POSTED ON Khamis, Januari 30, 2014 by Nuur Shahirah \\






















Dan siapa aku untuk berpaling andai Dia mengilhamkan?

Sungguh
tak mahu menjadi yang mengotorkan



Allahumma ajirni fi musibati wa akhlif li khairan minha
Allahumma ameen

Jangan tinggalkan aku sendiri walau sekelip mata ya Rabb


[nuur]


Label:


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Januari 28, 2014 by Nuur Shahirah \\



Bismillah

2005
Foyer Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching

"Okay, sit down please. So, for this English Week I would like to ask one volunteer to share with all students one or maybe more proverbs. The proverbs that I pasted on the wall. Anyone?"

*no answer*

"Emm, no volunteer? Okay, I'll pick anyone ya. Ahha. Shahirah?"

She stood there and tried to find the proverb in her memory. 
A few second later,

"Emm. Honesty is the best policy."

The only one she remembered. Simple yet perfect. At least she got one. Haha

***

HONESTY IS THE BEST POLICY

Tolong jangan translate proverb di atas. Make it simple. 

DON'T LIE

Bila kita bercakap tentang kejujuran (honesty) agak-agak apa yang muncul dalam fikiran kita? Emm. Jujur, jangan menipu dan bla bla bla. Mudah sangat kita cakap jujur macam tu macam ni.

Be honest. Be honest. Be honest my dear. Honest to yourself, your friends, your family and to make it simple, be honest to everyone!

Sejauh mana jujur kita tu? Sejauh mana kita taruhkan kejujuran kita kononnya jujur itu pada orang lain. Dan sedalam mana kita jujur dengan diri sendiri.

_______________________________________________________________________________

"Weh, lama tak nampak dekat surau. Pi mana?"

"Tak pergi mana lah. Ada je. Kat rumah."

"Kau okay dak ni? Lembik semacam je aku tengok."

"Eh okay lah. Ni ada depan mata hang. Sihat walafiat je kan? Haa rasa-rasa tak demam tak apa pun."

"Ni mutabaah amal okay?"

"Emm, okay lah. Camtu lah."

"Hari ni ada buat dhuha?"

"....."

"Ma'thurat?"

"..."

"Kau tipu aku eh."

"Mana ada."

"Dah tu apa?"

"Cuma tak jujur je."

"Haa bagus lah tu. Aku tanya kau. Jujur tu apa?"

"Jujur lah. Cakap benda betul. Seikhlas mungkin."

"Lepas tu tadi tipu aku tu jujur ke tak?"

"Mana tipu lah. Aku jawab je kan."

"Tipu lah tu. Sama je dengan tak jujur. Tak cakap benda betul. Kata okay tapi bila aku tanya senyap. Zahirnya memang lah okay. Dalaman kau macam mana?"

"Yelah, aku salah. Tak jujur dengan kau."

"Dan tak jujur dengan diri sendiri."

"Sebab?"

"Kau tahu kau tu tak okay. Tapi kau tipu. Kononnya okay. Lepas tu taknak betulkan. Dah lama tak datang surau. Kesian aku tau jalan sorang-sorang."

"Aku bukan taknak. Tapi.."

"Haa tu dia. Jangan banyak bagi alasan. Jujur dengan diri sendiri. Kau tahu kau tak okay, cari jalan betulkan bukan biarkan. Macam mana kau nak jujur dengan aku kalau dengan diri sendiri tak jujur,Naufal."

"Emm agaknya selama ni mungkin aku banyak tak jujur dengan orang kot. Dah dengan diri sendiri tak jujur. Kadang tahu ni salah tu salah, tapi nak jugak buat kata betul."

"Naufal, aku ni dah lama kenal kau. Aku tahu kau bukan macam tu. Cuma mungkin kali ni je kot kau lupa. Takpelah, aku ingatkan. Esok aku lupa kau ingatkan."

"Jom."

"Pi mana?"

