POSTED ON Jumaat, November 25, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah dapat mencoret lagi di sini...hari ini rasa nak berkongsi serba sedikit apa yang ana dan seorang sahabat pernah bincangkan..ana lebih senang mencoretkan di sini dalam bentuk dialog..



sahabat           : salam 'alaik shahirah..nak tanya satu perkara boleh? 

nuurshahirah : waalaikumussalam..insyaAllah boleh..apa dia tu?

sahabat          : Apa dan macam mana dikatakan bila orang tu menuntut ilmu kerana Allah?untuk mencari redha Allah?rajin baca blog kan?mungkin boleh bantu?

nuurshahirah: hmmm..apa dan bagaimana dikatakan menuntut ilmu kerana Allah..mencari redha Allah..ok..saya cuba jawab apa yang saya faham..kalau salah betulkan ye..hmm..baiklah..first sekali..sesorang tu nak menuntut ilmu sebab apa?sebab nak ilmu la kan?semua orang nakkan ilmu..tapi..ada tapi nya..dalam nak ilmu tu kita mesti nak ilmu yang berkat ye tak?pernah dengar tak makin kita belajar sebenarnya makin banyak yang kita tak tahu..nak dapat ilmu mudah..pergi sekolah..kuliah..atau apa-apa saje..ilmu ni luas kan..hatta kawan kita ajar satu huruf pun..dikira ilmu..

sahabat          : hmm..betul-betul..


nuurshahirah:ok sambung-sambung..tapi apa yang kita nak ilmu yang berkat kan..kita nak ilmu yang kita dapat tu berkat..kita boleh ingat..amalkan..dan sampaikan..menuntut ilmu untuk dapatkan keredhaan Allah.means dalam kita menuntut ilmu,kita nak jugak Allah redha..jadi kita mudah belajar..sama la macam kita berbakti kepada mak ayah kita..sebab kita nak dptkan keredhaan mak ayah..

sahabat           :ok..macam tu..persoalannya sekarang macam mana nak dapatkan redha Allah tu..

nuurshahirah: hmmm..macam mana kita nak dapatkan?kita sebenarnya ada jawapan untuk tu tapi mungkin kadang-kadang kita lupa..pokok pangkalnya macam kita belajar dulu..paling penting NIAT..kita belajar kena betulkan niat..kena selalu betulkan niat..kita manusia..bersifat pelupa..jadi kita sentiasa perbaharui niat kita..belajar bukan sebab nak orang kata kita pandai..genius..bijak..bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk..riak..kita tak nak semua tu..boleh?terjawab ke?

sahabat          : ouh..kalau macam tu...kita nak tuntut ilmu Allah..atau kita nak tuntut redha Allah?sekarang ni persoalannya tentang redha Allah..macam mana yang dikatakan orang nak ilmu kerana Allah..bukan sebab nak tahu..maksudnya sebab nak tahu ilmu..sebab secara dasarnya ilmu untuk tahu..boleh jelaskan lagi tak?

nuurshahirah: hmm tak berapa fahamlah..tak menjawab ke persoalan tu?

sahabat         : bukan tak menjawab..kurang menjawab..apa yang shahirah terangkan betul..ok macam ni..orang selalu kata "tuntut ilmu kerana Allah..tuntut redha Allah..supaya Allah redha dengan kita yang pinta ilmuNYA.."so..maksud saya..cara apa yang boleh mencapai mardhatillah dalam masa menuntut ilmu?adakah hanya amalkan?

nuurshahirah: hmmm..kita nak tuntut ilmu tapi dalam masa yang sama kita nak redha Allah..kira macam serampang dua mata lah..macam mana yang dikatakan menuntut ilmu kerana Allah?seperti yang saya kata tadi..bilamana seseorang tu tuntut ilmu dengan niat yang betul..bukan sebab nak menunjuk..nak orang kata dia pandai..hebat..cuba kalau seseorang tu sebab nak orang kata dia pandai dan hebat?riak kan?adakah Allah suka macam tu?dah tentu tak kan..jadi bila Allah tak suka macam mana nak redha..lagi satu..macam mana nak dapatkan mardhatillah semasa menuntut ilmu..dengan cara amalkan..kemudian sampaikan..jangan kedekut ilmu..dan..jangan lupa menuntut ilmu pun ada adab nya..hormat guru kita..bila guru kita hormat kita dapat redha guru dan datanglah redha Allah..ok..jelas?atau nak jelaskan lagi?

sahabat         : ouh macam tu..betul jugak tu..kalau niat dah salah..macam mana nak datang redha tu kan..

nuurshahirah: ye..semuanya bergantung pada niat..innama al'amalu binniat..ingat ni..


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ

صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

sahabat        : sebelum terlupa..macam mana pula nak betulkan niat?sedangkan hati ni sesuatu yang berbolak balik..tak tetap.macam mana tu..

nuurshahirah: itulah pentingnya doa sahabatku..Allahumma ya muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala dinik   wahai Tuhanku yang Maha membolak balikkan hati..

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
sahabat          : dan lagi satu..kenapa orang makin tuntut ilmu makin tak pandai pulak?
nuurshahirah: sebab sebenarnya makin kita belajar makin banyak yang kita tak tahu..lepas tu kena belajar lagi..tak tahu lagi..belejar lagi..ilmu Allah ni luas..mesti pernah dengar analoginya begini..macam kita celup jari kita dalam air kemudian kita angkat..yang menitis dari jari kita tu baru sebahagian kecil ilmu Allah..subhanallah..ilmu Allah tu sangatlah luas..
sahabat       : hmm..ni nak kata orang yang ada ilmu pun tak tahu..apatah lagi orang yang tiada ilmu..macam tu?
nuurshahirah: sebenarnya nak kata ilmu Allah tu luas..buka just apa yang kita belajar kat sekolah je..dan jaga kata kita ni orang pandai..sedangkan makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya..
sahabat         : ouh..begitu..so kita kena belajar belajar dan belajar..kan?
nuurshahirah: exactly!sebab tu orang yang nak belajar kena ada sifat dahagakan ilmu..
sahabat        : hmm baiklah..syukran..
nuurshahirah: afwan..insyaAllah mungkin boleh tanya yang lebih arif..kita sama-sama ingatkan diri kita..wallahu'alam..

begitulah lebih kurang perbualan ana dan seorang sahabat..apa yang ana cuba terangkan tu apa yang ana faham..mungkin pembaca boleh berikan sedikit komen atau pandangan sendiri..yang baik diamalkan yang buruk dijadikan teladan..sedia menerima apa jua pandangan dari yang lebih arif..syukran..

P/S: juga ada tambahan sedikit dalam perbualan di atas..dah lama nak post tapi tak berkesempatan..^_^

Label: ,


5 comment(s)