POSTED ON Jumaat, Disember 14, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah

source : tumblr

tett tett!

buka mata

---------------------------

one text message received

---------------------------

open

" jom solat dhuha! "

From: Ikmal


bangun
mengeliat
emm emm pukul berapa ni?

tengok jam
8 am

aisehhh tertidur lepas subuh tadi!
ni gara-gara tidur lambat semalam la ni


eh lupa reply

To : Ikmal
"syukrannnnn Ikmal..macam hang tau tau ja tengah sedap tidoq tadi haha "

send

eh eh lupa ada discussion kejap lagi!

lari-lari pergi mandi

macam tak sempat je ni nak dhuha
takpa sat lagi boleh kot *loghat kedah*

*************
sejam kemudian

fuhh penat
terlelap

10 minit
20 minit 30 minit

sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang

handphone berbunyi

gosok-gosok mata
sapa call ni


calling Amir

"Naufal,baru dapat news dari Miss Aina ni dia kata kena submit assigment kelmarin tu hari ni jugak, bagi tau kawan-kawan yang lain eh,aku ada hal ni.."

"Serius?!!Okayy sat lagi aku bagitau depa.."

letak phone
habislah
satu apa pun tak buat lagi ni

capai Asus
on

blank
gelap

kenapa kenapa kenapa?
rosak?
okay tenang tenang

Allahuakbar Allahuakbar
azan zuhur

ambik wudhuk
solat
doa

duduk sekejap
tafakkur

serabut
assignment tak siap
laptop meragam
stress!

tett tett!

open message

From : Ikmal

tiba-tiba teringat hang,dah solat? mengaji?jom pi lunch sama-sama lama tak jumpa busy


ohh
rasa semalam tak mengaji, hari ni pun belum lagi
tu laaa semalam sibuk duk main Call of Duty

buka alquran
mengaji


reply
To : Ikmal
Okayyy sat naa aku siap,hang tunggu kat tempat biasa laa


jap tengok laptop
on sat kot kot dah okay

bismillah
selawat banyak banyak sikit

on

ehhh boleh dah
okay lepas lunch sambung assigment

------------------------------------

"Terima kasih Mal ingatkan aku tadi..hang la sahabat aku dunia akhirat.."

"Awat hang ni..mesej lagu tu jaa pun."

"Tak laa aku ni dua tiga hari ni duk sibuk stress memanjang aku lupa kot nak buat semua tu..yang kau tau dah penat apa lagi main game ja laaa.."

"Hang nak tau satu benda tak?"

"Apa dia?"

"Rabu lepas ayah aku masuk hospital.."

"Laa..awat tak habaq kat aku..hang ni..sebab apa?sekarang lagu mana?"

"Baru keluar semalam..bukan tak nak habaq kat hang tapi aku tau hang sibuk.."

"Jangan cakap lagu tuu..hang kawan aku..kawan perlukan kawan.."

"Takpa..aku ada Allah..aku lebih perlukan Dia.."

"Nanti ada apa apa bagitau la aku takpa aku pun ok jaa.."

"Ehh jom makan!sejuk nasi tu nanti."


*****************************

depan laptop

klik klik klik
fuhh siap!

teringat tengahari tadi

"Takpa..aku ada Allah..aku lebih perlukan Dia.."

ketuk kepala *dush*

kadang-kadang susah susah baru ingat Dia
bila senang lupa lupa lupa

sebab kita perlukan Dia
setiap detik
setiap masa

hatta nak kelip mata ni pun
kalau Dia tak bagi tak berkelip lah

La haula wa la quwwata illa billah

#NoteToSelf
Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.