"Badminton! Haha. Aku selama ni tak jujur kat diri sendiri kata badan aku ni dah okay takyah exercise. Padahal haaa berat dah rasa lama tak main. Hehe."

"Haha pandai kau eh. Terasa aku. Okay jom!"

*****

Dalam hidup ni sedar tak sedar dengan diri sendiri pun kita kadang tak mampu jujur, apatah lagi dengan orang lain. Senang kata, suka tipu diri sendiri. Yang salah dikata betul sebab nafsu. Ikut sangat apa yang nafsu nak. Nafsu yang kalau di bagi makan sampai bila takkan kenyang. Nak lagi nak lagi. Akhirnya melibatkan orang sekeliling. Ketidakjujuran yang membunuh diri sendiri, membunuh orang lain. Rasa-rasanya lah kan mampu ke kita maafkan ketidakjujuran orang yang selama ni kita sangka jujur? Jujur yang kita kaburi dengan nafsu semata. 

Dan mungkin jugak sebab diri sendiri tak jujur dengan diri sendiri.
Sebab tu agaknya orang tak jujur dengan kita?

To be honest, we are not being honest to our own Creator. That's it.

Nak salahkan orang lain boleh kalau orang tu tak jujur dengan kita.
Nak salahkan diri sendiri pun boleh sebab mudah sangat percaya.

Tapi kita takkan dapat apa pun kalau terus salah menyalahkan.
Nak jadi macam bangau dalam lagu Bangau oh Bangau?

Back to the basic.

Relationship with The Divine.

Mak kata

Orang buat kita takpa. Biarlah nak buat apa cakap apa pandang macam mana buruk pun. Itu urusan dia dengan Allah. Kita jangan balas.

Hari ini, saya berdiri atas satu prinsip.

Prinsip hidup.

HONESTY IS THE BEST POLICY

Kepada diri sendiri, mohon jujur pada diri sendiri dan pada Yang Maha Mengetahui.

Kepada yang pernah jatuhkan diri ini dengan ketidakjujuran, jujurnya kemaafan belum terukir pun.

Honestly,
I'm writing this entry because of the pain.
The pain that taught me a lot.
So, thank you for not being honest.

What doesn't kill me makes me stronger
Stand a little taller
What doesn't kill me makes a fighter
Footsteps even lighter


P/S: Ampun kalau sikit banyak mungkin lebih pada cerita sendiri. Untuk peringatan diri sendiri. Dan semua pastinya. ;)


{nuurshahirah}
0049 





Label: , ,


3 comment(s)
POSTED ON Selasa, Jun 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah









Sahabat,
aku kira mungkin engkau silap
meminta itu dariku
kerna aku bukan sebaik dirimu

tapi
mungkin juga
Allah menghantarku untuk membantumu

sangat sikit rasanya
yang mampu kuberikan
sebab sejujurnya
diri ini belum cukup tarbiyah
belum cukup terisi
untuk mengisi hatimu
atau sesiapa sahaja

tapi aku cuba
ini yang termampu

moga dirimu kuat
kerana dirimu yang kukenali
lebih kuat dari yang disangkakan

cuma kali ini diuji sedikit
jatuh sedikit
tapi jangan khuatir

Allah tak membiarmu jatuh menangis di situ

aku juga takkan tegar melihatmu jatuh
dan aku sentiasa ada di sini

apa yang kuberi
itu yang termampu
entah berguna atau tidak

namun kuharap ianya berguna
untuk dirimu
juga diri ini

salam rindu
99 kali rindu dari Nilai :')


***

dia sahabat saya
dia perempuan
saya kenal dia baru empat tahun yang lalu
di bumi ulama' bak kata Ustazah Marzilah
bumi hamidiah
dia seorang yang kuat
satu dorm
tapi berlainan kelas
tapi dia menggalas tanggungjawab yang besar
meskipun baru berpindah
sebab kewibawaan dirinya
dia ketua yang baik buat semua penghuni asrama
sahabat yang baik batch 0610
juga kakak yang baik buat adik-adiknya

semoga dia terus kuat
*identiti dia dirahsiakan*

semoga berjaya menjadi doktor yang hebat awak.
berbakti pada ummah, agama, bangsa dan negara.

