POSTED ON Khamis, Mei 10, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar [ al-Ankabut 29 : 45 ]
sumber : google |
macam mana nak jadi baik?post sebelum ni ada menyebut persoalan..kalau masih ingat dalam post heart.hati.qalbun..dalam entri tersebut saya menyentuh tentang hati kan..tapi setelah di belek-belek buku Beduk Diketuk saya terjumpa sesuatu yang boleh dikongsi..mungkin boleh dikongsi serba sedikit dalam entri ni untuk manfaat bersama..
satu ungkapan yang disebut oleh Ustaz Pahrol dalam buku beliau
"Jika ingin membaiki dunia,kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat."
Satu situasi Ustaz Pahrol bawakan dalam tajuk ini :
Satu situasi Ustaz Pahrol bawakan dalam tajuk ini :
"Saya nak baiki diri. Daripada mana saya harus bermula?"
"Mulakan dengan memperbaiki solat,"cadang saya.
"Mengapa solat?"
"Awak nak jadi baik bukan?"
"Kalau nak jadi baik perlu solat.."
"Agaknya kenapa awak kata begitu ya?"
Saya menceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian. Rasulullah menegaskan.solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.
"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?"
"Itu yang saya katakan.dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya..bila solat dah baik., insyaAllah orang itu akan jadi baik."
Persoalannya bagaimana?
Antara perkara yang disebut Ustaz Pahrol ialah :
Hardware dan software solat
Owh solat pun ada hardware dan software?ingatkan komputer jeee..apa yang beliau maksudkan?macam ni apa yang dimaksudkan ialah dengan mencari hardware dan software solat yakni yang melengkapkan solat kita.Kalau kita ada komputer atau laptop mesti kena ada sofware dan hardware kan?baru la lengkap kalau tak macam mana nak berfungsi kan?
Apa software dan hardware nya?
Hardware : rukun fi'li atau perlakuan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya.
Software : rukun qauli iaitu pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.
fahami situasi di bawah bagaimana Ustaz Pahrol menerangkan
"Cari ilmu yang bagaimana?"
"Cari makna bacaan surah al-Fatihah..bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirannya.Cari simbolik daripada perlakuan rukuk., sujud dan berdiri betul."
"Oh bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"
"Itupun ya juga. Tetapi itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."
"Kita perlu jaga tujuh anggota sujud kan?"
"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum pada Allah dalam sujud kita..itu yang lebih penting."
"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"
Saya mengangguk.Saya menegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati kita ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.
ok dapat?sekarang masuk tentang khusyuk..
"Kalau tak tak khusyuk,semacam tak berguna kita solat. Betul tak?"
"Betul. Tapi nak khusyuk perlulah kita solat dulu. Perlahan-lahan kita tingkatkan mutunya."
"Lambat ya?"
"Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata."
Konklusi
Betul kan?Memang kita mencari kekhusyukan itu tapi bermula dengan solat. Kalau tak solat mana nak datang khusyuk kan? Kadang-kadang kita nampak jalannya tapi memang payah kalau kita tak usaha betul?Dulu-dulu masih ingat lagi zaman-zaman sekolah ustazah suruh hafal itu hafal ini. Praktis dalam kelas.Kita siap ada amali lagi.. Kita dibagi semua tu dulu yang tinggal sekarang kita ambil semula dan cuba amalkan.Ya memang payah tapi kalau tak paksa tak jalan kan? Kalau bukan diri kita sendiri paksa tolak diri kita siapa lagi? Nak tunggu emak ayah? kawan-kawan? ustaz ustazah? ingat kata-kata Ustaz Pahrol nak jadi baik memang lambat tapi kena usaha..benda baik memang kadang-kadang kena paksa lama kelamaan kita akan terbiasa dan istiqamah.InsyaAllah mudah-mudahan. Saya juga mengingatkan diri sendiri dalam entri kali ni moga-moga kita dapat manfaat bersama. Teringat kata-kata Ustaz Zainol dulu dalam kelas bahasa Arab tentang menjaga solat lebih kurang macam ni
" Kamu jangan lewat-lewatkan solat..kamu bayangkan kalau kamu tengah seronok-seronok tengok tv tiba-tiba Allah tarik nyawa kamu sedangkan kamu belum solat lagi..macam mana? "
Sampai sekarang masih teringat kata-kata beliau ni dan ayat ni lah yang selalu ingatkan diri sendiri supaya jaga waktu solat. Kemudian pagi tadi scroll down news feed di facebook ternampak satu status dari seorang Presiden iluvislam.com saudara Imran Koyube. Apa yang sangat saya kagum tentang beliau ialah beliau seorang yang masih muda namun boleh dikatakan jutawan muda mungkin. Sehari- hari melihat perkembangan beliau bekerja dari pagi ke malam dan usaha-usaha beliau memajukan Islam..okay apa yang beliau katakan begini :
"How to sustain or increase our iman? One of the ways - taking care of our solat :)"

Saya kira di sini mungkin inilah rahsia kejayaan beliau dalam kerjayanya. Cuba fikir-fikirkan kenapa sehari-hari kita dengar azan ada seruan 'MARILAH MENUJU KEJAYAAN' ??
wallahu'alam
#saya lebih senang menggunakan apa yang Ustaz Pahrol tulis dalam bukunya untuk disampaikan dan menyimpulkan apa yang beliau sampaikan. Rasa nak lagi?beli buku beliau!ok promote
10052012
0251 PM
Label: perkongsian
2 comment(s)