Allahu'alam





















Label: ,


5 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Julai 13, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
alhamdulillah
dengan segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam




saya menggagahkan diri mencoret di sini
rindu rindu rindu nak berkongsi
apa yang nak kongsi kali ni
mungkin post yang agak biasa-biasa
random talk

saya sedang bercuti,4 bulan lebih kurang..ya sangat lama dan panjang..macam biasa akan ada timbul pertanyaan pertanyaan berbunyi begini :

"cuti nak buat apa?"
"nak kerja ke?"
"takda plan apa-apa ke?"

dari sehari ke sehari saya berfikir
saya nak buat apa?
kerja?
melancong?*tak mungkin
belajar?*cuti nak reehat jap..hee
saya merancang :
1-nak ambil lesen
2-kerja mungkin
3-join apa-apa program bermanfaat

tapi tapi tapi

Bukan semudah itu..ya saya bekerja..kerja apa?Teruskan bacaan yee..Sehari hari saya banyak berfikir merenung kembali apa yang saya buat..Apa yang saya dapat..Pekerjaan saya hari ini saya berbakti pada keluarga,emak abah kakak adik abang semua..Mungkin orang boleh kata "hang jadi housewife kaa?"..Ehh tak tak..mana boleh wife belum lagi..Senang cerita lebih kurang begitu..Saya menjaga anak buah di samping menjaga hal ehwal rumah..mungkin boleh dikatakan housewife yang belum jadi wife kott..Apa-apa pun saya cuba mengisi masa cuti yang ada sebaiknya..Saya sangat suka membaca..Yes reading..Apa sahaja..Novel,buku motivasi,majalah atau apa-apa jenis artikel..Saya tak tahu sejak bila saya suka membaca tapi saya rasa itu adalah hobi yang terbaik yang saya ada dan cuba kekalkannya sehingga anak cucu..ehh..

Bookstore.
My favourite place
Siapa siapa nak ajak shopping nak melaburkan duit 
Lebih baik bawa saya ke sini
Buku buku buku
Jangan sempitkan fikiran buku tu buku belajar je
Zaman teknologi sekarang semua pakat guna online
Tapi jangan lupa buku
Ulama ulama kita dahulu pun mengarang banyak kitab
Ilmu-ilmu yang dicatat berkekalan sampai kepada kita hari ini
Hatta dalam al-Quran ada menyebut bacalah!
Bacalah dgn nama Tuhanmu!

Nampak peri penting buku?atau lebih tepat untuk di highlight kan ialah MEMBACA.Dalam simpanan saya banyak buku yang dah dibeli tapi belum semua sempat dibaca..Hanya sempat dikumpul dan kadang-kadang semasa belajar saya curi-curi ambil masa baca buku-buku tersebut merehatkan minda setelah penat belajar..Cuti kali ini saya cuba menghadam buku-buku ini :-

1-Untukmu Wanita oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
2-Beduk di Ketuk oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Post kali ini mungkin lebih berkisar kepada apa yang saya baca dan apa yang saya alami.Buku pertama Untukmu Wanita..Buku yang menarik kerana menampilkan isu tentang wanita dan menggunakan kaedah soal jawab.Saya cuba menghadam apa yang disampaikan dalam buku ni lebih lebih saya ni wanita..Ohh apa pun jua term nya :wanita,perempuan,girl,anak dara,gadis mungkin lebih menyejukkan hati kita panggil muslimah lah yee..Bahagian pertama dalam buku ni berkisar tentang Wanita.Aurat dan Maruah..Seperti biasa isu yang kita bawa ialah tentang aurat pakaian muslimah yang sepatutnya.Tapi apa yang saya tertarik dalam buku ni satu bab mengenai wanita bekerja..Saya cuba jalinkan apa yang saya buat sehari hari di rumah..Nak kata housewife mungkin tak sangat tapi serba sedikit..Saya menyoroti setiap tulisan ustaz tentang wanita bekerja ni..Mungkin masih jauh untuk difikirkan kerana saya belum pun tamat belajar apatah lagi bekerja atau berkahwin..Saya cuba memandang dari sudut sisi saya tentang wanita bekerja atau menjadi surirumah mana lebih baik?Saya seorang yang suka memerhati kadang-kadang..Saya melihat emak saya,kakak saya,jiran saya,dan sesiapa sahaja yang mempunyai title seorang ibu dan bekerja..Begitu juga yang menjadi surirumah sepenuh masa.