panjang umur, murah rezeki kita jumpa ya?

ikhlas dari saya,
Nuur Shahirah binti Md Saad 

Label: , , , , , ,


2 comment(s)
POSTED ON Khamis, Jun 06, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Fatrah imtihan
Menguji sungguh

Ohh belum lagi imtihan
Baru study week

Tapi menguji.
Sungguh.

Itu tak kena.
Ini tak kena.

Hal itu juga hal ini.

Serabut.

Recheck.
Muhasabah sendiri.
Apa yang tak cukup lagi.

Allah.

Tengok buku.
Kosong. Kosong. Kosong.

Ini tak tipu.
Graf kemalasan meningkat naik.
Graf kerajinan menjunam!

Back to basic.

Kawan kata back to basic.
Jaga masa tepati masa.

Ada akak tu kata.
Back to basic.
Kembali pada Allah.

Yes, back to HIM.
because He knows everything.

Ya 'Alim.
Ya Rahman.
Ya Raheem.

Bukak al quran.
Tadabbur sekejap.
Ambil masa.
Doa.

Dan
Usaha.

Juga tak lupa.
PERCAYA DAN YAKIN.

Allahumma yassir wa la tu'assir ya kareem.
Permudahkan kami Ya Allah di jalan menuntut ilmu ini, untuk meningkatkan darjat diri kami menjadi orang yang berilmu, berbakti pada ummah, agama, bangsa dan negara.

Kata Ustaz Izuan
Hidup untuk berkhidmat

Kata Ustaz Hasrizal
Erti hidup pada memberi 

#NoteToSelf




Allah ada kan?


Salam Israk Mikraj.
Jangan lupa al-Kahfi malam ni.

Juga sollu 'ala nabi.
Moga beroleh syafaat. :)

{nuur shahirah}
1549
060613

Label: , , , , ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, Mei 23, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

tak pernah minta
apatah lagi mencari

bila datang
baru tahu apa rasanya
baru sedar apa kuasanya

selepas tetap

datang lagi
salah siapa?
diri sendiri?
tak terjagakah diri?

Allah.

Allah,
mudahkan semua ini,
tunjukkan jalannya
pimpinlah dengan cahayaMu

aku mohon.

1
Final exam akan menjelma
Allahu yusahhil lana


Allahumma barik lana fi Rejab wa Syaaban wa ballighna Ramadhan.

p/s: update tentang Seminar The Beauty of Surah al-Fatihah selepas exam ya?

{nuur}




Label: ,


1 comment(s)
POSTED ON Jumaat, April 12, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Satu tempat bergantung.
Takkan putus sampai bila-bila.

Percaya
Jangan pudar.
Jangan sirna.
Jangan hilang.


***

kamu,
yang dilindungi,

saya,
akan terus kuat,
akan terus berdiri,

sedang ada masa jatuh
sedang ada masa berlari kembali

mohon terus kuat di sini -di perjalanan kita.

menempa kejayaan
mencoret senyum di wajah ibu ayah

sempat atau tidak.
Yang Maha Mengetahui tentukan.

Sekejap.

Priorities
May Allah ease everything.


p/s : ini bukan masa main-main. #noted

{ nuurshahirah}
semenyih
120413


Label: , , ,


0 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mac 27, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Saya bahagikan kepada dua subtopik.
Wahh dah macam subjek apa je.

#1 HariIni

Saya bukan orang yang bercakap banyak.
Bukan juga orang yang suka berceloteh sangat.
Tapi yang mengenali saya tahu sejauh mana suara saya terlontar.
Sejauh mana gurauan saya.
Sedekat mana hati saya terusik.

