasa-rasanya lah kan mampu ke kita maafkan ketidakjujuran orang yang selama ni kita sangka jujur? Jujur yang kita kaburi dengan nafsu semata. 

Dan mungkin jugak sebab diri sendiri tak jujur dengan diri sendiri.
Sebab tu agaknya orang tak jujur dengan kita?

To be honest, we are not being honest to our own Creator. That's it.

Nak salahkan orang lain boleh kalau orang tu tak jujur dengan kita.
Nak salahkan diri sendiri pun boleh sebab mudah sangat percaya.

Tapi kita takkan dapat apa pun kalau terus salah menyalahkan.
Nak jadi macam bangau dalam lagu Bangau oh Bangau?

Back to the basic.

Relationship with The Divine.

Mak kata

Orang buat kita takpa. Biarlah nak buat apa cakap apa pandang macam mana buruk pun. Itu urusan dia dengan Allah. Kita jangan balas.

Hari ini, saya berdiri atas satu prinsip.

Prinsip hidup.

HONESTY IS THE BEST POLICY

Kepada diri sendiri, mohon jujur pada diri sendiri dan pada Yang Maha Mengetahui.

Kepada yang pernah jatuhkan diri ini dengan ketidakjujuran, jujurnya kemaafan belum terukir pun.

Honestly,
I'm writing this entry because of the pain.
The pain that taught me a lot.
So, thank you for not being honest.

What doesn't kill me makes me stronger
Stand a little taller
What doesn't kill me makes a fighter
Footsteps even lighter


P/S: Ampun kalau sikit banyak mungkin lebih pada cerita sendiri. Untuk peringatan diri sendiri. Dan semua pastinya. ;)


{nuurshahirah}
0049 





Label: , ,


3 comment(s)
POSTED ON Ahad, Januari 26, 2014 by Nuur Shahirah \\


Semasa dalam fatrah imtihan hari tu, hati membuak-buak nak menulis dekat sini. Sebabnya dah lama sangat rasa tinggal. Lama. Really. How to start it over ya? Ohh ya forgot something.

Bismillah.

So, shall we?

Emm, entri kali ni mungkin bukan entri yang biasa. Maksud saya yang macam sebelum ni. Boleh jadi terlebih panjang dan TAK MUNGKIN terlebih pendek. 

Right now, i got that feeling. That feeling when i am trying to find myself. Throwing all those bad things far away. Far far away. 

Okay. Semester 3. Terlalu banyak yang mengajar. Terlalu banyak yang menyakitkan. Dan terlalu banyak juga yang menggembirakan. Tak terkira. I couldnt even count my tears, my laugh and my smiles! Today, right now, i wanna share something. Something that taught me a lot. Sesuatu yang menjatuhkan tetapi menghidupkan. 

Satu. 
Satu perkataan.

HARAPAN.

Harapan boleh jadi menghidupkan.
Harapan juga boleh mematikan.

Harapan yang menghidupkan itu harapan yang berpaksikan pada Yang Satu.
Harapan yang mematikan itu harapan yang berpaksikan insan yang lemah-- MANUSIA.

Rasa macam baru kelmarin bermain dengan janji. Ya. Janji manusia. Entah kenapa mudahnya manusia bermain dengan janji. Begitu begini. Memberikan seribu satu harapan. Harapan yang bukan setinggi bangunan Lego mainan adik kita tu. Tapi setinggi yang tak tercapai dek akal. Dan bertanya pada diri sendiri, kenapa begitu mudah memandang dengan penuh harapan sebuah harapan yang belum tentu terbina. Yang mungkin sahaja baru dilakar lukisannya.

Jawapannya mudah. Kerana butanya mata hati. Flashback dalam kuliah Akidah semester ni. Ustaz selalu sebut "mata hati, mata hati, mata hati".

And selepas hilangnya harapan, mahu dikutip kembali. As easy as that?