memerhati
mengkaji
meneliti
mengamati
menginterpretasi
dan
mencoret di sini

         Saya lebih senang menyimpulkan apa yang saya dapat hasil pembacaan saya dan apa pula pandangan saya walaupun pandangan saya hanyalah sekadar pandangan dari seorang remaja berusia 19 tahun yang mungkin cukup pengalaman dan masih belum cukup ilmu di dada..Tapi tak mengapa saya cuba..Apa yang dicerahkan dalam isu wanita bekerja ni ialah islam tak pernah menghalang wanita bekerja tetapi terikat dengan syarat-syarat demi menjaga maruah sebagai wanita atau muslimah itu sendiri.Dalam sirah kita juga ada juga wanita bekerja pada zaman nabi.Ummu Atiyah contohnya  bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah,merawat lelaki yang cedera di medan peperangan di samping menyediakan makanan untuk pejuang-pejuang Islam.Ash-Shifa' binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup.Ini antara contoh-contoh wanita Islam pada zaman nabi yang bekerja yang diceritakan dalam buku ini.Semua ini nampak jelas Islam memang tidak pernah menghalang wanita keluar bekerja tetapi terikat dengan beberapa keperluan.Nak diceritakan mungkin agak panjang jadi saya mencadangkan anda beli buku ini yee..Belilah untuk adik-adik ke kakak-kakak ke..Untuk ummi tersayang pun boleh..
         Okeh kita berbalik kepada isu wanita bekerja ini..Kita lihat zaman sekarang wanita-wanita memang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bekerja seperti mana lelaki kan?Tetapi saya juga berpendapat menjadi surirumah juga merupakan satu pekerjaan yang lebih baik dan lebih terpuji.Ya mungkin kita kata kita wanita pun boleh berjaya bekerja!Saya setuju namun ada betulnya yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin dalam buku ini yakni standard dan 'silibus ' kejayaan lelaki dan wanita ini berbeza.Bagi saya bekerja pun boleh tetapi adakah segala tanggungjawab di rumah terjaga?Itu yang perlu difikirkan..Jika mahu bekerja lebih baik lah merancang terlebih dahulu agar semuanya berjalan baik dan lancar.Jangan nanti kerja di pejabat di uruskan di rumah terbengkalai!Namun apa yang hendak disampaikan sebenarnya fitrah wanita itu sendiri.Anak-anak mempunyai satu hubungan yang rapat dengan ibu sejak dari dalam kandungan lagi..Memetik apa yang disebut ustaz Zaharuddin dalam buku beliau ni,fitrah yang menuntut perhatian kepada anak-anak,suami dan rumahtangga.Inilah sebenarnya silibus kejayaan seorang wanita itu.Suami isteri boleh bekerja asalkan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak.Sentuhan terakhir saya kongsikan dalam buku ini :

"Menurut Syeikh Prof Dr Md Uqlah,tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia.Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pimpinan lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga dewasa."

Sehari-hari saya melakukan kerja yang sama di rumah
Faham kan?
Kadang-kadang saya sendiri hampir hilang kesabaran
Entah kenapa
Penat
Letih
Semuanya bercampur baur
Tapi satu hari
Entah kenapa saya berasa satu kepuasan
Ketenangan juga mungkin
Membantu meringankan beban emak saya
Membantu menguruskan rumah yang kadang kala emak saya pun tak sempat
Bukan saya tidak boleh bekerja mencari duit poket semasa cuti ni
Mereka benarkan saya
tetapi
Saya melihat ini salah satu cara saya berbakti
Sekian lama dulu emak saya yang menjaga mendidik kami
Entah macam mana dengan anak-anak yang 6 beradik ini
Emak yang bekerja menjaga kami

Terhenti segala rungutan yang hampir saja keluar dari hati
Ohh saya baru sedar
Baru sedikit yang dibuat sudah mahu begitu begini!
Saya mula terfikir
Bila lagi saya mahu berbakti pada mereka?
Mungkin esok lusa mereka tiada
Atau mungkin saya yang pergi dulu
Saya terjumpa satu status ini di facebook


"Kerap post pasal mak ayah tanda anak manja?

