POSTED ON Selasa, November 29, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah kita sudah masuk tahun baru 1433
tidak lupa juga salam maal hijrah buat semua..
semoga tahun ini kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik


hijrah
apa tu hijrah
dulu sekolah agama belajar tajuk hijrah
ustazah ajar
hijrah perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah
namun pada hari ni apa erti hijrah yang sebenar??

menurut pandangan saya
hijrah itu perpindahan
ye perpindahan
dari buruk ke baik
perubahan dari suatu yang lebih baik
better than yesterday..

insyaAllah..mudah-mudahan kita dapat menyiapkan diri pada tahun ini dengan lebih baik..
sebelum terlupa seorang sahabat menghantar mesej berbunyi begini

"Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah di hati..di situlah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.."

sama-sama kita upgrade iman dan amal pada tahun ini mudah-mudahan menjadi lebih baik..be a better person than yesterday!


     sebelum terlupa hari ahad pagi saya ana menonton sebuah rancangan di tvalhijrah iaitu rancangan Assalamualaikum..kebetulan 1 Muharam juga ulangtahun tvalhijrah..jemputan mereka pada pagi itu seorang pendakwah dari seberang bernama Ustaz Fadlan Geramatan Machmud dengan topik Hijrah Islam di Papua New Guinea..saya pun tak sempat menonton dari awal tapi dapatlah serba sedikit..

    dijadikan cerita ustaz ni bersakwah bersama anak buah nya ke Papua..macam yang kita belajar dulu-dulu dalam geografi tu..Papua ni kepualauan yang boleh dikatakan agak pedalamaan..ustaz ni bersungguh-sungguh berdakwah di sana yang memang langsung tiada sinar islam..ya!langsung!zero!cuba bayangkan!apa yang sangat mengkagumkan ialah walaupun ketika mula datang berdakwah di sana mereka dibaling tombak dan sebagainya namun mereka teguh..apabila ditanya bagaimana ustaz mendapat kekuatan itu?
dengan nada yang tenang dia menjawab  :

"biarlah saya mati ditu..berkubur di situ..biar bumi ini menjadi saksi dakwah ini..apa yang akan saya jawab tatkala Allah bertanya kepada sya nanti?fadlan..mengapa kau tak menyampaikan apa yang kamu tahu??"


    masyaAllah..berkat kesungguhan ustaz ni..berjaya mengislamkan penduduk di situ..saya tak pasti berapa ramai tetape memang ramai..di situ juga ustaz mengajar mereka apa itu kebersihan..berdakwah bermula dari kebersihan..dulunya mereka mandi bersabunkan lemak binatang dan hanya berpakaian menutup apa yang perlu sahaja..kini ustaz berjaya membantu mereka berhijrah menjadi lebih baik..hijrah kepada islam..hijrah kepad menjaga kebersihah..Allah itu cantik dan sukakan kecantikan..

juga sebelum terlupa ustaz Fadlan juga menambah dengan nada yang sebak:


"dulu Rasulullah juga dibaling dengan batu dan sebagainya ketika tiba di Thaif tetapi apabila baginda ditanya oleh malaikat untuk memberi balasan kepada penduduk Thaif..tetapi baginda tidak berputus asa..jikalau saya berputus asa bagaimana mereka?di mana tertegaknya kalimah Laihaillallah..."

ye..andai mereka berputus asa kekal lah penduduk di Papua itu tanpa sinar islam..subhanallah..maha suci Allah memberi mereka kekuatan untuk berdakwah di situ meski pada mulanya kedatangan mereka tidak disambut..

sungguh..
dalam diri ini berkata
"apa yang aku telah lakukan untuk islam?"
"banyak ke?"
"sikit ke?"
"ada ke?"

sesungguhnya mereka berdakwah bukanlah dikelilingi orang islam seperti kita hari ini tetapi di kalangan mereka yang LANGSUNG tidak tahu apa itu islam!

#muhasabah diri

wallahu'alam



P/S: asif entri ini tertangguh atas sebab yang tak dapat dielakkan..


