POSTED ON Sabtu, Mac 02, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
A : Aku sedih sangat weh. Tak tahu nak cakap macam mana.
B : Hang ni awat. Cuba habaq sikit nak dengaq. Dari semalam aku tengok. Termenung panjang.
A: Emm aku tak reti la nak habaq macam mana. Rasa macam dalam sangat rasa ni. Hmm.
B : Macam mana aku nak tolong eh. Kadang-kadang ada benda kita tak dapat nak cerita kan. Jadi macam
ni lah aku tak paksa hang. Back to basic. Back to Allah. Dia je tahu apa yang hang rasa. Habaq la semua apa yang hang nak. Nak marah ke nak sedih ke nak gembira ke. Apa orang kata tu all out! Haa. Boleh?
A : Okayy. Mintak maaf naa susahkan hang. Terima kasih tau. Walaupun aku tak mampu nak habaq apa-apa.
***
Apa khabar sahabat? Apa khabar imanmu hari
ini? Apa khabar amalan fardhu mu? Apa khabar amalan sunatmu? Sama-sama kita doa
kan moga saya dan anda masih aman dalam iman, sejahtera dalam rahmatNya.
Sahabat,
Sebelum kalian lebih jauh meneroka
artikel saya pada kali ini, boleh tak saya nak tanya satu soalan kepada anda?
Boleh la boleh la. Boleh kan? Kalau anda cakap boleh, sy ucapkan thannnnkss terima kasih syukran arigato gracias! Tapi kalau tak boleh, anda tetap sahabat saya yang terbaik ! Thumbs UP! J
Sahabat,
Pernah tak saudara merasakan satu saat
dalam hidup ini, kita letih sangat dengan suatu beban dosa dalam diri, kita ingin meluahkannya tetapi ianya adalah rahsia hati yang kita
simpan sekian lama, yang mustahil untuk kita meluahkannya kepada sesiapa? Saya
pernah merasakannya, dan menanggung beban rasa itu membunuh jiwa saya dalam
diam, meracuni takwa saya tanpa sedar.
Tapi, di saat itulah, saya ditemukan dengan
sebuah hakikat. Hakikat dan kepastian yang jelas. Di saat saya tidak mempunyai
sesiapa untuk meluahkan apa yang ada di hati ini, saya masih ada Allah s.w.t.
Sebelum ini hati saya dimomok kan dengan indahnya kefanaan dunia, sehingga saya
lupa bahawa di sisi kita sentiasa ada Zat Yang Maha Rahim, saya alpa bahawa
kita memiliki Zat Yang Maha Mendengar mendengar keluhan hati saya saban hari,
saya lalai daripada mengingati sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Allah,
Allah, Allah, berdosanya diri..
Allah s.w.t berfirman : Surah Qaaf, ayat 16
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa
yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya.
Sesungguhnya Allah itu amat dekat dengan
kita. Lebih dekat daripada diri kita sendiri. Dan kepadaNya lah yang selayaknya
kita mengadu saban hari, kepadaNya lah selayaknya rintihan kita diperdengarkan,
kerana Allah adalah Zat yang Maha Berkuasa, Zat yang Memilki Segala Sesuatu!
Kerana Allah s.w.t lah yang menyayangi kita hambaNya, dengan mawaddah kasih
yang tiada tolak bandingnya.
NOTA HATI KECIL BUAT KITA
Sahabat,
Perdengarkanlah rintihan rindumu
kepada Allah, nescaya Dia akan mempetemukanmu dengan keabadiaan sebuah
ketenangan.
Sahabat,
Linangkanlah air mata syahdu atas dosa-dosa
mu yang tidak mampu engkau hitung, nescaya Dia akan memberikanmu jalan keluar
ke SyurgaNya.
Sahabat,
Serahkanlah sepenuh
pengabdianmu kepadaNya, nescaya Dia
mendekatkanmu dengan RahmatNya.
Sahabat,
Belajarlah mencintai. Mencintai
Allah yang memiliki dirimu, menakluki hatimu.
Salam perpisahan.
Allahua'alam.
Psstt.
BooksManiac said to CalculusManiac " Thumbs up! Harapnya sudi lagi mencoret di sini."
{ CalculusManiac | BooksManiac }
Label: calculusmaniac, calculusmaniac | booksmaniac, qalbu
4 comment(s)