Ya,memang anak manja..

Kerana pada usia ni,tak tahu berapa lama lagi ALLAH bagi peluang pada kita untuk bersama,mengasihi dan merindui mereka..Saling mengingatkan siapa mak ayah buat kita..Supaya menguatkan usaha berbakti dan meraikan mereka..

Tiba-tiba angka menjadi sesuatu yang menakutkan..-Kak Izzah Izam-
"



Saya juga hari ini merenung
Apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup ini
Satu hari seorang kawan saya pernah berkata begini


"Saya ada satu impian.."


Saya tanya kembali "apa dia?"


"Saya nak jaga ummi abah saya sampai akhir hayat..doakan saya panjang umur.."


Saya hilang kata-kata


"insyaAllah..saya doakan.."




PENUTUP


KESABARAN YANG DICARI

      Apa yang sebenarnya saya nak sampaikan dalam post kali ni?Saya menyelusuri tugas seorang wanita atau seorang ibu lebih spesifik.Satu hari saya hampir hilang kesabaran dan seperti mahu marah diri sendiri.Kenapa?Mana pergi hilang sabar yang ada selama ini.Tunjangnya hati sendiri!Perlu koeksi hati!Melakukan semua kerja sama setiap hari kadang seorang diri menuntut komitmen yang besar dan kesabaran lebih lagi.Semalam melewati laman web saudara Hilal Asyraf mendekati satu entri terbaru..Motivasi: Di dalam Al-Kahfi, Tuhanmu Mendidik.ambil ibrah yang cuba dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan.Sungguh bukan mudah mendidik diri dengan sifat sabar.Memang mudah nak di sebut sabar,sabar,sabar!Hasilnya susah nak diekspreskan.Semoga kita belajar erti kesabaran dalam sehari-hari kerana tanpa kesabaran ibu ayah kita mendidik kita siapalah kita hari ini.Tanpa kesabaran baginda Rasulullah saw yang pernah dihina sendiri oleh bapa sauadara beliau ketika berdakwah mana mungkin kita dapat menyelami sinar cahaya Islam hari ini.Kerana apa jua dalam hidup ini menuntut kesabaran!

LEADERS ARE READERS.
WHEN YOU SOP READING,YOU STOP LEARNING,YOU STOP LEADING

      Berkongsi sedikit hasil pembacaan saya bertujuan berkongsi ilmu.Tapi saya juga mengharapkan agar dapat mengajak semua pembaca menyelami mengapa Allah memerintahkan dalam kalam suciNya iqra'!bacalah!Tak semestinya buku pelajaran yang biasa ditelaah jangan lupa juga bacaan yang lain.Zaman kita sekarang ada blog,tumblr dan website.Mungkin bagi mereka yang lebih senang membaca secara online ada banyak website yang bermanfaat yang boleh kita ambil ibrah dari hasil penulisan mereka.Masa masa dan masa sering jadi halangan kita membaca kan?siapa yang mempunyai kelapangan tiada masalah lah tapi mungkin bagi mereka yang mempunyai pelbagai komitmen nak curi masa memang payah.Tapi takpe mesti boleh dan boleh cari masa hatta 5 minit pun jadi lah..buka munda kita aktifkan neuron baca sesuatu artikel pun dah cukup kadang-kadang.Kadang-kadang membaca sudut pandang orang lain dalam menulis membuat kita berfikir lebih mendalam dan mengkaji sesuatu.Itulah yang kita nak!Fikir!Fikir dan zikir!