Label: ,


7 comment(s)
POSTED ON Sabtu, November 26, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahimm..

tahun baru 1433
nak mencoret tapi
mungkin esok

i really need u Allah
doakan saya
beroleh kekuatan itu


kerana...

"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

Allahurabbi..
be strong!
Allah sentiasa ada!








**asif tak dapat mencoret..mungkin esok insyaAllah..

Label: , , ,


2 comment(s)
POSTED ON Jumaat, November 25, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah dapat mencoret lagi di sini...hari ini rasa nak berkongsi serba sedikit apa yang ana dan seorang sahabat pernah bincangkan..ana lebih senang mencoretkan di sini dalam bentuk dialog..



sahabat           : salam 'alaik shahirah..nak tanya satu perkara boleh? 

nuurshahirah : waalaikumussalam..insyaAllah boleh..apa dia tu?

sahabat          : Apa dan macam mana dikatakan bila orang tu menuntut ilmu kerana Allah?untuk mencari redha Allah?rajin baca blog kan?mungkin boleh bantu?

nuurshahirah: hmmm..apa dan bagaimana dikatakan menuntut ilmu kerana Allah..mencari redha Allah..ok..saya cuba jawab apa yang saya faham..kalau salah betulkan ye..hmm..baiklah..first sekali..sesorang tu nak menuntut ilmu sebab apa?sebab nak ilmu la kan?semua orang nakkan ilmu..tapi..ada tapi nya..dalam nak ilmu tu kita mesti nak ilmu yang berkat ye tak?pernah dengar tak makin kita belajar sebenarnya makin banyak yang kita tak tahu..nak dapat ilmu mudah..pergi sekolah..kuliah..atau apa-apa saje..ilmu ni luas kan..hatta kawan kita ajar satu huruf pun..dikira ilmu..

sahabat          : hmm..betul-betul..


nuurshahirah:ok sambung-sambung..tapi apa yang kita nak ilmu yang berkat kan..kita nak ilmu yang kita dapat tu berkat..kita boleh ingat..amalkan..dan sampaikan..menuntut ilmu untuk dapatkan keredhaan Allah.means dalam kita menuntut ilmu,kita nak jugak Allah redha..jadi kita mudah belajar..sama la macam kita berbakti kepada mak ayah kita..sebab kita nak dptkan keredhaan mak ayah..

sahabat           :ok..macam tu..persoalannya sekarang macam mana nak dapatkan redha Allah tu..

nuurshahirah: hmmm..macam mana kita nak dapatkan?kita sebenarnya ada jawapan untuk tu tapi mungkin kadang-kadang kita lupa..pokok pangkalnya macam kita belajar dulu..paling penting NIAT..kita belajar kena betulkan niat..kena selalu betulkan niat..kita manusia..bersifat pelupa..jadi kita sentiasa perbaharui niat kita..belajar bukan sebab nak orang kata kita pandai..genius..bijak..bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk..riak..kita tak nak semua tu..boleh?terjawab ke?

sahabat          : ouh..kalau macam tu...kita nak tuntut ilmu Allah..atau kita nak tuntut redha Allah?sekarang ni persoalannya tentang redha Allah..macam mana yang dikatakan orang nak ilmu kerana Allah..bukan sebab nak tahu..maksudnya sebab nak tahu ilmu..sebab secara dasarnya ilmu untuk tahu..boleh jelaskan lagi tak?

nuurshahirah: hmm tak berapa fahamlah..tak menjawab ke persoalan tu?

sahabat         : bukan tak menjawab..kurang menjawab..apa yang shahirah terangkan betul..ok macam ni..orang selalu kata "tuntut ilmu kerana Allah..tuntut redha Allah..supaya Allah redha dengan kita yang pinta ilmuNYA.."so..maksud saya..cara apa yang boleh mencapai mardhatillah dalam masa menuntut ilmu?adakah hanya amalkan?

