POSTED ON Selasa, November 29, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah kita sudah masuk tahun baru 1433
tidak lupa juga salam maal hijrah buat semua..
semoga tahun ini kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik


hijrah
apa tu hijrah
dulu sekolah agama belajar tajuk hijrah
ustazah ajar
hijrah perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah
namun pada hari ni apa erti hijrah yang sebenar??

menurut pandangan saya
hijrah itu perpindahan
ye perpindahan
dari buruk ke baik
perubahan dari suatu yang lebih baik
better than yesterday..

insyaAllah..mudah-mudahan kita dapat menyiapkan diri pada tahun ini dengan lebih baik..
sebelum terlupa seorang sahabat menghantar mesej berbunyi begini

"Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah di hati..di situlah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka,kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.."

sama-sama kita upgrade iman dan amal pada tahun ini mudah-mudahan menjadi lebih baik..be a better person than yesterday!


     sebelum terlupa hari ahad pagi saya ana menonton sebuah rancangan di tvalhijrah iaitu rancangan Assalamualaikum..kebetulan 1 Muharam juga ulangtahun tvalhijrah..jemputan mereka pada pagi itu seorang pendakwah dari seberang bernama Ustaz Fadlan Geramatan Machmud dengan topik Hijrah Islam di Papua New Guinea..saya pun tak sempat menonton dari awal tapi dapatlah serba sedikit..

    dijadikan cerita ustaz ni bersakwah bersama anak buah nya ke Papua..macam yang kita belajar dulu-dulu dalam geografi tu..Papua ni kepualauan yang boleh dikatakan agak pedalamaan..ustaz ni bersungguh-sungguh berdakwah di sana yang memang langsung tiada sinar islam..ya!langsung!zero!cuba bayangkan!apa yang sangat mengkagumkan ialah walaupun ketika mula datang berdakwah di sana mereka dibaling tombak dan sebagainya namun mereka teguh..apabila ditanya bagaimana ustaz mendapat kekuatan itu?
dengan nada yang tenang dia menjawab  :

"biarlah saya mati ditu..berkubur di situ..biar bumi ini menjadi saksi dakwah ini..apa yang akan saya jawab tatkala Allah bertanya kepada sya nanti?fadlan..mengapa kau tak menyampaikan apa yang kamu tahu??"


    masyaAllah..berkat kesungguhan ustaz ni..berjaya mengislamkan penduduk di situ..saya tak pasti berapa ramai tetape memang ramai..di situ juga ustaz mengajar mereka apa itu kebersihan..berdakwah bermula dari kebersihan..dulunya mereka mandi bersabunkan lemak binatang dan hanya berpakaian menutup apa yang perlu sahaja..kini ustaz berjaya membantu mereka berhijrah menjadi lebih baik..hijrah kepada islam..hijrah kepad menjaga kebersihah..Allah itu cantik dan sukakan kecantikan..

juga sebelum terlupa ustaz Fadlan juga menambah dengan nada yang sebak:


"dulu Rasulullah juga dibaling dengan batu dan sebagainya ketika tiba di Thaif tetapi apabila baginda ditanya oleh malaikat untuk memberi balasan kepada penduduk Thaif..tetapi baginda tidak berputus asa..jikalau saya berputus asa bagaimana mereka?di mana tertegaknya kalimah Laihaillallah..."

ye..andai mereka berputus asa kekal lah penduduk di Papua itu tanpa sinar islam..subhanallah..maha suci Allah memberi mereka kekuatan untuk berdakwah di situ meski pada mulanya kedatangan mereka tidak disambut..

sungguh..
dalam diri ini berkata
"apa yang aku telah lakukan untuk islam?"
"banyak ke?"
"sikit ke?"
"ada ke?"

sesungguhnya mereka berdakwah bukanlah dikelilingi orang islam seperti kita hari ini tetapi di kalangan mereka yang LANGSUNG tidak tahu apa itu islam!

#muhasabah diri

wallahu'alam



P/S: asif entri ini tertangguh atas sebab yang tak dapat dielakkan..


Label: ,


7 comment(s)