Apa yang saya coretkan hari ini sekadar renungan buat diri sendiri dan kita semua.
Berfikir
Merenung
Menjadi suatu kebiasaan saya kebelakangan ini

Kadang-kadang
melihat alam sekeliling
buat kita belajar sesuatu
mencari sesuatu di sebalik kejadian itu
mengkaji dan koreksi diri
menjadi lebih baik

Moga hasil coret di sini
mendidik jiwa saya sendiri
juga jiwa mereka yang lain
moga ia sampai ke hati walau sekelumit.

Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari ilmu bermanfaat yang berkekalan bekalan yang boleh dibawa ke 'sana' nanti.




# Belum cukup rasanya usaha mencoret berkongsi sebab ilmu dan apa yang hendak disampaikan itu bukan sekadar di alam maya.semoga suatu hari saya dapat mencoret kata meluncur dari bibir sendiri berkongsi mendidik jiwa-jiwa di luar sana.

p/s : alfatihah buat guru Bahasa Melayu kesayangan Pn Zubidah yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.Mengimbau lembut bicaranya dengan anak-anak murid sebak rasanya.Seperti baru semalam beliau mengajar dalam kelas 5 Ibnu Sina 2010 :"(


Wallahu'alam


















Label: , , , , , , ,


5 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 23, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah

source : google


Yes.it is
Live well there my sis.
May Allah bless.
Be a murabbi,muaddib and mudarris.
Yes I love you.
Really.
I'm sorry for everything.



at KLIA.me and abah












Sarawak
be nice to her :")


P/s : Somehow when something is missing,then after that we realise it




Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Sabtu, April 28, 2012 by Nuur Shahirah \\


di jalan ini kita bertemu.




wahai sahabat
izinkan hari ini aku berbicara
yang tak mampu ku lafazkan
ku coretkan di sini

dengan lafaz bismillah..

hari ini kita berpisah
bergenang air mata
setelah sekian lama di perhentian kita
masing-masing punya satu tujuan
punya satu niat
juga punya satu matlamat
apa pun jua
kita mencari cuma satu

dimana redhaNya
dimana kasihNya
dimana lembayung kasih rahmatNya

kita bertemu 
kerna takdirnya
bukan kebetulan semata

wahai sahabat
di sini aku belajar
di sini juga aku mengenali dunia
tapi benar
belum lagi dunia sebenar
namun
di pertemuan ini
sedikit sebanyak 
kamu mengajar diri ini
susah senang
pahit manis
kita berjuang di jalan mencari ilmuNya
di jalan menggapai redhaNya
di jalan mencari jalan yang benar

biar ku khabarkan satu cerita

satu hari kita bertemu
di mana?
di bumiNya ini
kita menuju dengan satu harapan
harapan ayah bonda
harapan keluarga
paling penting
harapan ummah
Allah jua berkali menegas
kita khalifah!
kita mesti kuat!
kita masih banyak perhentian!

namun
kadangkala aku lemah sahabat
aku menangis
aku tersungkur
aku jatuh
cari-cari jalan mana nak tuju
akhirnya
kita bersua
Allah aturkan pertemuan kita
Allah beri kita ukhuwah

kita bersahabat
hari ke hari
sampai satu masa
adakala hati tersentuh
adakala juga hati menangis
lidah kita tergigit jua

jangan!
jangan putuskan!
ukhuwah takkan hilang
kita mesti kuat!
semua itu ujian!

aduh
baru semalam rasanya
kita berkenalan
kita berjalan bersama
kita menelaah bersama

Allah
sayu hati ku
mana mungkin sekian lama
kita bersma
hari ini kita berpisah
Allah
kuatkan aku
aku sayang mereka
biarlah bertemu dan berpisahnya kami
dengan redha dan rahmat kasih sayangMU

teguhkan kami
kuatkan kami
kerna kami tahu perjuangan kami belum selesai

"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati telah berjanji mengikat setia untuk mendaulat dan mendukung syariatMu, maka eratkanlah kami ya Allah.Kekalkanlah kemesraan akan hati-hati ini di jalanNya.."