nuurshahirah: hmmm..kita nak tuntut ilmu tapi dalam masa yang sama kita nak redha Allah..kira macam serampang dua mata lah..macam mana yang dikatakan menuntut ilmu kerana Allah?seperti yang saya kata tadi..bilamana seseorang tu tuntut ilmu dengan niat yang betul..bukan sebab nak menunjuk..nak orang kata dia pandai..hebat..cuba kalau seseorang tu sebab nak orang kata dia pandai dan hebat?riak kan?adakah Allah suka macam tu?dah tentu tak kan..jadi bila Allah tak suka macam mana nak redha..lagi satu..macam mana nak dapatkan mardhatillah semasa menuntut ilmu..dengan cara amalkan..kemudian sampaikan..jangan kedekut ilmu..dan..jangan lupa menuntut ilmu pun ada adab nya..hormat guru kita..bila guru kita hormat kita dapat redha guru dan datanglah redha Allah..ok..jelas?atau nak jelaskan lagi?

sahabat         : ouh macam tu..betul jugak tu..kalau niat dah salah..macam mana nak datang redha tu kan..

nuurshahirah: ye..semuanya bergantung pada niat..innama al'amalu binniat..ingat ni..


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ

صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

sahabat        : sebelum terlupa..macam mana pula nak betulkan niat?sedangkan hati ni sesuatu yang berbolak balik..tak tetap.macam mana tu..

nuurshahirah: itulah pentingnya doa sahabatku..Allahumma ya muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala dinik   wahai Tuhanku yang Maha membolak balikkan hati..

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
sahabat          : dan lagi satu..kenapa orang makin tuntut ilmu makin tak pandai pulak?
nuurshahirah: sebab sebenarnya makin kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..lepas tu kena belajar lagi..tak tahu lagi..belejar lagi..ilmu Allah ni luas..mesti pernah dengar analoginya begini..macam kita celup jari kita dalam air kemudian kita angkat..yang menitis dari jari kita tu baru sebahagian kecil ilmu Allah..subhanallah..ilmu Allah tu sangatlah luas..
sahabat       : hmm..ni nak kata orang yang ada ilmu pun tak tahu..apatah lagi orang yang tiada ilmu..macam tu?
nuurshahirah: sebenarnya nak kata ilmu Allah tu luas..buka just apa yang kita belajar kat sekolah je..dan jaga kata kita ni orang pandai..sedangkan makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya..
sahabat         : ouh..begitu..so kita kena belajar belajar dan belajar..kan?
nuurshahirah: exactly!sebab tu orang yang nak belajar kena ada sifat dahagakan ilmu..
sahabat        : hmm baiklah..syukran..
nuurshahirah: afwan..insyaAllah mungkin boleh tanya yang lebih arif..kita sama-sama ingatkan diri kita..wallahu'alam..

begitulah lebih kurang perbualan ana dan seorang sahabat..apa yang ana cuba terangkan tu apa yang ana faham..mungkin pembaca boleh berikan sedikit komen atau pandangan sendiri..yang baik diamalkan yang buruk dijadikan teladan..sedia menerima apa jua pandangan dari yang lebih arif..syukran..

P/S: juga ada tambahan sedikit dalam perbualan di atas..dah lama nak post tapi tak berkesempatan..^_^

Label: ,


5 comment(s)
POSTED ON Ahad, November 20, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirahmanirrahim..


alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk bangun pada hari ni..mungkin kita pernah dengar kata-kata ni..

"Allah izinkan kita untuk bangun dari tidur kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya.."


hmm..baiklah..alhamdulillah semalam baru sahaja selesai menduduki MUET atau nama panjangnya Malaysian University English Test bertempat di USIM..semalam 3 kertas iaitu :-