Semua itu tak penting.
Buat apa cerita tentang diri sendiri kan?

Diam.
Silence.

Kadang-kadang diam itu lebih baik. 
Silence is better.

Sebab kalau cakapnya nanti takut terguris sampai berdarah.
Mungkin juga kalau bisiknya nanti membunuh dalam senyap.

Ohh ayat bukan main.

Cara saya begitu.
Bilamana sedih ke marah ke.
Diam.
Cari ruang.


#2 KelmarinDanKelmarinLagi

Pernah dengar lagu Putih-putih Melati?
Alaa lagu putih-putih melati
Merah-merah delima tu.

Haa tak tahu boleh lah bertanya kepada Incik Google.

Kalau ada hitam pasti ada putih pasti ada hitam.
Satu baris lirik lagu tu.
Bukan nak ajaq suruh nyanyi ke apa.

Naahh.
Cuba hayati lirik tu.
Kalau ada hitam pasti ada putih.
Kalau ada buruk pasti ada baik.
Kronologinya macam selalu dengar.
Ada sekeping kertas putih.
Kemudian ada satu titik hitam di atas tu.

Mana satu yang kita pandang.
Mana satu yang lebih kita perhati.

Hitam?
Putih yang ada tu macam mana?
Kelam.
Kabur.

Lumrah kan.
Manusia.
Saya.
Kamu.
KITA.

Bilaman nampak yang hitam tu.
Hitam kelam je nampak.
Putih yang bercahaya tu macam mana?

Nampak mudah.
Nanti bila rasa tahu lah ke mana rasa kita.

Refleksi.





Allahu'alam.


Mood tunggang-terbalik.
Macam kena lambung ombak.
Eh.
Lupakan.


p/s : rindu menulis di sini.


{ Nuur Shahirah }
1420
270313
Nilai




Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mac 04, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


" Slownya kau lari. Aku dah sampai lama tau. Ni betul-betul jalan la ni. Haha. "
" Alaa biar lah menikmati keindahan alam hang tau dak? "
" Erk. "


Cepat
Laju
Pantas

Semua orang nak cepat sampai.
Sampai mana?
Mana-mana yang dituju.

Ada yang tujuannya ke sana.
Mencari sesuatu yang hilang.
Mengejar apa yang jauh nun di sana.

Namun cuma satu matlamat.
Mesti sampai!

Yang terbaik sampai dengan pantas!
I wanna be the winner!

Persoalannya
Pantas itu berbaloikah?
Kalau tak ada perhentian yang mengajar?
Tak ada liku yang diharungi?
Tak ada jatuh bangun yang mendidik?

Tepuk dada tanya hati.

Aku sampai.
Kau pun sampai.
Tapi kenapa engkau puas.
Sedang aku belum merasa cukup?

Lambat atau perlahan bukan persoalan.
Persoalannya mana arah tuju.
Apa yang tersirat di sebalik perjalanan.

Bukan kosong.
Bukan zero.

Umpama mana perginya anak panah.
Ke arah matlamat yang dipanah mata.
Juga hati dan fikiran.
Bukan sekadar panahan biasa.


Allahu'alam.

Psst.
1. Jangan lupa solat dhuha pagi ni. :)
2. CalculusManiac taknak conteng sini lagi ke? 


{ Nuur Shahirah | BooksManiac }
040313
0842







Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Mac 02, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



A : Aku sedih sangat weh. Tak tahu nak cakap macam mana.

B : Hang ni awat. Cuba habaq sikit nak dengaq. Dari semalam aku tengok. Termenung panjang.

A: Emm aku tak reti la nak habaq macam mana. Rasa macam dalam sangat rasa ni. Hmm.

B : Macam mana aku nak tolong eh. Kadang-kadang ada benda kita tak dapat nak cerita kan. Jadi macam 
ni lah aku tak paksa hang. Back to basic. Back to Allah. Dia je tahu apa yang hang rasa. Habaq la semua apa yang hang nak. Nak marah ke nak sedih ke nak gembira ke. Apa orang kata tu all out! Haa. Boleh?