# nukilan khas buat semua sahabat-sahabat terutamanya tamhidi 2011/2012
  semalam kita bersua,hari ini kita berpisah.
  moga Allah redha :)

Label: , , ,


7 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Disember 17, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret di sini setelah sekian lama
asif jiddan kerana tidak sempat update lantaran kesibukan yang tak dapat dielakkan..


alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
satu ungkapan azimat
melahirkan rasa kesyukuran di hati


hari ini
17 disember 2011 satu-satunya abang saya telah selamat diijabqabulkan

Allah..
tak tahu apa yang dia rasa
tapi saat lafaz ijab dan qabul terlafaz 
saya sendiri dapat merasa
beratnya tanggungjawab itu
besarnya tanggungjawab itu

juga
terharu
gembira
sayu
kerana Allah juga sentiasa meredhai mereka yang mendirikan rumahtangga

wahai abangku,
kini kau sudah menjadi suami
di sini ku coretkan sedikit buatmu

wahai abangku,
dalam diri kita mengalir darah yang sama
aku berasa sangat gembira tatkala mendengar lafaz itu 
kini kau telah menjadi seorang suami
sengaja aku ingatkan dirimu
bahawasanya
isterimu itu amanah buatmu
yang Allah berikan
bimbinglah dia
bantulah dia
jagalah dia
fahamilah dia
berilah kasih sayang pada dia

ya..aku belum lagi berumahtangga
aku juga tak layak nak berkata-kata seperti ini
tetapi aku mencoret ini
kerana inilah hakikat sebenarnya
perkahwinan itu memang membahagiakan
saat manis bersama
tapi jangan lupa ujian dan cabaran juga menanti
jadi kuatkan lah dirimu itu
agar dapat membimbing isterimu

'tanggung + jawab'
tanggung makan minum tempat tinggal dan semuanya
jawab kerana dia adalah tanggungan mu 
justeru di sana nanti kau perlu menjawab akan amanah itu

banyak lagi yang ingin adikmu ini ingin coretkan
tetapi cukuplah di sini
ingatlah bahawa aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kita sekeluarga
buat dirimu dan isterimu
walaupun keluarga kita biasa-biasa sahaja
tapi bantulah bimbinglah diri kita sama-sama
agar menjadi lebih baik
dan menjadikan orang di sekeliling kita orang yang baik..

lelaki dan wanita itu saling memerlukan
juga saling melengkapi
suami kurang isteri lebih
isteri lebih suami kurang


sedikit perkongsian sebuah cerita yang diceritakan ustaz sebelum abang saya diijab qabulkan:

"ada seorang wanita yang ayahnya itu sedang sakit tetapi dia tidak dapat menziarahi ayahnya kerana suaminya sedang keluar berdagang..akhirnya tatkala diberitahu ayahnya telah meninggal dunia dia juga tak dapat pergi kerana tidak dapat izin suaminya yang keluar berdagang itu..akhirnya cerita ini sampai kpd Rasulullah s.a.w..lalu baginda berkata bahawa ayah wanita tersebut masuk syurga kerana solehahnya anak permpuannya itu.."

di sini dapat lihat banyak perkara..yang paling penting adalah seorang isteri itu perlu meminta izin pada suami sebelum keluar rumah..hali ini sangat dijaga wanita tersebut walaupun dia tahu ayahnya sedang sakit kemudian meninggal dunia..mungkin dulu tiada alat perhubungan lagi kan..tapi sekarang kita ada teknologi yang canggih..oleh itu wahai isteri2 di luar sana mintalah izin suami sebelum keluar..ini salah satu perkara yang penting sebenarnya..sebenarnya banyak lagi kan tapi tak pelah..lagi satu ingatlah syurga seorang isteri terletak pada suami dan syurga seorang suami terletak pada seorang ibu..yang dimaksudkan di sini ialah apa-apa pun seorang isteri tanggungjawab utamanya adalah kepada suami dan suami pula kepada ibunya..kita dapat melihat kisah dahulu tentang seorang lelaki yang mengutamakan isterinya daripada ibunya mendapat balasan tatkala hendak menghembuskan nafas yang terakhir*saya tak ingat siapa tapi berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.. Allahurabbi..besarnya amanah itu..sungguh bila bercakap tentang perkahwinan..semua suka..semua nak tahu kan..saya tak nafikan saya juga berasa begitu..tapi kita perlu ingatkan diri kita semula..perkahwinan bukanlah semudah yang disangka..banyak perkara yang perlu dilalui..semuanya memerlukan kesabaran,kepercayaan,kekuatan dari dalam diri..mintalah semua itu pada Yang Esa..

