POSTED ON Rabu, Februari 13, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Amaran : Post ini berkaitan dengan result peperiksaan yang lalu. Jika tak berminat sila lari cepat-cepat dari blog ini. 


Ini mungkin post minggu lepas tak silap. Walaupun sebenarnya dah agak lupa tentang exam yang lalu. Erk. Boleh ke lupa. Tak tak bukan lupa bila cuti lupakan sat la rehatkan minda. Cewaah. Haa. Bila nak dekat bukak semester 2 ni baru teringat. Opps! Result! Dalam bahasa melayu kita panggil keputusan ya kawan-kawan. Dalam bahasa arab natijah. 

Dalam group Kolej Kediaman 1



Berdebaq habaq hang.
Tup tup tadi 13 Februari tengah syok syok berpetang-petang keluaq macam ni   :o


Akhirnya tangan yang dah agak gatal buka la eStudent.
Dan keluaq la macam ni.


 Dan setelah choose kita kena klik "Display" tu ya.
Bismillahirrahmanirrahim..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alhamdulillah.
Rezeki Allah bagi.


Take a deep breath.
And.
Move on.

Dear myself (Nuur),
A long journey is waiting for you.

Priorities
Priorities
Priorities

Last but not least,


Run your own race.
Keep moving on His track. :)


Alhamdulillah.
Thumma alhamdulillah.
Rancang untuk semester depan yang lebih mencabar.

Naa.
Expect the unexpected.
Maybe.

Ini perjuangan semester depan.
Doakn saya dan kawan-kawan saya di perjalanan ini ya.
Allahu yusahhil lana.





{ Nuur }
130213
semenyih-nilai


Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Januari 14, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Dari hari tu katanya nak update tak jugak update
Alkisahnya....
Kami pelajar USIM wajib mengambil subjek TITAS yakni Tamadun Islam dan Tamadun Asia, dan kami perlu meyelesaikan tugasan luar ataupun kerja lapangan. Ada yang buat aktiviti di pelbagai tempat. Jadi, kami pelajar Tahun 1 Sarjana Muda dengan Kepujian Teknologi Kimia Industri *cewahh telah menganjurkan sebuah program pada 24 dan 25 November 2012 di dua buah sekolah yakni

Maahad Tahfiz Integrasi Istana Bandar, Banting
Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi, Klang

Nama program diberi

KEMBARA SISWA/I (KEMSIS)
Bersempena dengan:

PROGRAM JEJAK ILMU LAKAR SEJARAH (PROJILS)


Banyak aktiviti sebenarnya yang dijalankan tapi biarlah gambar yang berbicara yeee


sebelum ice-breaking

nyanyian lagu tema semangat dik!



menonton sedikit video sebelum forum :)

mari berforum!

jum relaks sekejap main siput-siput ^_^

satu kali siput, siput!


yeahhh kita berdebat siapa yang salah?romeo?juliet?


bagus adik-adik ni berani 

antara orang kuat program

haaa acane nak buat tu?

apa tu dik? sedap ke?


lari-lari cepat!




macam mana nak terbalikkan kain tu?



LAST BUT NOT LEAST



Ini fasilitator dan jawatankuasa pada hari Ahad 25 November di MITS
Asif jiddan untuk gambar hari Sabtu 24 November di MITIB tak dapat.
Apa-apa pun terima kasih semua terutamanya mereka yang bertungkus lumus dari awal.
Jazakallah khairan kathira ichemtech students Gen-5 :)


Semoga pada masa akan datang dapat lagi berbakti seperti ini.

Allahu'alam.

{nuurshahirah}
0021
140113



Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Disember 31, 2012 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

This is a quick update
Eceh cakap omputih naa

Duk buka muka buku mesti keluaq ayat ni

How's it going, Nuur?
How are you doing, Nuur?
What's going on, Nuur?

Malam ni rasa macam nak jawab soalan tu
Sebabnya Encik Facebook macam nak tahu sangat kan #ehh

ini jawapan saya



Juga tersentap sekejap tengok gambar bawah ni pulak



Baiklah
Mungkin sampai sini sahaja entri kali ini
Sentap sentap sentap tengok gambaq ni
Kena sambung belajaq balik!