Saat hilang harapan, macam hilang apa je. Serius. Dan datang si ibu. Menenangkan. Membangkitkan sebuah sejarah lalu. Yang mungkin hampir serupa. Dan sebab dengan kata-kata si ibu itu, sampai hari ini takkan mampu kutip balik harapan yang pernah mahu dikembalikan. 

Dua.
Dua kalimah.

JUST BELIEVE.

Ya, cuma percaya. And I'm wondering, is there any difference between believe and trust? And right now I'm using 'believe' not 'trust'. Bagi saya dua perkataan ini berbeza. Jangan sebut dari segi bahasa ya. Saya bukan guru bahasa apatah lagi kamus bergerak. And please i wont ask all of you like this, " Define trust. Define believe." Ohh rasa macam exam pulak kan. Come on guys, let's define it by our own perspective, our own experiences and our own thought. Be brave to bring out the ideas! 

TRUST--PERCAYA

"Kau tak percaya aku ke? Heyy aku dah lama kot kawan dengan kau. Percaya eh, boleh?"

Dialog ala-ala dengan kawan baik kononnya. Macam kita biasa cakap dengan kawan kita tu. Ada ke kita cakap macam ni

"Yakin dengan aku lah. Aku kawan kau dah lama kan."

Jarang kan kita guna yakin. Selalunya kita guna percaya. Dengan orang sekeliling. 

Then,

BELIEVE--YAKIN

Biasa macam ni kita dengar

"Kau kena yakin, kena yakin dengan diri sendiri yang kau boleh buat."

"Yakin dengan Allah Im, kau takkan jatuh. Percaya cakap aku."

Ohh ini semua macam ayat drama rasanya. Apa yang nak disampaikan dekat sini, boleh nampak dekat mana kekuatannya dua perkataan ni. 

Feel this,

"Trust yourself, Nuur. You can do this. Yes, you can."

"Believe in yourself, Nuur. You can do this. Really, believe!"

Dalam dua perkataan ni, dalam 'believe' itu semacam lagi kuat, lagi teguh rasanya. Dan ia jadi lebih kuat bila kita yakin dengan Yang Maha Kuasa. Percaya? Percaya itu auranya tak sekuat yakin. 

Tengok Rukun Iman.

Beriman dengan Allah.
Beriman dengan Malaikat.
Beriman kepada kitab
Beriman kepada Rasul.
Beriman kepada Hari Kiamat.
Beriman kepada qadha dan qadar.

Dan saya meletakkan kekuatan 'yakin' sepertimana kita beriman dengan rukun iman yang enam. Kenapa? Sebabnya, boleh ke kita kata kita beriman semudah kita cakap, 

"Ohh aku percaya dia tu. "

Tak kan? Beriman itu dengan kukuhnya akidah. Tak usah cerita panjang lebar. Syarahnya tak layak saya bagi sebab saya sendiri menadah ilmu akidah dari pensyarah. Hari ini, bila sedang menulis ni, ya baru teringat kenapa semester ni terlalu banyak yang terjadi. Dan Allah kirimkan ilmu akidah yang setiap pagi Rabu 8 pagi kami pergi kuliah. Dan ya dengan tahan matanya mengantuk, dengan belajar dalam bahasa arab penuh! Bukan merungut, tapi hari ni mungkin baru dapat ibrah. Bila kita mendalami ilmu akidah walaupun sikit, sedikit sebanyak banyak membantu. Sejauh mana kita yakin dengan apa aturanNya. Kadang senang sangat cakap,

 " Ye aku tahu ni ujian.Tahu."

Tapi dalam hati merungut macam-macam. Itu tak kena ini tak kena. Dan kembali pada topik asal. 

Just believe. Yes, believe. Kita yakin. Yakin itu kalau betul kita pegang, mampu menggugat percaya.

Macam mana ya YAKIN boleh menggugat PERCAYA? Sedangkan lebih kurang sama je rasanya. Ye tak?

My answer is NO.
_________________________________________________________________________________

"Rash, aku sedih."

"Sebab?"

"Sebab aku percaya dekat orang yang salah."

