POSTED ON Jumaat, Januari 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Jumaat datang lagi.
Sayyidul ayyam kembali lagi.
Nanti anak-anak ummi macam ni ya
Baru sejuk mata memandang
Eh.
Apa ni.
Okay.
Kembali ke alam nyata.
Hari ini nak cakap sedikit sahaja.
Sempena hari Jumaat yang penuh berkat hari ini.
Teristimewanya buat kaum adam
" Nak buat surat buat adam, imam makmum bagai lettewwwww.. Dah biasa dah baca. "
" Apa ni apa ni kaum adam ini, awak tu kaum hawa. Tak elok cakap pasai oang laki ni. Ish ish. "
Erk.
Saya tak habis cakap lagi.
Emm.
Boleh ya teruskan?
" Okay okay kami dengaq. We are listening. "
Ni nak habaq mai. Semalam petang bukak tv Alhijrah. Kalau tak tahu bagi astro channel 114 ye. Kebetulan rancangan masa tu bersama Sheikh Nuruddin al-Banjari. Kot tak kenal meh nak tunjuk gambaq. Kot kot jugak ada yang cam tapi tak ingat nama ke kan.
wajah orang alim itu menyenangkan kan? :) |
Sambung sambung tadi.
Alkisahnya tengok rancangan tu pun dah separuh jalan. Tapi at least kita cuba dengar kan. Bak kata beliau ambil masa untuk kita belajar ilmu agama sepertimana kita meluangkan masa untuk belajar ilmu dunia. Pendekkan jalan cerita sebelum habis program beliau sempat menyeru begini. Lebih kurang ayatnya saya olah tak ingat sangat. Kaitannya di sini ialah tentang hari Jumaat.
" Kalau kita bekerja, biasanya kita ada pakaian seragam. Contohnya kalau Petronas hijau. Kenapa tak esok ( Jumaat ) kita seragam pakai serba putih sama-sama pergi masjid solat Jumaat? "
Lebih kurangnya begitulah ayat beliau lebih dalam kot. Cuma dapat olah sikit maksudnya macam tu lah. Haa jadi di sini nak menyeru kaum adam di luar sana hari ni pakat ramai-ramai pakai jubah puti bagi yang ada pergi masjid sama-sama. Tapi kalau takda pun takpa pakailah wangi-wangian nak jumpa Allah kan. Putih suci macam gambar anak-anak kecik dekat atas tu haaa. Kan redup mata memandang. ^_^
Terima kasih kerana sudi memdengar.
Eh membaca la.
Allahu'alam.
Salam Jumu'ah.
Allahumma solli 'ala muhammad.
Banyakkan berselawat hari ini.
Moga hari kita diberkati.
".. harapan itu semestinya ada. Ini perancangannya bukan untuk sekarang tetapi untuk masa depan. "
{ nunwaura' }
0833
Label: iman, perkongsian, qalbu
0 comment(s)