Doakan kami semua.
KITA semua
Bukan seorang sahaja

Semoga jalan kita menuntut ilmu ini dipermudahkan dengan niat kita lillahi taala nak mengangkat darjat kita menjadi orang yang berilmu seterusnya berbakti kepada ummah ya!

Perjuangan yang belum selesai
Rabbuna yusahhil lana.
Ameenn.

p/s: saya ada entri yang tertangguh dalam draf tak sempat nak habiskan, lepas exam insyaAllah :)

Allahu'alam.

Nuur Shahirah binti Md Saad
0024
311212




Label: , , ,


4 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 07, 2012 by Nuur Shahirah \\


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tersurat tersirat
DIA lebih mengetahui.

sumber:google

jom selak selak kembali nota cinta Dia bagi pada kita
masa lalu
masa sekarang
masa depan
lengkap!
perfect!

satu renungan hari ini :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah:216) 

kadang-kadang kita minta itu
kadang-kadang kita minta ini
tapi bukan semua kita dapat
kecewa
sedih
gembira
tawa

ingat janji Dia kat atas ni

hari ini keputusan UPU keluar..macam-macam gelagat nampak adik-adik ni..kat facebook ke kat twitter ke semua cakap pasal UPU..teringat tahun 2011..ingat lagi 6 Mei kalau tak silap keputusan UPU keluar..debar-debar pun ada..dulu memang nak sangat masuk UIA ambil kos farmasi..tapi tup tup keluar dapat USIM..alhamdulillah rezeki kat situ..sekarang dah habis pun..setahun..masa sekejap sangat berlalu..bila dah habis tamhidi emak cakap macam ni,

"hmm..kejap je dah habis..dulu nak sangat UIA kan?tapi bila dah ada kat USIM pun bagus jugak.."

hmmm..ada betulnya jugak..kadang-kadang kita tak nampak apa yang dah Allah rancangkan..dekat USIM banyak benda saya belajar..mungkin baru sekelumit tapi kita belajar dari pengalaman kan?oklah pada adik-adik yang dah tengok pun keputusan UPU tu..mudah-mudahan itulah yang terbaik buat kalian..mungkin bukan sekarang kita nampak..believe that one day soon you will see Allah gave the best for you..ingat kat mana-mana pun kita belajar kita satu tujuan dan niat..kita nak dapat keredhaan Allah..dengan itu kita berjaya menjadi orang yang berilmu dan bermanfaat kepada orang lain..masih ingat lagi dulu seorang ustaz kat maahad Ustaz Zainol selalu tegaskan begini :

"kamu tahu..orang paling baik ialah orang memberi manfaat pada orang lain.."

bertepatan dengan hadis :

Nabi saw. bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

hatta tukang sapu sampah pun beri manfaat pada orang lain..eh bukan nak suruh jadi macam tu..cuma nak cakap kat sini kat mana-mana pun ita jadi lah seperti yang terdapat dalam hadis di atas ni..lagi satu kata-kata dari Ustaz Sanusi yang mengajar kami di USIM subjek Quran and Hadith on Science..ustaz ni kadang-kadang suka bercerita pengalaman beliau belajar di negara orang..sampai satu hari beliau cakap macam ni :

"kat mana-mana pun belajar sama je..yang berbeza pengalaman.."

setuju?ya memang pengalaman yang membezakan kita..hatta kadang-kadang saya tengok kawan-kawan yang belajar luar negara..dalam hati.."seronoknya diorang..aku kat sini je.."..jap jap..tengok balik ayat kat atas ni..ok takpe dah memang Allah tetapkan aku kat sini..mungkin satu hari nanti ada rezeki mana tahu kan..insyaAllah..ok kepada adik-adik dan kawan-kawan yang dah dapat result UPU be thankful whatever it is..mudah-mudahan..insyaAllah..


Konklusi

Di sini saya nak berkongsi sedikit kata-kata
bukan dari saya pun.
but sharing is caring right?

if Allah answers your prayer, he is increasing your faith, if he delays, he is increasing your patience. if he doesn't answer, he has something better for you :)


# ingat nak buat post yang ringkas tapi laju pulak jari jemari ni menari atas keyboard
alhamdulillah.
mudah-mudahan manfaat sama-sama :)

wallahualam

Isnin
07052012
3.48 pm




Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Ahad, Disember 04, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim

hari ni bakal pulang ke USIM
kembali menruskan perjuangan di sana
semester 2

doakan saya dan sahabat-sahabat
diberi kekuatan menuntut ilmu
mudah-mudahan segalanya dipermudahkan


kuatkan semangat!
azam baru!
tajdid niat!
Allah sentiasa bersamamu..