A : Okayy. Mintak maaf naa susahkan hang. Terima kasih tau. Walaupun aku tak mampu nak habaq apa-apa.

***

     Apa khabar sahabat? Apa khabar imanmu hari ini? Apa khabar amalan fardhu mu? Apa khabar amalan sunatmu? Sama-sama kita doa kan moga saya dan anda masih aman dalam iman, sejahtera dalam rahmatNya.

Sahabat, 
Sebelum kalian lebih jauh meneroka artikel saya pada kali ini, boleh tak saya nak tanya satu soalan kepada anda? Boleh la boleh la. Boleh kan? Kalau anda cakap boleh, sy ucapkan thannnnkss terima kasih syukran arigato gracias! Tapi kalau tak boleh, anda tetap sahabat saya yang terbaik ! Thumbs UP! J

Sahabat,
Pernah tak saudara merasakan satu saat dalam hidup ini, kita letih sangat dengan suatu beban dosa  dalam diri, kita ingin meluahkannya  tetapi ianya adalah rahsia hati yang kita simpan sekian lama, yang mustahil untuk kita meluahkannya kepada sesiapa? Saya pernah merasakannya, dan menanggung beban rasa itu membunuh jiwa saya dalam diam, meracuni takwa saya tanpa sedar.

    Tapi, di saat itulah, saya ditemukan dengan sebuah hakikat. Hakikat dan kepastian yang jelas. Di saat saya tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan apa yang ada di hati ini, saya masih ada Allah s.w.t. Sebelum ini hati saya dimomok kan dengan indahnya kefanaan dunia, sehingga saya lupa bahawa di sisi kita sentiasa ada Zat Yang Maha Rahim, saya alpa bahawa kita memiliki Zat Yang Maha Mendengar mendengar keluhan hati saya saban hari, saya lalai daripada mengingati sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Allah, Allah, Allah, berdosanya diri..

Allah s.w.t berfirman : Surah Qaaf, ayat 16 

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

    Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan kita. Lebih dekat daripada diri kita sendiri. Dan kepadaNya lah yang selayaknya kita mengadu saban hari, kepadaNya lah selayaknya rintihan kita diperdengarkan, kerana Allah adalah Zat yang Maha Berkuasa, Zat yang Memilki Segala Sesuatu! Kerana Allah s.w.t lah yang menyayangi kita hambaNya, dengan mawaddah kasih yang tiada tolak bandingnya.

NOTA HATI KECIL BUAT KITA

Sahabat, 
Perdengarkanlah rintihan rindumu kepada Allah, nescaya Dia akan mempetemukanmu dengan keabadiaan sebuah ketenangan.

Sahabat, 
Linangkanlah air mata syahdu atas dosa-dosa mu yang tidak mampu engkau hitung, nescaya Dia akan memberikanmu jalan keluar ke SyurgaNya.

Sahabat, 
Serahkanlah sepenuh pengabdianmu  kepadaNya, nescaya Dia mendekatkanmu dengan RahmatNya.

Sahabat,
Belajarlah mencintai. Mencintai Allah yang memiliki dirimu, menakluki hatimu.


Salam perpisahan.
Allahua'alam.


Psstt.
BooksManiac said to CalculusManiac " Thumbs up! Harapnya sudi lagi mencoret di sini."



{ CalculusManiac | BooksManiac }


Label: , ,


4 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Februari 22, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.

source : tumblr
First english for science and technology class for this semester.

Her name is Dr. Harrison.
I'm not sure how to spell her name even though she mentioned it in class. Haha.

Beautiful.
Attractive.
Tall.
Educated.
Strict.

Ahha.
That was my first impression.

