POSTED ON Ahad, November 20, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirahmanirrahim..
alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk bangun pada hari ni..mungkin kita pernah dengar kata-kata ni..
"Allah izinkan kita untuk bangun dari tidur kerana Allah masih beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya.."
hmm..baiklah..alhamdulillah semalam baru sahaja selesai menduduki MUET atau nama panjangnya Malaysian University English Test bertempat di USIM..semalam 3 kertas iaitu :-
1-Reading
2-Writing
3-Listening
sepatutnya ada 4 komponen termasuk Speaking tapi alhamdulillah speaking telah dijalankan terlebih awal dahulu iaitu pada bulan Oktober yang lalu..cerita sikit tentang exam semalam..dijadikan cerita pagi tu bas lambat..tapi tak pelah kita tunggu la jugak..kemudian bergerak ke Stadium Tertutup Nilai..alkisahnya tiba-tiba nampak ramai-ramai pelajar berjalan ke kampus?eh kenapa ni??laa..berubah lokasi..ikut nombor pusat..ada yang dekat stadium dan yang lain lokasi yang berbeza di kampus..lokasi ana pula di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)..ana dan beberapa orang terlambat dan exam pun dah mula..memang agak kelam kabut tapi takpelah selamat sampai duduk jawab exam kan..exam reading ni memang komponen yang paling banyak menyumbang dalam Muet kalau tak silap 40%..lecturer pun selalu pesan reading ni jangan buat main-main..nampak macam mudah tapi sebenarnya komponen ni lah yang selalunya student kurang kuasai..dan..memang terbukti pun semalam..5 petikan..tak dinafikan soalan yang agak menguji minda..kena hadam teks betul-betul..kalau tak faham memang agak rumit..walaupun hanya sekadar pilih A B C D tak bermakna kita boleh main hentam je kan??seterusnya jam 10 pagi Writing Test..ada 2 bahagian..soalan pertama di mana kami perlu menterjemahkan non-linear text kepada linear text..dalam erti kata lain kita interpret data yang diberi..selalunya yang diberi sama ada graf,carta,keratan akhbar atau dalam bentuk jadual..kena pandai lah interpret dan gabung jalinkan sebab biasanya akan diberi 2 data..contonhya semalam diberi sebuah bar graf dan jadual..akhir sekali ialah Listening..memrlukan kemahiran mendengar yang sangat baik..walaupun rakaman diperdengarkan sebanyak 2 kali tapi kena peka dan takes notes supaya dapat jawab soalan yang diberi..hanya perlu jawab 3 - 5 patah perkataan dan juga terdapat beberapa soalan objektif..tapi awas!sekali terleka alamatnya tiada jawapan lah..apa-apa pun alhamdulillah telah selesai..kita dah usaha..yang penting sekarang doa dan tawakal..ingat janji Allah :-
Maksudnya : Kemudia apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah, Sesungguh Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah Ath Thalaq ayat 3).
(Surah Ath Thalaq ayat 3).
peperiksaan atau exam..ye adik-adik kita sekarang sedang berjuang dalam SPM..terimbau memori dulu-dulu masa menduduki SPM...bersama rakan-rakan..belajar bersama..pagi-pagi bangun..usai solat subuh kemudian bersarapan..ke masjid solat sunat dhuha dan hajat..berdoa dengan penuh pengharapan moga dipermudah segala urusan...melangkah ke dalam dewan dengan iringan doa dari guru-guru,ibu bapa..syukran kepada guru-guru yang mengajar kami erti bergantung dan berharap padaNYA..bertawakal padaNya..benar..tidak rugi bergantung berharap bertawakal padaNYA setelah kita berusaha..exam tu baru satu ujian di akhirat..jangan khuatir jika gagal..pasti ada hikmahnya..tapi bagaimana kalau di akhirat nanti kita gagal?apa yang kita nak jawab depanNYA nanti??sama-sama kita muhasabah dan ingatkan diri kita..sedikit perkongsian kata-kata dari seorang sahabat:
"apa2 masalah kat dunia..semua ada penyelesaian..jgn sesekali bimbang..masalah di dunia..sekali kita gagal..kita boleh berusaha untuk bangkit kembali tetapi..masalah di akhirat.sekali kita gagal..seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya kita gagal..Wallahualam.."
wallahu'alam
#alhamdulillah
#alhamdulillah
Label: diriku, memori, pendidikan
4 comment(s)