Allahumma yassir wa la tu'assir ya kareem..




wallahu'alam


P/S :asif post yang ringkas..banyak perkara bermain di minda sekarang..@_@

Label: , , ,


7 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Disember 02, 2011 by Nuur Shahirah \\




bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni..

hari ni terasa nak berkongsi sesuatu
1.12.2011


result exam semester 1 akan kuar *opps dah keluar pun

seperti biasa malam tu bila online macam-macam dapat tengok
bukan excited pun sebenarnya tapi nervous
result pertama
ya mungkin kami agak lewat sedikit (USIM) kerana exam kami tamat lambat sikit
esoknya tunggu punya tunggu dari pagi tak keluar jugak..
bila masuk portal keluar macam ni lebih kurang

"keputusan pepriksaan semester 1 belum diluluskan senat"
huhu..takpelah petang sikit kot..dan betul lebih kurang jam 5 ke atas keputusan sudah keluar

alhamdulillah
saat melihat keputusan
syukur tak terkata menitis air mata
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
tak mampu nak ucap apa lagi
itu sahaja

     ye result saya bukanlah sehebat mana..tapi tak tahu kenapa..rasa bersyukur sangat..saya tak meletakkan target yang tinggi namun alhamdulillah Allah beri yang terbaik!ya..itulah yang terbaik..saya tak menjangkakan keputusan tersebut kerana exam kami yang boleh tahan juga..apa-apa pun alhamdulillah tak terhingga..juga buat sahabat-sahabat yang mendapat keputusan yang cemerlang..mabroook..buat yang kurang atau tidak mencapai target tak mengapa..ada hikmah di sebalik semua tu kan..
ingatlah..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan

 boleh jadi (pula)kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 

Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216] 


        mungkin kita tak dapat melihat hikmahnya sekarang tetapi percayalah suatu hari nanti pasti anda tahu!Allah telah mengaturkan segala-galanya dengan cantik dan teratur..yang penting sekarang apa yang kita usaha itulah hasilnya..man jadda wa jada..saya juga mengingatkan diri sendiri result ni bukan lah penentu segala-galanya tapi jadikan lah sebagai motivator untuk semester seterusnya..ingatlah Allah melihat usaha kita..jika bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Dia beri..



       sebelum tutup jom sama-sama dengar lagu ni..buat semua..jangan hilangkan pergantungan dan pengharapan pada Allah..pegang kata-kata ni..DIA tak pernah menghampakan kita yang bertwakal padaNYA..^^





wallahu'alam

P/S :entri biasa-biasa sahaja..sekadar berkongsi rasa ^_^





Label: , , ,


6 comment(s)
POSTED ON Ahad, November 20, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirahmanirrahim..


alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk bangun pada hari ni..mungkin kita pernah dengar kata-kata ni..

"Allah izinkan kita untuk bangun dari tidur kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya.."


hmm..baiklah..alhamdulillah semalam baru sahaja selesai menduduki MUET atau nama panjangnya Malaysian University English Test bertempat di USIM..semalam 3 kertas iaitu :-