1-Reading
2-Writing
3-Listening

     sepatutnya ada 4 komponen termasuk Speaking tapi alhamdulillah speaking telah dijalankan terlebih awal dahulu iaitu pada bulan Oktober yang lalu..cerita sikit tentang exam semalam..dijadikan cerita pagi tu bas lambat..tapi tak pelah kita tunggu la jugak..kemudian bergerak ke Stadium Tertutup Nilai..alkisahnya tiba-tiba nampak ramai-ramai pelajar berjalan ke kampus?eh kenapa ni??laa..berubah lokasi..ikut nombor pusat..ada yang dekat stadium dan yang lain lokasi yang berbeza di kampus..lokasi ana pula di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)..ana dan beberapa orang terlambat dan exam pun dah mula..memang agak kelam kabut tapi takpelah selamat sampai duduk jawab exam kan..exam reading ni memang komponen yang paling banyak menyumbang dalam Muet kalau tak silap 40%..lecturer pun selalu pesan reading ni jangan buat main-main..nampak macam mudah tapi sebenarnya komponen ni lah yang selalunya student kurang kuasai..dan..memang terbukti pun semalam..5 petikan..tak dinafikan soalan yang agak menguji minda..kena hadam teks betul-betul..kalau tak faham memang agak rumit..walaupun hanya sekadar pilih A B C D tak bermakna kita boleh main hentam je kan??seterusnya jam 10 pagi Writing Test..ada 2 bahagian..soalan pertama di mana kami perlu menterjemahkan non-linear text kepada linear text..dalam erti kata lain kita interpret data yang diberi..selalunya yang diberi sama ada graf,carta,keratan akhbar atau dalam bentuk jadual..kena pandai lah interpret dan gabung jalinkan sebab biasanya akan diberi 2 data..contonhya semalam diberi sebuah bar graf dan jadual..akhir sekali ialah Listening..memrlukan kemahiran mendengar yang sangat baik..walaupun rakaman diperdengarkan sebanyak 2 kali tapi kena peka dan takes notes supaya dapat jawab soalan yang diberi..hanya perlu jawab 3 - 5 patah perkataan dan juga terdapat beberapa soalan objektif..tapi awas!sekali terleka alamatnya tiada jawapan lah..apa-apa pun alhamdulillah telah selesai..kita dah usaha..yang penting sekarang doa dan tawakal..ingat janji Allah :-





Maksudnya : Kemudia apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguh Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
(Surah Ath Thalaq ayat 3).


      peperiksaan atau exam..ye adik-adik kita sekarang sedang berjuang dalam SPM..terimbau memori dulu-dulu masa menduduki SPM...bersama rakan-rakan..belajar bersama..pagi-pagi bangun..usai solat subuh kemudian bersarapan..ke masjid solat sunat dhuha dan hajat..berdoa dengan penuh pengharapan moga dipermudah segala urusan...melangkah ke dalam dewan dengan iringan doa dari guru-guru,ibu bapa..syukran kepada guru-guru yang mengajar kami erti bergantung dan berharap padaNYA..bertawakal padaNya..benar..tidak rugi bergantung berharap bertawakal padaNYA setelah kita berusaha..exam tu baru satu ujian di akhirat..jangan khuatir jika gagal..pasti ada hikmahnya..tapi bagaimana kalau di akhirat nanti kita gagal?apa yang kita nak jawab depanNYA nanti??sama-sama kita muhasabah dan ingatkan diri kita..sedikit perkongsian kata-kata dari seorang sahabat:


"apa2 masalah kat dunia..semua ada penyelesaian..jgn sesekali bimbang..masalah di dunia..sekali kita gagal..kita boleh berusaha untuk bangkit kembali tetapi..masalah di akhirat.sekali kita gagal..seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya kita gagal..Wallahualam.."

 wallahu'alam
#alhamdulillah

Label: , ,


4 comment(s)
POSTED ON Khamis, November 17, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah diberi peluang mencoret lagi di sini untuk berkongsi apa sahaja di sini..

hmmm..baiklah..*cewah...sekarang ana sedang bercuti iaitu cuti semester 1..untuk semua tamhidi lah..lebih kurang dalam sebulan..rehat-rehat tenangkan minda siapkan diri untuk semester akan datang..macam biasa..selalu cuti apa agak-agak yang kita buat?selalu dengar macam-macam kan..antaranya..

A : hmmm..apa lagi...duduk rumah diam-diam le..nak kerja macam sekejap sangat..tolong-tolong mak ke..dapat pahala..*waah bagusnya..anak soleh..

