POSTED ON Isnin, Mei 07, 2012 by Nuur Shahirah \\


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tersurat tersirat
DIA lebih mengetahui.

sumber:google

jom selak selak kembali nota cinta Dia bagi pada kita
masa lalu
masa sekarang
masa depan
lengkap!
perfect!

satu renungan hari ini :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah:216) 

kadang-kadang kita minta itu
kadang-kadang kita minta ini
tapi bukan semua kita dapat
kecewa
sedih
gembira
tawa

ingat janji Dia kat atas ni

hari ini keputusan UPU keluar..macam-macam gelagat nampak adik-adik ni..kat facebook ke kat twitter ke semua cakap pasal UPU..teringat tahun 2011..ingat lagi 6 Mei kalau tak silap keputusan UPU keluar..debar-debar pun ada..dulu memang nak sangat masuk UIA ambil kos farmasi..tapi tup tup keluar dapat USIM..alhamdulillah rezeki kat situ..sekarang dah habis pun..setahun..masa sekejap sangat berlalu..bila dah habis tamhidi emak cakap macam ni,

"hmm..kejap je dah habis..dulu nak sangat UIA kan?tapi bila dah ada kat USIM pun bagus jugak.."

hmmm..ada betulnya jugak..kadang-kadang kita tak nampak apa yang dah Allah rancangkan..dekat USIM banyak benda saya belajar..mungkin baru sekelumit tapi kita belajar dari pengalaman kan?oklah pada adik-adik yang dah tengok pun keputusan UPU tu..mudah-mudahan itulah yang terbaik buat kalian..mungkin bukan sekarang kita nampak..believe that one day soon you will see Allah gave the best for you..ingat kat mana-mana pun kita belajar kita satu tujuan dan niat..kita nak dapat keredhaan Allah..dengan itu kita berjaya menjadi orang yang berilmu dan bermanfaat kepada orang lain..masih ingat lagi dulu seorang ustaz kat maahad Ustaz Zainol selalu tegaskan begini :

"kamu tahu..orang paling baik ialah orang memberi manfaat pada orang lain.."

bertepatan dengan hadis :

Nabi saw. bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

hatta tukang sapu sampah pun beri manfaat pada orang lain..eh bukan nak suruh jadi macam tu..cuma nak cakap kat sini kat mana-mana pun ita jadi lah seperti yang terdapat dalam hadis di atas ni..lagi satu kata-kata dari Ustaz Sanusi yang mengajar kami di USIM subjek Quran and Hadith on Science..ustaz ni kadang-kadang suka bercerita pengalaman beliau belajar di negara orang..sampai satu hari beliau cakap macam ni :

"kat mana-mana pun belajar sama je..yang berbeza pengalaman.."

setuju?ya memang pengalaman yang membezakan kita..hatta kadang-kadang saya tengok kawan-kawan yang belajar luar negara..dalam hati.."seronoknya diorang..aku kat sini je.."..jap jap..tengok balik ayat kat atas ni..ok takpe dah memang Allah tetapkan aku kat sini..mungkin satu hari nanti ada rezeki mana tahu kan..insyaAllah..ok kepada adik-adik dan kawan-kawan yang dah dapat result UPU be thankful whatever it is..mudah-mudahan..insyaAllah..


Konklusi

Di sini saya nak berkongsi sedikit kata-kata
bukan dari saya pun.
but sharing is caring right?

if Allah answers your prayer, he is increasing your faith, if he delays, he is increasing your patience. if he doesn't answer, he has something better for you :)


# ingat nak buat post yang ringkas tapi laju pulak jari jemari ni menari atas keyboard
alhamdulillah.
mudah-mudahan manfaat sama-sama :)

wallahualam

Isnin
07052012
3.48 pm




Label: , ,


2 comment(s)