"Come on lah Fik, kau cuma percaya je."

"Percaya je kau cakap? Ingat senang ke aku nak percaya orang?"

"Eh sabaq sabaq. Calm down. I'll explain to you."

"Okay."

"Aku tanya eh, kau percaya tak kalau aku janji dengan kau yang esok aku akan pergi kedai depan tu belikan kau aiskrim?"

'Dah kenapa tetiba aiskrim pulak?"

"Haish, jawab je lah."

"Percaya lah. Kau mana pernah menipu aku."

"Yeke aku tak pernah menipu?Macam mana kalau kali ni aku tipu kau?Amacam?"

"Eshhh kau ni, dah aku percaya janganlah meragukan aku pulak."

"Seriously, I'm asking you. What if I'm lying?"

"Aiii kau ni. Kalau kalau kalau! Tengok kan aku dah ragu dengan kau."

"See?"

"See apa nya? Tak faham der."

"Kau tengok, dengan aku yang selama ni percaya dekat aku, yang kononnya aku tak pernah tipu kau, bila aku acah-acah sikit kau dah ragu. Apatah lagi kalau dengan orang yang kau taktahu mungkin sebelum ni pernah tipu kau. Percaya? Come on lah Fik. It's just TRUST you know. You don't even believe him. If you do believe in him, you wont be this so dissapointed. Kau kena bezakan antara TRUST and BELIEVE."

"Okay, believe ni dalam bahasa Melayu pun percaya jugak kan? Hmm."

"Fik, kau percaya dia. Kau yakin dengan dia? Kalau kau yakin kau takkan kecewa macam ni lah bila dia khianati kepercayaan kau. Kau tak salah letak percaya dekat dia.Cuma kat mana kau letak yakin kau? Aku rasa kau tak yakin pun, kan?"

"Hmm ya memang aku tak yakin. Sebab aku sendiri tak tahu sejauh mana dia boleh dipercayai."

"Fik, yakin ni kuat kau tahu. Macam kau yakin dengan Allah yang bila kau berdoa, Dia akan makbulkan. When you believe in something, you need a very strong connection with it-- the strongest. No one could beat it. Dan aku percaya, yakin ni kita hanya mampu letak yang terbaik pada Pencipta kita je. Maksud aku tiang keyakinan kita. Yakin dengan manusia lain dengan yakin dengan Allah. Dia lagi berkuasa, kan?"

"Emm, betul jugak. Thanks kawan. Aku percaya kau. Yakin dengan kau. Tapi aku kena letakkan keyakinan tu yang paling atas dekat Dia. Macam tu kan?"

"Haa, macam tu lah. Just believe in Him. You wont regret anything. Really."

"Okay, esok belikan aku aiskrim! Haha."

"Aishh kau ni Fik sempat lagi. Yelah-yelah. Haha."


******
Secara terus terang,saya berhadapan dengan dua benda ni. Percaya dan yakin. Bukan mudah percaya orang apatah lagi nak yakin dengan orang. Kadang kita percaya, orang khianati. Belum sempat kita yakin, sekali lagi dikhianati. Mungkin jugak salah sendiri. Sebab lupa dekat mana sepatutnya letak percaya dan yakin tu. Salah sebab lupa yakin dengan DIA? 


Dan sekali lagi,

Jatuhnya harapan pada tempat dan masa yang salah betul-betul ajar aku supaya bangun dengan cara yang betul. Sendiri. Dengan kekuatan dariNYA.



P/S: insyaAllah ada kesinambungan entri ni ya? Sebab takut panjang sangat nanti bosan nak baca. :)




Jatuh Yang Menghidupkan #1

[nuur]
260114
0302



Label: , , ,


3 comment(s)
POSTED ON Isnin, Januari 13, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


hari ini 
di sebalik senyum itu
satu rasa yang tak lagi hilang
satu rasa yang terus membunuh
satu rasa yang tak terlepas

tak mampu rasanya

Allah
moga Kau beri senyuman itu satu kesabaran
kesabaran yang tinggi
atas kesabaran yang teruji

sebab Kau jua yang Berkuasa memberi dan menghilangkannya

Allahumma afrigh 'alaina sobran
Allahumma afrigh 'alaina sobran
Allahumma afrigh 'alaina sobran


"Sabar banyak-banyak, selawat banyak-banyak."



Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, Julai 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



" Takut akan kehilangan sesuatu yang tidak pasti seakan kau tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Sentiasa ada harapan bagi orang yang berdoa."

                                                                                ***
"Kau takut?"
"Takut apa?"
"Takut mati. Emm?"
"Andai sampai masa aku, siapa yang boleh halang, kan?"
"Ahh kau ni jawab soalan dengan soalan. Aduh kalau exam aku bagi markah setengah je tau."
"Kehilangan bukan senang kan? Aku takut kehilangan. Kehilangan yang lepas pun aku belum pasti macam mana aku hadapi saat tu. Kau faham kan maksud aku."
"Allah kan ada."
"Aku tahu. Tapi kau ingat senang nak hadapi semua tu? Kau pernah rasa?"
"Emm jangan cakap macam tu weh. Sentap bro. Sobs. Yela aku takda pengalaman macam hang. Tapi..."
"Tapi apa? Aku ni macam tak bergantung dekat Dia?"
"Bukan. Tapi kurang. Topup sikit lagi. Eh banyak lagi. Cuba kau bayangkan eh, kalau kau takda rasa-rasa siapa yang akan kehilangan kau?"
"Family aku. Kawan-kawan. Okay then?"
"Situasi yang sama la bro. Of course depa pun takut kehilangan kau kan. Tapi siapa yang tahu semua tu? Depa nak ka? Tak kan? "
"Tapi mana la tau kalau ada yang nak aku pergi dulu. Sobs."
"Eh eh tetiba pulak syahdu melankolik pulak. Aku cakap serius ni bro. Tapi kau sedar tak ada je yang nak kau pergi dulu."
"Siapa?"
"Allah. Ada sebab begitu begini Rash kalau kau pergi dulu, kalau aku pergi dulu or siapa-siapa je. Kau kena ingat. Dia yang ciptakan semua and dia berhak nak ambik bila-bila masa."
"Tapi aku.. Kau tak faham.."
"Rash, Ahmad Firash. Kau kawan aku. Aku kenal kau. Ya betul, aku tak faham, aku tak rasa sebab aku bukan kau. Tapi yang ciptakan kau Dia faham."
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha."
"Emm okay?"
"Doakan aku. Kau kawan aku. Hmm."
"Dah lah Rash. Aku sentiasa doakan kawan-kawan aku. Selagi aku masih hidup."
"Thanks kawan. Aku pergi dulu."
"Eh nak pi mana? Jangan tinggal aku bro."
" Nak pergi kedai la. Adoi. Lupa mak aku pesan belikan minyak tadi. Sembang-sembang lupa."
" Kejap. Kita pergi sama-sama. Hmm?"

Label:


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Jun 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah









Sahabat,
aku kira mungkin engkau silap
meminta itu dariku
kerna aku bukan sebaik dirimu

tapi
mungkin juga
Allah menghantarku untuk membantumu

sangat sikit rasanya
yang mampu kuberikan
sebab sejujurnya
diri ini belum cukup tarbiyah
belum cukup terisi
untuk mengisi hatimu
atau sesiapa sahaja

tapi aku cuba
ini yang termampu

moga dirimu kuat
kerana dirimu yang kukenali
lebih kuat dari yang disangkakan

cuma kali ini diuji sedikit
jatuh sedikit
tapi jangan khuatir

Allah tak membiarmu jatuh menangis di situ

aku juga takkan tegar melihatmu jatuh
dan aku sentiasa ada di sini

apa yang kuberi
itu yang termampu
entah berguna atau tidak

namun kuharap ianya berguna
untuk dirimu
juga diri ini

salam rindu
99 kali rindu dari Nilai :')