B : saya nak pergi melancong!menghabiskan masa bersama keluarga tercinta..bukan senang tau..lagi-lagi nak cuti sekolah ni...

C : nanti saya fikirkan ye..kena plan ni..baru tak buang masa..

apa-apa pun mudah-mudahan semua sahabat-sahabat dapat manfaatkan masa yang ada..*peringatan untuk diri sendiri juga..

tamat mukadimah..nak cerita apa yang ana buat sepanjang cuti ni yang masih lagi berjalan..rancangnya nak ambil lesen tapi memandangkan situasi agak tidak sesuai kerana walimah abang semakin dekat..agak sibuk dengan itu ini..*cehh..macam kita yang nak walimah..macam biasa yang memang kontrak seperti selepas SPM..surirumah tak bertauliah..macam yang diceritakan dalam post sebelum ni..belum baca?ni linknya cerita dolu-dolu..cuma kali ini 'up' sikit level..ana telah ditugaskan menjaga anak buah ana yang sangatlah comel!ala-ala baby sitter kot..tapi tak lah seratus peratus..kebetulan kakak ana yang tengah cuti bantu jugak..sama-sama jaga..jom kenal-kenal dengan anak buah ana yang diberi nama Adam Aisar (baru 8 bulan ni..) kebetulan umminya pulang ke Kedah..tinggal pada kami sekeluarga sekejap..cuti sekolah pun nak dekat..*kakak ana seorang guru



alahai..kesiannya..


ececeh..comel le tu..^^

waah..senyuman mengancam tak??



anak soleh..insyaAllah..^^

kenapa ana letak tajuk post kali ni 'si kecil itu mengajar diri ini' ???ye..sepanjang menjaga adam terlalu banyak yang ana belajar..nampak kecil saja tapi jika kita perhatikan dan muhasabah balik sebenarnya banyak yang Allah ajar melalui si kecil ini..bukan mudah ye nak jaga baby ni..macam-macam kerenah..alhamdulillah adam bukanlah bayi yang banyak meragam..dia mesra alam bak kata orang..dengan siapa-siapa pun dia okay..tapi biasalah sikit-sikit tu..manja-manjanya..penat memang penat walaupun ana tak jaga 24 jam pun..nak didukung..tidurkan adam..basuh pampers segala..main dengan adam..beri makan..sememangnya tidak dapat dinafikan memang penat tetapi melihat keletah anak kecil itu hati terhibur..hilang kegusaran..anak kecil yang lahirnya suci tanpa sebarang dosa..dan bagi ana ini pun salah satu pengalaman..ada rezeki mungkin suatu hari nanti ana mempunyai anak kan?jadi tak lah kekok sangat jaga baby..*wink3...
   baiklah kita teruskan apa sebenarnya yang ana nak sampaikan..

1- ana belajar erti pengorbanan seorang ibu
   
 cuba kita bayangkan ibu yang jaga kita siang malam..kalau yang bekerja mungkin bukan 24 jam..tapiiiiiiiii....bayangkan nak menguruskan kita pun macam-macam..kalau yang bekerja dengan kerja di pejabat..hatta jasad di pejabat tapi di hati teringat-ingat anak di rumah..dah makan ke?dah mandi belum?bagi surirumah pula..mana pulak nak uruskan anak-anak yang lain lagi..kerja rumah lagi..apa yang ana perasan jaga adam yang seorang ni pun agak kelam kabut..*huhu..xda pengalaman lagi..dari pagi hingga ke petang..betapa besarnya pengorbanan ibu kita..jadi hargailah ibu anda!


2- sabar itu indah sahabat-sahabat
   ye..sabar..ungkapkan perkataan itu memang mudah tapi...kadang-kadang sabar teruji jugak kan??memang kena banyak sabar bila menjaga adam..tak kisahlah yang penting kanak-kanak atau baby atau yang sewaktu dengannya..si kecil tu dah pandai meniarap..kemudian menyusur pula..fuuh..laju aje..nampak benda kecik-kecik tu memang menjadi kesukaan..nak diambil..nak dimasuk dalam mulut..benda besar pun macam tu..bila kita ambik tak bagi..aduhai..dia menangis..pujuk..jangan tak pujuk..mak kata budak-budak jangan bagi nangis lama-lama..tak elok..pujuk lah dengan selembut-lembutnya..tak pe..kita sabar..budak-budak..nampak kecil kan??tapi sebenarnya sekecik itulah yang mengajar kita untuk bersabar..dalam apa jua situasi..didik hati..jangan mudah marah..Allah sedang mengajarmu erti sabar..