But then, when she started to introduce herself. Waaahhh impressed. Johorean okay. She told us a lot of things. How she learn english when she was young. Believe it or not. The first english word she learnt was " press" and that was when she was 18. Can you imagine that students? How bad my english and i started to improved when i was 20. And now, she teach english. She pursued her master and PhD in US and told us that she enjoyed being there. Every minute every second you know. Inspired. Many stories left untold. Here. 


Let's ponder this thing.

Dr. said she loves chemistry during her secondary school. And after SPM she applied for chemical engineeering. However she got an offer in Banking and finance and chose the course to further her study. She loves observing. She told us about accent especially in english and how she observe people around her  pronounce some words in different accent. She's quite funny in making her story interesting. But the most important point is she ask us " What Allah told us in al-Quran?"

Silent.
Silent.
Silent.

No answer.

Then, she said. Allah ask us to THINK.

THINK.
THINK.

and

THINK.

She reminded us to think about this too.

" We used to think that some people who live and further their study abroad especially Europe will face cultureshock. And their awareness on their religion is not as good as us in Malaysia. But you are wrong. Living in those countries in europe US for example, your awareness will be much better than in our environment here, Malaysia. "

Got it?

Read.
And DIGEST.


Yes.
Greater things are yet to come.
Expect the unexpected.
Again.

Allahu yusahhil lana.

It's jumuah.
Salam jumu'ah.
Have a blessed day ya. ^^

p/s : Please forgive me if there's a lot of grammar mistakes. Sobs. :(


{ Nuur Shahirah }
USIM, Nilai







Label:


0 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Januari 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Jumaat datang lagi.
Sayyidul ayyam kembali lagi.


Nanti anak-anak ummi macam ni ya
Baru sejuk mata memandang

Eh.
Apa ni.

Okay.
Kembali ke alam nyata.
Hari ini nak cakap sedikit sahaja.
Sempena hari Jumaat yang penuh berkat hari ini.

Teristimewanya buat kaum adam

" Nak buat surat buat adam, imam makmum bagai lettewwwww.. Dah biasa dah baca. "

" Apa ni apa ni kaum adam ini, awak tu kaum hawa. Tak elok cakap pasai oang laki ni. Ish ish. "

Erk.
Listen.
Listen.
Listen.
Saya tak habis cakap lagi.

Emm.
Boleh ya teruskan?

" Okay okay kami dengaq. We are listening. "

Ni nak habaq mai. Semalam petang bukak tv Alhijrah. Kalau tak tahu bagi astro channel 114 ye. Kebetulan rancangan masa tu bersama Sheikh Nuruddin al-Banjari. Kot tak kenal meh nak tunjuk gambaq. Kot kot jugak ada yang cam tapi tak ingat nama ke kan.

wajah orang alim itu menyenangkan kan?  :)

Sambung sambung tadi.

   Alkisahnya tengok rancangan tu pun dah separuh jalan. Tapi at least kita cuba dengar kan. Bak kata beliau ambil masa untuk kita belajar ilmu agama sepertimana kita meluangkan masa untuk belajar ilmu dunia. Pendekkan jalan cerita sebelum habis program beliau sempat menyeru begini. Lebih kurang ayatnya saya olah tak ingat sangat. Kaitannya di sini ialah tentang hari Jumaat.

" Kalau kita bekerja, biasanya kita ada pakaian seragam. Contohnya kalau Petronas hijau. Kenapa tak esok ( Jumaat ) kita seragam pakai serba putih sama-sama pergi masjid solat Jumaat? "

    Lebih kurangnya begitulah ayat beliau lebih dalam kot. Cuma dapat olah sikit maksudnya macam tu lah. Haa jadi di sini nak menyeru kaum adam di luar sana hari ni pakat ramai-ramai pakai jubah puti bagi yang ada pergi masjid sama-sama. Tapi kalau takda pun takpa pakailah wangi-wangian nak jumpa Allah kan. Putih suci macam gambar anak-anak kecik dekat atas tu haaa. Kan redup mata memandang.  ^_^


Terima kasih kerana sudi memdengar.
Eh membaca la.