***

dia sahabat saya
dia perempuan
saya kenal dia baru empat tahun yang lalu
di bumi ulama' bak kata Ustazah Marzilah
bumi hamidiah
dia seorang yang kuat
satu dorm
tapi berlainan kelas
tapi dia menggalas tanggungjawab yang besar
meskipun baru berpindah
sebab kewibawaan dirinya
dia ketua yang baik buat semua penghuni asrama
sahabat yang baik batch 0610
juga kakak yang baik buat adik-adiknya

semoga dia terus kuat
*identiti dia dirahsiakan*

semoga berjaya menjadi doktor yang hebat awak.
berbakti pada ummah, agama, bangsa dan negara.

panjang umur, murah rezeki kita jumpa ya?

ikhlas dari saya,
Nuur Shahirah binti Md Saad 

Label: , , , , , ,


2 comment(s)
POSTED ON Selasa, Mei 07, 2013 by Nuur Shahirah \\
 Bismillah



Saya bukan ahli politik
Saya bukan pengaanalisa politik negara
Saya juga bukan pelajar Jurusan Undang-undang
Dan saya juga bukan seorang ahli mana-mana ahli poltik.

Kenapa saya berkata begitu?
Pernah dengar begini?

“ Kamu tu siapa nak cakap tentang politik? Belajar undang-undang?”
“ Eleh baru 20 tahun duk sibuk-sibuk, pi belajaq tu. Dah 21 nanti pi la mengundi ke apa.”
“Kamu ada kaji apa yang negara kita alami? Kamu tahu ke pemimpin kita buat kerja ke tak? Tak Nampak kan.”
“ Tengok mana tu? Laman sosial? Heh. Percaya lah sangat.”
“ Amboi bukan main lebat cakap. Masa ni baru nak cakap itu ini. Selama ni tak mampak pun. Heh.”

Untuk menjawab saya selalu teringat kata seorang pensyarah saya.
“ Observe and think.”
Kita punya mata.
Kita punya akal.
Perhati dan fikirlah.

Ini cara saya.
Saya suka perhati dan hadam.
Ya.
Mungkin sikit nak dibanding kamu semua.
Yang ke sana sini melaungkan perjuangan.
Yang mungkin lebih tsabat di jalan itu.

Tapi.
Pedulilah apa orang nak kata.

PRU 13
Umpama sembilu menusuk ke dalam daging
Melihat natijah yang keluar
Sedihnya usah di cakap.
Sayunya jangan di bilang.

Apatah lagi yang benar-benar berjuang dalam medan itu.
Usaha sudah dijalan.
Doa sudah ditembak.
Allah.
Kenapa mesti macam ni?
Hari esok apa yang akan terjadi?

Namun cuba lihat mereka.
Ada mereka menangis meratapi?
Ada mereka jatuh tak bangun-bangun?

Tidak.







Kalah itu terlihat di kaca media yang memancarkan kegelapan.
Tapi bukan kemenangan di hati mereka yang bercahaya.

Usah cakap banyak.

Dari mana datangnya kemenangan itu?
Dari mana datangnya kekalahan itu?
Bukankah dari PENGUASA di atas?
Jadi jangan khuatir.

Ayuh lihat sikit buat ubat.





Tahniah dan takziah buat yang menang.
Tahniah kerana menang.
Takziah kerana mendapat amanah itu.
Amanah yang sebesar melebihi dua gunung mungkin.

Teringat juga kata-kata ini,
Kemenangan itu tertangguh
Kerana Allah mahu melihat
Siapa yang mampu teguh di jalanNya?
Siapa yang tegar menjaga perjuangan sehingga ke akhirnya?

Kalau kemenangan itu mudah.
Takut-takut nanti nilainya juga mudah hilang.

Sakit bukan?
Perjuangan Rasulullah juga begitu.
Bahkan lebih lagi.
Tak tertanggung kita.

Juga jangan lupa.
Jangan berkata begini sahabatku.