3-ikhlas itu seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap + berkaca mata hitam*tambahan je^^

   nampak??memang susah kan bila kita sebut tentang ikhlas?kita selalu dengar orang kata..ikhlas tu jangan disebut!Allah je yang menilai..apa-apa pun memang betul ikhlas bukan pada zahirnya kita nampak..Allah saja yang menilai..yang penting niat kita betul insyaAllah..Allah menilai semua tu..ikhlaskan hati dalam apa jua yang kita lakukan hatta senyuman pun..kan senyuman tu sedekah..amalan yang yang paaaaaaaaaaaaling mudah..jujur ana katakan memang menjaga si kecil itu mengajar ana erti ikhlas..kadang-kadang terfikir..syaitan membisik bisik "buat ni dapat upah tak??"..uisssh..bahaya..macam kita belajar dulu-dulu kat sekolah..ikhlas itu apa..kalau kita buat sesuatu mengharapkan balasan memnag payah jadi..bila hati mula bisik-bisik yang tak elok tu..istighfar..betulkan niat..mudah-mudahan..


panjang pulak post kali ni..dah lama tak menaip rasa semua nak tulis..tapi takpe..kita simpan untuk post akan datang..mudah-mudahan apa yang baik dapat kita sama-sama amalkan dan sampaikan..tak rugi kita sampaikan dan berkongsi..yang buruk dijadikan teladan..

wallahu'alam
#alhamdulillah


P/S: baru perasan tajuk semua post bulan ni bermula dengan huruf 's'..*seorang teman beritahu







Label: , ,


10 comment(s)
POSTED ON Ahad, November 13, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah hari ini kita masih diberikan peluang menghirup udara yang Allah beri..meneruskan perjuangan di bumi ciptaaNya menggapai redhanya..

hari ini ana nk berkongsi satu video yang dipost di laman facebook..sangat menarik video ni..tak dinafikan sekarang zaman teknologi..medium yang sangat menarik dan sangat sesuai umtuk berdakwah..sejuta tahniah kepada saudara yang telah menyebarkan bagi ana seribu manfaat..jazakallahu khairan kathira..~

jom kita tonton sama-sama






dengan teknologi masa kini banyak yang kita boleh lakukan dan ada baik buruknya namun pandai-pandailah kita manfaatkan..bangunkan ummah sejagat demi Islam walau di mana-mana pun..insyaAllah..sama-sama menyeru diri sendiri..Allah melihat apa yang kita usaha sahabat-sahabat!

wallahu'alam~

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Rabu, November 09, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

post kali ini nak berkongsi segala cerita
suka dan duka
sepanjang Tamhidi Semester 1
banyak yang ingin dikongsi
kali ni biarlah gambar yang berbicara...^__^



saat menjejak kaki di USIM~


Kolej Kediaman Nilam Courts tempat berteduh..


bersama rakan satu tutorial-tutuorial 2 *gembira bersama mereka





dewan kuliah kesayangan~

siapkan kerja ye...



selamat hari lahir Mr Abdul Rahim Hj Omar!


mereka 17 orang sahaja

jamuan raya tamhidi 2011

bersama lecturer dan staf tamhidi



ya kami!

kami menang!alhamdulillah...=)

sukar nak lupa
kita belajar sma-sama
susah sama-sama
tak faham sama-sama
sedih dan tawa bersama
panjatkan kesyukuran atas pertemuan ini

insyaALLAH bertemu lagi
moga ukhuwah berkekalan
walau ke mana kita selepas ini~



P/S :semangat pulak nak post pagi-pagi ni    n__n

wassalam

Label: , , ,


2 comment(s)
POSTED ON Selasa, November 08, 2011 by Nuur Shahirah \\


bismillahirrahmanirrahim..

