POSTED ON Selasa, Mei 15, 2012 by Nuur Shahirah \\


bismillah
Allahumma barik lana..
eh kejap bukan nak makan..
silakan scroll lagi ke bawah.. ^_^


sumber : google






tengok gambar di atas nampak sedap..ayam masak apa eh?masak kicap?bukan kot..masak madu? Eh ada ke? Terima kasih encik google.nama nya szechuan chicken.. Jangan tanya saya apa tu? Sejujurnya tak pernah masak pun macam dalam gambar tu.. Ok kita pergi topik asal..dapur.kitchen..tak tahu dapur tu apa?Kitchen tahu? Tipu la tak tahu..bila perut buat lagu lagu keroncong ke lagu nasyid ke lagu ombak rindu keee destinasi yang menjadi kegemaran sudah semestinya kalau tak tudung saji peti ais tak pun periuk-periuk atas dapur tu kan..cakap pasal masak memasak ni biasa la zaman zaman remaja dulu kanak-kanak perempuan*eh betul ke term ni..mesti dan semstinya ada beli mainan yang ada periuk kuali pinggan mangkuk sudu garfu semua tu kan?haaaa jangan tipu tak nak mengaku!saya mengaku memang dulu suka main masak-masak..selain dari anak patung bagai tu..kalau kaum adam tu mesti pernah tengok adik-adik perempuan main kan?agaknya memang naluri perempuan ni dari kecil kan..tapi tapi tapi nak cakap pasal apa sebenarnya ni???


"tolong explain boleh tak??penat tunggu ni..kalau cakap pasal masak mummy saya pun boleh cakap =_="


"haah kakak adik saya pun boleh apa..masak air buat maggi..alaa senang je tu..takkan nak cakap pasal tu jee..adoi.."

okay okay mula-mula terlintas nak tulis post kali ini bila terbaca satu artikel di langitIlahi.com tentang kerajaan wanita ni. Dalam artikel tu disebut tentang peranan wanita ni bila kat dapur. Mungkin boleh baca artikel tersebut nanti. Apa yang saya dapat daripada artikel tersebut ialah ( bagi point la senang sikit eh? )

1-“Kitchen is every woman’s kingdom”


 Apa yang dimaksudkan ialah dapur ni adalah kerajaan kecil wanita?haa kalau diperhati betul-betul dapur ni
 kalau kita lihat dari sudut pandang yang berbeza ada hubungannya dengan pembinaan keluarga sakinah dan
 mawaddah. Macam mana? jom teruskan..


2- Pemakanan sehari-hari dari dapur rumah


Dalam sehari-hari kadang terfikir tak apa yang kita makan tu datang dari mana? Halal?pasti? Jadi nak lebih selamat nilah peranan wanita atau pun senang cerita emak mama ummi kita.. Kalau seseorang mak tu mesti dia akan pastikan keluarganya makan apa yang baik dari sumbernya dan khasiatnya kan.. Sebagai contoh takkan lah seorang ibu nak bagi anak-anaknya makan maggi sedangkan dah terang lagi bersuluh maggi tu tak elok untuk kesihatan kan? Apa lagi kalau makanan yang ada MSG pewarna semua tu.. Yang penting sudah semestinya perlunya seorang wanita di dapur itu akan memastikan makanan yang dimasak halalan tayyiban.. Jadi nampak kan kenapa dapur tu boleh jadi kerajaan meskipun kerajaan kecil bagi wanita? Kalau apa yang dimakan tu berkhasiat dan baik insyaAllah lahirlah generasi yang baik sebabnya apa yang kita makan tu akan menjadi darah daging kita betul tak?


MUSLIMAH MASTERCHEF WANNA-BE  !




Owh ye sejak bila saya mula belajar memasak? Tak ingat pun sebenarnya.. Mungkin sikit sikit la kot.. Mula-mula masak air dulu ke.. Kemudian masak nasi kot..lepas tu baru la mula tengok sikit-sikit.. Mungkin lepas PMR atau lepas SPM tengah cuti lama tak buat apa-apa kan..kerja pun ada la sekejap.. Tapi mula-mula rasa macam payah jugak memasak ni.. Sebab nak kena sedia itu ini tapi sekarang mula rasa seronok belajar.. Saya mula suka kerj masak memasak ni..suka cuba benda baru.. Teringin itu ini boleh buat sendiri kan?takda la nak tunggu orang lain buatkan..kan ke senang tu?jadi..wahai wanita-wanita muslimah sekalian jom kita jadi masterchef muslimah! Macam dalam masterchef Malaysia tu tapi master master lagi..mungkin satu hari nanti kita akan jadi isteri ada rezeki lagi ibu kan..takpun sekarang memasak untuk keluarga kita..dan tak lupa juga kawan-kawan di luar negara yang berdikari memasak..sangat suka melihat semangat mereka memasak tak kira lelaki atau perempuan..seronok! Dan.. Lagi bagus kalau kaum adam pandai masak boleh tolong emak kakak isteri memasak.. Baru best.. Dapat pahala tolong mak sambil tolong siang-siang ikan ke potong-potong sayur ke kan kan kan? Tak susah pun.. Alah bisa tegal biasa la.. :)




PENUTUP


Apa-apa peranan wanita bukan sekadar di dapur je. Jadi wanita-wanita sekalian mungkin boleh mula belajar memasak sekarang. Bukan nak kata tak pandai masak tu tak bagus tapi bila anda baca entri ni mungkin dapat sedikit sebanyak kenapa pentingnya dapur dalam tangan kita kan?Ohh sebelum terlupa saya sangat berharap ada sesiapa di sana yang boleh ciptakan saya satu skrin elektronik yang boleh letak kat dapur dan boleh senaraikan terus bahan-bahan apa yang perlu.. Al maklumlah tengah belajar masak.. Malas nak salin mungkin.. Okey takpe takpe kita susah susah dulu senang kemudian..*tapi kalau ada yang sudi nak cipta pun bolehhh..sebelum tamat rasa nak share sesuatu dapat dari fb Genius Aulad (I would like to be like that one fine day ^_^)


TELL MYSELF

Let me be awake.


Let me not be lulled to sleep by youtube.


Let me put down my Iphone, the laptop, the television.


Let me keep first priorities first.


Let me stoop myself the lowest as His slave.


Let me seek the joy in the duty and beauty of being a parent.


Let me live fully alive.

From: Mother of 3 girls and a boy,


Bukit Rimau, Shah Alam.







sekejap sekejap! Nak share gambar semasa dalam proses memantapkan skill memasak*mungkin




hasil ajaran cikgu google :)




cucur ikan bilis marii....





P/S : ilham dari artikel dari langitIlahi.com tajuknya Kerajaan Wanita (mungkin lebih jelas apa yang 

disampaikan penulis)

# maaf entri yang biasa-biasa sahaja dari saya untuk perkongsian.
 Moga dapat manfaat.
 wallahu'alam

tulus ikhlas dari mastercheF muslimah wanna-be




Label: , ,


2 comment(s)