A : apa yang boleh dibuktikan bahawa seseorang itu sayangkan kita?musykil la..

B: hmm..apa eh..kalau senang nikah je terus!huhu..entah lah..benda ni melibatkan perasaan..yang penting sekali masing-masing kena percaya dan yakin lah..selagi tiada ikatan yang sah memang tak dapat nak buktikan apa-apa lah..tu pandangan saya lah..

A: emmm..memang tak dapat buktikan apa-apa???sampai nikah?yeke?kalau macam tu..kenapa orang yang nikah pun bercerai jugak?ni membuktikan yang lepas nikah pun tak dapat buktikan kasih sayang dia..sejauh mana keyakinan dan kepercayaan boleh diletakkan??

B: hmmm..itulah pentingnya persefahaman dan kepercayaan dalam perkahwinan..bukan kasih sayang tak dibuktikan tapi persefahaman tu...kepercayaan dua perkara penting dalam perkahwinan..tu orang kata perkahwinan bukan perkara mudah..sejauh mana keyakinan dan kepercayaan boleh diletakkan?sejauh mana keyakinan kita pada Allah dah tetapkan yang terbaik buat kita..jangan hilangkan pergantungan pada Allah..ye..cakap memang senang..tapi itulah pentingnya doa..


opps..panjang pulak..asalnya nak mencoret untuk abang ku..huhu..saya tak layak nak berbicara tentang ini sebenanya sebab perjalanan saya masih jauh..banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan..tapi mungkin ini sedikit coretan setelah menghadiri Bicara Siswi di USIM baru-baru ini yang bertajuk 'Surat Cinta untuk bakal imamku'..fuuh..tajuk memang menarik..tetapi kita pandang dari sudut untuk ilmu dan mengisi masa lapang kebetulan talk tersebut jatuh pada hari jumaat yang ada masa terluang..apa lah salahnya kan..

kita akhiri dengan firman Allah s.w.t:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." 
(Surah An-Nahl: ayat 72)

"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Ar-Rum: ayat 21)


wallahu'alam

P/S: asif mungkin entri yang agak panjang..dah lama tak menaip ni..walaupun abang saya berkemungkinan BESAR tak membaca blog saya tapi saya nak jugak tulis..mudah-mudahan pembaca dapat mendoakan kebahagian abang saya bersama isterinya ke akhir hayat..juga buat kami sekeluarga..insyaAllah...


wassalam~

#mudah-mudahan..Allahu yusahhil..


Label: , , ,


6 comment(s)
POSTED ON Ahad, Mei 08, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...


   Hari ini 8 mei 2011..tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni rajin mencoret di blog ni..alhamdulillah..hmm santai santai bersama keluarga petang tadi sambil menonton televisyen..alkisahnya cuba kita tengok di tv sekarang banyak iklan tentang hari ibu kan?bila hari ibu?duk iklan tapi takda pulak bagitau hari ibu adalah pada sekian sekian tarikh..dengan segala inisiatif yang ada google la..maklumat di hujung jari katakan..*bak kata sahabat ana maklumat di hujung kuku..tak kisahlah..mr. google pun keluarkanlah banyak-banyak tarikh..ooohhh..8 mei rupanya..tapi kalau kita perasan kan orang selalu kata sebenarnya hari-hari ialah Hari Ibu..jadi hargailah ibu anda..tapi betul tu setuju 185%..tapi pada pandangan ana Hari Ibu ni kira dapat mengingatkan kita tentang segala jasa ibu kita kan..mungkin ada yang jauh dari ibu..jadi dengan adanya hari ibu ni sekurang-kurangnya kita ingat ingat dan hargai ibu kita..