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah :45)

masa berlalu dengan pantas
enam tahun sudah berlalu
enam tahun juga terimbau kenangan lalu

waktu itu aku menangis
waktu itu adik kecil masih tak mengerti apa-apa

orang kata
itu ujian
itu peringatan
kau juga akan kembali ke situ

ya benar
kini kembali menziarahimu
menggamit memori lalu
mana mungkin dilupa kasih seorang ayah

pemergian yang memberi seribu satu makna
memberi seribu satu rasa
memberi sejuta hikmah

Allah sedang mengajarku
erti sabar
erti tabah
erti hidup

aku dapat lihat itu
liku-liku hidup
onak cabaran
bukan mudah
dan bukan susah

namun berpegang teguh pada janjiNya
innallaha ma'assobirin...

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”


jangan hilangkan pergantungan ku padaMU
jangan hilangkan pergharapanku padaMU
kerna ku tahu
PASTI dan PASTI
ada hikmahnya yang terselit di celah ujianMu..




P/S :asif entri biasa-biasa..syukran
***siapa dapat bantu saya mcm mane nak bagi boleh komen?minta maaf jika ada yang tak dapat komen.akan cuba diselesaikan secepat mingkin~

wassalam

Label: , , , , , ,


0 comment(s)
POSTED ON Jumaat, November 04, 2011 by Nuur Shahirah \\
ini adalah entri sambungan dari post sebelum ini..saya membuat dua entri kerana terlalu penjang dikhuatiri pembaca penat nak baca..jom kita teruskan..


jom jawab soalan ummu fayyad..


Apakah maksud nama anda?
1-nama saya nuur shahirah bima'na..cahaya yang masyhur *mudah-mudahan =D

Anda dilahirkan bila?pada bulan Islam?
2-dilahirkan pada bulan  16 dzulqaedah..

Adakah anda meminati Nasyid?Nyatakan kumpulan mana yang anda suka?
3-nasyid?minat jugak..hmm banyak..UNIC.INTEAM..DEVOTEES..dan baaanyak lagi..

Siapakah Idola anda?
4-idola?hmm..Profesor Dr. Muhaya..seorang pakar mata dan juga pakar motivasi...*knpa bkn Rasulullah?kerana baginda lebih dari seorang idola..baginda qudwah hasanah~

Apakah yang anda lakukan sekiranya ada orang datang meminang?(utk Muslimat)
5-apa yang akan dilakukan sekiranya ada orang masuk meminang?pilihan jawapan...c-solat istikharah dulu..itukan lebih baik..mohon petunjuk..Dia lebih mengetahui..

Dalam banyak2 novel,novel apakah yang anda minat?
6-novel yang saya minat?hmm..novel salju sakinah dan Aa + Bb..sebenarnya banyak lagi tapi takpelah bagi dua aje

Apakah cita2 anda pada masa akan datang?
7-saya bercita-cita menjadi seorang doktor gigi..ada rezeki insyaAllah..atau jika ada rezeki mungkin di tempat lain..

Apakah harapan anda pada remaja masa kini?
8-harapan pada remaja masa kini yang bakal mewarisi masa akan datang supaya bersiap sedia menghadapi apajua rintangan dan cabaran..mempersiapkan diri agar masa depan kita cerah dan satu hari nanti Islam akan tertegak di seluruh dunia..

Adakah anda bersetuju utk kahwin ketika belajar?jawab ya atau Tidak sahaja.kalau nak panjang2,pun boleh..soalan cepumas ni..wink2
9-saya bersetuju kahwin ketika belajar tetapi...ada tetapinya..banyak perkara pelu dipertimbangkan kerana nikah bukanlah semudah yang disebut..memerlukan pengorbanan..kematangan..kepercayaa..dan tanggungjawab yang saaangat lah besar..tak gitu?

