POSTED ON Jumaat, Januari 04, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Kelmarin
010113
Dia menjadi lelah
Juga menjadi sesak
Tanya lagi
Sesak nafas ke?
Bukan
Tapi sesak dengan diri sendiri
Esok dia ada peperikasaan
Satu perjuangan permulaan
Satu rasa datang
Sayu
Haru
Mungkin teringat yang telah pergi
Yang tiada lagi di sini
Meniti perjalanan ini
New message
To : A Abah
Abah, kenapa rasa sayu sangat ni..doakan eh exam esok..
send
***
One message received
From : A Abah
Takpe jgn fikir kan sangat.
beberapa jam sebelum itu
One message received
From : A Kak Ct
Tidur awal, bangun tahajud, mudah jawab.
Ya.
Ummi Adam dan Anis memang suka bagi mesej yang ringkas tapi padat.
Okay
Tidur awal.
Terjaga.
Tak tahu pukul berapa.
Ada mesej.
Open
From : A Emak
Assalamualaikum, esok hadapi exam dengan tenang, mak yakin boleh insyaAllah. Langkah satu keluar mesti yakin kita ada Allah. Mak sentiasa doakan. Baca 10 ayat dengan penuh tadabbur akan rasa lapang dada.
Beberapa hari sebelum itu
Ada mesej dari ustaz
Setiap hari
Sebenarnya ada yang kita belajar
Dari orang lain
Dari diri sendiri
Dari alam sekeliling kita
Nota kecil yang mempunyai makna besar buat hati dia yang kecil
1. Kebergantungan pada Allah.
2. Al-Quran sebagai cahaya hidup kita.
Jangan sesekali tinggalkan.
3. Keluarga satu kekuatan bagi kita.
Dia itu
Boleh jadi diri saya
Boleh jadi diri kamu
Boleh jadi kita.
Tinggal nak renung diri sendiri.
Sedar atau tak sedar.
Tukar
Lelah jadi lillah.
Hayaati kulluha lillah.
Cuit diri sendiri.
Sakit jugak rasanya
Pedih.
Tapi
Belajar bangun.
Kembali.
Allah.
Beri kami kekuatan.
NUURSHAHIRAH
040113
0109
Label: diriku, qalbu, sabar, ujian
0 comment(s)