Allahu'alam.


Salam Jumu'ah.
Allahumma solli 'ala muhammad.
Banyakkan berselawat hari ini.
Moga hari kita diberkati.


".. harapan itu semestinya ada. Ini perancangannya bukan untuk sekarang tetapi untuk masa depan. "

{ nunwaura' }
 0833

Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, Januari 17, 2013 by Nuur Shahirah \\



Bismillah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Usai solat maghrib dicapainya surat cinta itu
selembar demi selembar dibuka
al-Kahfi

dimulakan dengan basmalah

tiba-tiba
dia jadi hiba
dia jadi sayu

Alhamdulillahilladzi . . .

*berhenti*

tskk.
tskk.
tskk.


tak mampu  nak teruskan
Allah

cuba sambung lagi
kali ini dia tersekat-sekat
sebaknya  menyekat suara itu keluar
lalu perlahan-lahan dibaca lagi
meski tiada suara kedengaran

hanya suara kecil
tersedu

berhenti lagi
.
.
.
.
.
.
.
.

sambung lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.

****

benar
kala berbicara denganMu itu
satu saat indah
jangan sekali ini sahaja Ya Rahman
jangan biar kan rasa ini berlalu


sampaikan doa ini buatnya di 'sana'
katakan aku rindu kasihnya dulu
kerana dia aku lahir di dunia ini


istiqamahkan kami ya Allah
kuatkan  kami Ya Hayyu Ya Qayyum
izinkan kami gapai cahayaMu

apa yang Engkau mahu sampaikan padaku Ya Latif
sukarnya disingkap tabir itu


"Itu rahsia aku dan Engkau wahai Penciptaku"

{ Nuur Shahirah }
2320










Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Januari 04, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Kelmarin
010113
Dia menjadi lelah
Juga menjadi sesak


Tanya lagi
Sesak nafas ke?

Bukan
Tapi sesak dengan diri sendiri

Esok dia ada peperikasaan
Satu perjuangan permulaan 

Satu rasa datang
Sayu
Haru

Mungkin teringat yang telah pergi
Yang tiada lagi di sini
Meniti perjalanan ini


New message

To : A Abah

Abah, kenapa rasa sayu sangat ni..doakan eh exam esok..

send

***
One message received

From : A Abah

Takpe jgn fikir kan sangat.


beberapa jam sebelum itu


One message received


From : A Kak Ct

Tidur awal, bangun tahajud, mudah jawab.


Ya.
Ummi Adam dan Anis memang suka bagi mesej yang ringkas tapi padat.


Okay
Tidur awal.


Terjaga.
Tak tahu pukul berapa.
Ada mesej.

Open


From : A Emak

Assalamualaikum, esok hadapi exam dengan tenang, mak yakin boleh insyaAllah. Langkah satu keluar mesti yakin kita ada Allah. Mak sentiasa doakan. Baca 10 ayat dengan penuh tadabbur akan rasa lapang dada.


Beberapa hari sebelum itu

Ada mesej dari ustaz




Setiap hari
Sebenarnya ada yang kita belajar

Dari orang lain
Dari diri sendiri
Dari alam sekeliling kita


Nota kecil yang mempunyai makna besar buat hati dia yang kecil 

1. Kebergantungan pada Allah.
2. Al-Quran sebagai cahaya hidup kita.
    Jangan sesekali tinggalkan.
3. Keluarga satu kekuatan bagi kita.


Dia itu
Boleh jadi diri saya
Boleh jadi diri kamu
Boleh jadi kita.

Tinggal nak renung diri sendiri.
Sedar atau tak sedar.

Tukar 
Lelah jadi lillah.

Hayaati kulluha lillah.
Cuit diri sendiri.
Sakit jugak rasanya
Pedih.

Tapi
Belajar bangun.
Kembali.

Allah.
Beri kami kekuatan.


NUURSHAHIRAH
040113
0109













Label: , , ,


0 comment(s)