Nyatkan lagu yang anda minat,tak kisahlah nasyid ke,rock ke..at least 3 jawapan
10-lagu yang diminati..
  1.albi nadak..*waaah
  2.healing by sami yusuf..*best lagu ni!
  3.nur syahadah by fareast..=)
  4.kerana cinat by mestica dan inteam

Adakah anda suka blog ummufayyad?Adakah ia bermanfaat utk anda?
11-ye..saya suka blog ummu fayyad..alhamdulillah bermanfaat..



ok..soalan-soalan untuk sahabat yang di tag ye..

 ~ raihana
 ~ widad
 ~ nil


1-anda asal dari mane?negeri mane?

2-sekarang belajar apa ye?sekolah?universiti?dlm bidang apa tu?

3-masa lapang suka buat apa?

4-jika anda diberi peluang memiliki 1 juta nak buat apa?
   a-sedekah jariah le..
   b-simpan buat simpanan masa depan
   c-selain di atas..(sila nyatakan..nak pendek boleh panjang pun laagi bagus)

5-pengalaman manis atau pahit yang boleh dikongsi?

6-suka berblogging?sebab apa ye?

7-cita-cita dan impian anda

8-kenal dengan saya?apakah first impression anda?

9-selalu ke datang sini [sebirulangitIlahi.blogspot]?

10-selalu on laptop atau pc perkara pertama yang anda buat?

11-harapan anda untuk blog saya..n_n

sekian..terima kasih..


P/S:banyak yang nak dikongsikan..insyaAllah cuba untuk update selalu dalam cuti ini..mudah-mudahan..syukran..=)

wassalam~




Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, November 03, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..
dah lama rasanya tak mencoret di sini..alhamdulillah final exam semester 1 sudah tamat..tawakkaltu al'Allah..
hmm banyak yang nak dicoretkan sebenarnya tapi kali ini nak buat post yang agak menarik..jom!

ni satu game dari seorang sahabat..macam best jom kita join..

mula-mula kena tag sahabat2..dan calon-calonnya adalah...jeng2!

 ~ raihana
 ~ syairah akmal
 ~ fatin nabilah
 ~ widad
 ~ nil

huhu..sepatutnya 11 org tapi tak tahu nak tag sape lagi..boleh la ye..ok jom tengok rules game ni..

Rules of this game:
1. you must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the question that tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tagged and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" "YOU ARE LEGITIMATELY  (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people.


baiklah..hmm..11 perkara tentang saya....

1- saya suka membaca apa2 sahaja...blog..buku motivasi..novel jgn ceritalah..sudah semstinya..membaca jmbtn ilmu kan?

2- saya tak banyak cakap?hoho..sape yangg mengenali saya dengan lebih dekat lebih mengetahui..wink2 =)

3- apa lagi eh..saya ada seorang anak buah yang sangat comel!adam aisar!rindu adam!

4- suka warna apa?biru turqoise..*eh betul ke eja ni..

5- sekarang saya menimba ilmu di USIM..a.k.a Universiti Sains Islam Malaysia..*dekat nilai tu..

6- saya  anak ke 5 dari 6 org adik beradik..org kata apa?bongsu tak jadi?boleh la..setelah sekian lama menjadi adik..tup2 dapat adik lagi..rezeki2..

7- dulu kat tadika selalu kena marah dengan ustazah sebab ngaji lambat habis..huhu..sedih2..tapi terima kasih pada ustazah dengan marah tu saya sedar..dan bangun!

8- kawan2 di USIM menggelar saya setiausaha a.k.a S/U..kenapa?sebab saya selalu menulis untuk kerja grouping ..huhu.. ^_^

9- saya rindu sahabat2 di maahad!mereka jauh..di seluruh dunia..moga kita jumpa nanti..=)

10- hmmm...sedang berusaha berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari..kita mesti menjadi lebih baik kan?

11- last but not least...akan menduduki MUET pada 19 hb ini..doakan saya!syukran..arigato..


p/s:sambung entri kedua ye untuk  jawapan kepada soalan ummu fayyad dan soalan kepada sahabat yang ditag!
wsalam~





Label: ,


0 comment(s)