“ Politik? Buat apa? Pening kepala ja pikiaq. Tugas kita sekarang belajaq. Yang tu biar orang-orang tua uruskan. Mereka lebih makan garam dari kita.”

Bukanlah berdosa.
Tetapi renung kembali.
Mereka dahulu berjuang untuk kita.
Lalu tak mahukah kau berjuang untuk anak cucu cicitmu?

Sedang Rasulullah juga berpolitik.
Menyebarkan dakwah dengan politik.
Merentasi benua.
Lalu kau katakan kau tak suka politik?

Biar saya perbetulkan.
Politik yang kotor itu yang kita tak suka.

Ahh.
Banyak lagi.

Pesanan buat saya juga semua.
Pujuklah dirimu
Sesiapa juga di sekelilingmu.
Bahawasanya akan tiba saat itu.
Kemenangan yang telus dari kita.

Usah disebar salah sebelah sana.
Tanpa melihat juga khilaf di sebelah sini.

Kun fayakun.
  
Doakan saya juga rakan-rakn seperjuangan dan sesiapa sahaja moga dalam diri kita semua tertanam Islam itu dengan kukuh dan akhirnya tertanam jua Islam di muka bumi ini.

Allahumma arina haqqa haqqan warzuqnat tiba’ah wa arina batila batilan warzuqnaj tinabah.
Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang baik itu baik, dan anugerahi kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tampakkanlah kami yang salah itu salah dan anugerahi kami kekuatan untuk menjauhinya.
Pasakkan doa ini dalam doa hari-hari kita.

Sungguh hidayah itu Allah punya.

Ps: Post ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak tapi sedikit apa yang terlintas di hati.    Kalau benar benarkanlah ia. Kalau salah tegurlah akan saya.

Pss: Moga kita semua jangan terus luntur dan jatuh. Kita masih ada Yang Maha Adil bukan?

Allahu’alam.

Sembilu atau cahaya?
Ayuh pilih.



{nuur shahirah md saad}
5 tahun akan datang zuriat keturunanku akan di bawah kerajaan yang BENAR.
Fullstop.




Label:


2 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Mac 08, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Saya suka letakkan gambar dalam setiap post.
Nak tahu kenapa?
To attract readers.

Manusia kalau nampak gambar berilustrasi sikit berkenan.
Dari kecik lagi anak-anak diajar dengan buku berwarna-warni.
Taska atau tadika pun bercat haa biru merah kuning pink hijau semua ada.


Dan di sebalik gambar di atas.
Ada seribu maksud.
Kadangkala saya kaitkan dengan tajuk entri.
Kadang-kadang saja letak buat kita tenung tembus fahamkan apa yang tersirat.

****

Ini yang nak cerita.

Suatu hari,
Dia pergi ke kelas.
Pukul 8 pagi mula kuliah.

Macam biasa.
Dengar lecture kemudian.
Kebetulan kelas lepas tu tak mula lagi minggu itu.

Decided.
Balik kolej.

Singgah-singgah
Jalan-jalan
Jumpa kawan

Cakap
Dengar
Perhati

Serabut!
Apa semua ni?
Kenapa kelam kabut sangat ni?
Boleh tak kamu semua diam sekejap?
Dia cakap dalam hati.
Messed.
*sigh*

Duduk.

Flashback

Pagi tadi
Dia bangun agak terlewat dari biasa.
Mimpi apa entah satu bilik.

Kemudian dua perkara tertinggal.

Satu.
Al-Ma'thurat

Dua.
Al-Quran.

Dia tertinggal dua benda ni.
Untuk dimulakn pada hari itu.
Dengan sebab terlewat terjaga.

Cepat-cepat balik bilik.
*tengok jam*
1000

Sempat.
 Dhuha masih ada.
Tatap surah Yusuf sekejap.

Tenang.
The power of mindset.
:)






Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mac 04, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


" Slownya kau lari. Aku dah sampai lama tau. Ni betul-betul jalan la ni. Haha. "
" Alaa biar lah menikmati keindahan alam hang tau dak? "
" Erk. "


Cepat
Laju
Pantas

Semua orang nak cepat sampai.
Sampai mana?
Mana-mana yang dituju.