        haa. macam biasa kalau anda perasan selalunya tiap kali ada sambutan hari raya ke mesti ada rancangan-rancangan yang memaparkan suasana hari raya...petang tadi buka siaran astro ada satu drama tajuknya Atas Nama Ibu..mula-mula tak tengok pun sebab tak faham..tapi bila sampai part-part kemuncak tu macam menarik jadi cubalah tengok..baca tajuk pun boleh agak kan tentang apa..macam selalu kita tengok tentang anak-anak yang lupakan ibu..drama ni lebih kurang macam tulah jalan ceritanya..


      Dalam drama tersebut menceritakan tentang anak-anak yang lupakan emaknya tapi cuma ada seorang anak lelaki dia yang betul-betul jaga dan hargai mak dia..walaupun emak dia masuk penjara..yang paling ana suka dialog anak yang menjaga emaknya itu (ana namakan Roslan) apabila berhadapan dengan abang dan kakaknya yang langsung tidak menghormati emak mereka..

   Alkisahnya mereka adik beradik mempunyai sebuah syarikat..Roslan yang banyak menguruskan..dalam satu scene di mana mereka adik beradik ingin membuat satu keputusan..apabila berkumpul berbincang dengan semua dan mereka bersetuju..kebetulan emak mereka berada di situ..

Roslan : hmm...emak macam mana perjanjian ni..ok tak?


Emak   : mak rasa ok je kalau kamu semua setuju dan kalau itu yang terbaik..


Abang  : buat apa tanya mak ni..bukan tahu pun pasal perjanjian ni..dah lah dalam bahasa inggeris..bukan faham pun..


Kakak  : yelah..mak tak tengok pun perjanjian tu kenapa nak tanya mak..


Roslan  : hmmm..saje..nak ambil berkat..

ana highlight kan kata-kata Roslan "saje..nk ambil berkat.." 

ayat tersebut banyak kali disebut oleh Roslan..hatta ketika mereka berbincang untuk memilih seorang pekerja yang telah ditemu duga..pandangan emak sentiasa diminta oleh Roslan..

ana ingat lagi satu dialog..

Abang : kenapa mesti tanya pendapat emak?emak bukan tahu apa-apa pun tentang syarikat..


Roslan : abang tahu tak masa mak kat penjara tu..saya selalu mintak pendapat mak tentang syarikat..cuba abang tengok..syarikat kita maju..

lihat..bila seorang anak yang sangat menghargai ibunya..*semasa di penjara Roslan selalu melawat emaknya
mungkin kita lihat ayat "saje..nak ambil berkat.." macam kecil je..tapi kalau ditekan pada perkataan berkat itu..masyaALLAH...satu perkara yang amat penting dalam hidup kita..apa jua yang kita lakukan kalau tiada keberkatan maka tak jadilah seperti apa yang kita mahu kan..

apa yang dapat ana simpulkan di sini kepada semua mesej yang nak disampaikan sempena hari ibu ini mari kita sama-sama menghargai dan mendoakan ibu kita yang telah menjaga kita...bagi yang masih mempunyai ibu sama-sama kita hargai mereka..dan bagi mereka yang telah kehilangan ibu doakan ibu anda sentiasa tenang di sana ya...buat semua yang bergelar ibu,emak,ummi,bonda,mama,mummy...

terima kasih kerana menjaga kami
terima kasih kerana mendidik kami
yang paling penting terima kasih kerana melahirkan kami!!



wallahu'alam

*nota kaki : besarnya pengorbanan ibu melahirkan..ana ada ceritakan serba sedikit di sini.. asif jika entri terpanjang..

Label: ,


0 comment(s)