1-Reading
2-Writing
3-Listening

     sepatutnya ada 4 komponen termasuk Speaking tapi alhamdulillah speaking telah dijalankan terlebih awal dahulu iaitu pada bulan Oktober yang lalu..cerita sikit tentang exam semalam..dijadikan cerita pagi tu bas lambat..tapi tak pelah kita tunggu la jugak..kemudian bergerak ke Stadium Tertutup Nilai..alkisahnya tiba-tiba nampak ramai-ramai pelajar berjalan ke kampus?eh kenapa ni??laa..berubah lokasi..ikut nombor pusat..ada yang dekat stadium dan yang lain lokasi yang berbeza di kampus..lokasi ana pula di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)..ana dan beberapa orang terlambat dan exam pun dah mula..memang agak kelam kabut tapi takpelah selamat sampai duduk jawab exam kan..exam reading ni memang komponen yang paling banyak menyumbang dalam Muet kalau tak silap 40%..lecturer pun selalu pesan reading ni jangan buat main-main..nampak macam mudah tapi sebenarnya komponen ni lah yang selalunya student kurang kuasai..dan..memang terbukti pun semalam..5 petikan..tak dinafikan soalan yang agak menguji minda..kena hadam teks betul-betul..kalau tak faham memang agak rumit..walaupun hanya sekadar pilih A B C D tak bermakna kita boleh main hentam je kan??seterusnya jam 10 pagi Writing Test..ada 2 bahagian..soalan pertama di mana kami perlu menterjemahkan non-linear text kepada linear text..dalam erti kata lain kita interpret data yang diberi..selalunya yang diberi sama ada graf,carta,keratan akhbar atau dalam bentuk jadual..kena pandai lah interpret dan gabung jalinkan sebab biasanya akan diberi 2 data..contonhya semalam diberi sebuah bar graf dan jadual..akhir sekali ialah Listening..memrlukan kemahiran mendengar yang sangat baik..walaupun rakaman diperdengarkan sebanyak 2 kali tapi kena peka dan takes notes supaya dapat jawab soalan yang diberi..hanya perlu jawab 3 - 5 patah perkataan dan juga terdapat beberapa soalan objektif..tapi awas!sekali terleka alamatnya tiada jawapan lah..apa-apa pun alhamdulillah telah selesai..kita dah usaha..yang penting sekarang doa dan tawakal..ingat janji Allah :-





Maksudnya : Kemudia apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguh Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
(Surah Ath Thalaq ayat 3).


      peperiksaan atau exam..ye adik-adik kita sekarang sedang berjuang dalam SPM..terimbau memori dulu-dulu masa menduduki SPM...bersama rakan-rakan..belajar bersama..pagi-pagi bangun..usai solat subuh kemudian bersarapan..ke masjid solat sunat dhuha dan hajat..berdoa dengan penuh pengharapan moga dipermudah segala urusan...melangkah ke dalam dewan dengan iringan doa dari guru-guru,ibu bapa..syukran kepada guru-guru yang mengajar kami erti bergantung dan berharap padaNYA..bertawakal padaNya..benar..tidak rugi bergantung berharap bertawakal padaNYA setelah kita berusaha..exam tu baru satu ujian di akhirat..jangan khuatir jika gagal..pasti ada hikmahnya..tapi bagaimana kalau di akhirat nanti kita gagal?apa yang kita nak jawab depanNYA nanti??sama-sama kita muhasabah dan ingatkan diri kita..sedikit perkongsian kata-kata dari seorang sahabat:


"apa2 masalah kat dunia..semua ada penyelesaian..jgn sesekali bimbang..masalah di dunia..sekali kita gagal..kita boleh berusaha untuk bangkit kembali tetapi..masalah di akhirat.sekali kita gagal..seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya kita gagal..Wallahualam.."

 wallahu'alam
#alhamdulillah

Label: , ,


4 comment(s)
POSTED ON Rabu, November 09, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

post kali ini nak berkongsi segala cerita
suka dan duka
sepanjang Tamhidi Semester 1
banyak yang ingin dikongsi
kali ni biarlah gambar yang berbicara...^__^



saat menjejak kaki di USIM~


Kolej Kediaman Nilam Courts tempat berteduh..


bersama rakan satu tutorial-tutuorial 2 *gembira bersama mereka





dewan kuliah kesayangan~

siapkan kerja ye...



selamat hari lahir Mr Abdul Rahim Hj Omar!


mereka 17 orang sahaja

jamuan raya tamhidi 2011

bersama lecturer dan staf tamhidi



ya kami!

kami menang!alhamdulillah...=)

sukar nak lupa
kita belajar sma-sama
susah sama-sama
tak faham sama-sama
sedih dan tawa bersama
panjatkan kesyukuran atas pertemuan ini

insyaALLAH bertemu lagi
moga ukhuwah berkekalan
walau ke mana kita selepas ini~



P/S :semangat pulak nak post pagi-pagi ni    n__n

wassalam

Label: , , ,


2 comment(s)