Ada yang tujuannya ke sana.
Mencari sesuatu yang hilang.
Mengejar apa yang jauh nun di sana.

Namun cuma satu matlamat.
Mesti sampai!

Yang terbaik sampai dengan pantas!
I wanna be the winner!

Persoalannya
Pantas itu berbaloikah?
Kalau tak ada perhentian yang mengajar?
Tak ada liku yang diharungi?
Tak ada jatuh bangun yang mendidik?

Tepuk dada tanya hati.

Aku sampai.
Kau pun sampai.
Tapi kenapa engkau puas.
Sedang aku belum merasa cukup?

Lambat atau perlahan bukan persoalan.
Persoalannya mana arah tuju.
Apa yang tersirat di sebalik perjalanan.

Bukan kosong.
Bukan zero.

Umpama mana perginya anak panah.
Ke arah matlamat yang dipanah mata.
Juga hati dan fikiran.
Bukan sekadar panahan biasa.


Allahu'alam.

Psst.
1. Jangan lupa solat dhuha pagi ni. :)
2. CalculusManiac taknak conteng sini lagi ke? 


{ Nuur Shahirah | BooksManiac }
040313
0842







Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Ahad, Februari 03, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.




3.

Tiga.

Three.

Pengabaian tiga ini.
Menyesakkan diri sendiri.

Bukan tak sengaja.
Tapi sengaja.
Dengan sebab lemahnya diri sendiri.

Rugi.




Biological clock terganggu.

3 benda itu.

Satu.
Sebelum tidur.

Dua.
Sebelum fajar.

Tiga.
Paginya.



{ Nuur }

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Februari 02, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Beberapa hari ini.
Mendengar banyak berita dan berita.
Ada suka ada duka.

Satu.
Suka.
Ada yang mendirikan masjid. ( baca : nikah )

Dua.
Duka.
Kehilangan orang tersayang.

Berkisar dalam kehidupan saya sendiri.

Yang satu.
Kakak-kakak dan abang dah berumahtangga.
Bilamana dah lama tak jumpa.
Duk jauh-jauh.
Baru terasa bila takda.
Dah membesar sama-sama.
Emak abah apatah lagi mesti lagi terasa sunyi.


Yang dua.
Kehilangan.
Semalam ada junior sekolah kehilangan abahnya.
Melihat kesedihan dia.
Aduh.
Dulu mungkin itu juga rasa yang pernah dihadapi.

Semalam 
Ternampak sesorang pakai kopiah hijau itu.
Sama.
Seakan.
Arwah ayah dulu.
Teringat kembali.
Cuba menggali semula memori dulu.

Wajah.
Susuk tubuh.
Bicaranya.
Pagi itu ada.
Malamnya tiada lagi kelibat.

Allah.
Rindunya.
Semoga tenang di sana.

NOTA KECIL

Dulu Ustaz Solahuddin pernah sebut dalam kelas ada sebab kenapa Allah jadikan kita ni manusia pelupa. Kita dapat melupakan kesedihan kita. Kalau sentiasa ingat sampai ke bila kita teringat kan? Menangis sedih berendam air mata. Hidup perlu diteruskan.


Allahu'alam.

p/s : Entri tambahan sikit ye hari ni?


nuurshahirah
2222
020213

Label: , , ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Januari 28, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Semalam
Kembali menggali nota-nota lama
Di sini.
Ya di sini

Ada yang rasa seperti mengetuk diri sendiri
Ada yang rasa seperti menembak diri sendiri
Atau pasang bom berani mati mungkin


Sentap sorang-sorang
Nak tulis entri baru pun tergantung

Sebabnya teringat

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!     ( As- Saf : 2 )

*adrenaline rush*

Dush!
Tepuk dada tanya iman.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berhenti.
Terhenti.
Sekejap.
Koreksi.




{ Nuur }

Label: ,


2 comment(s)