POSTED ON Selasa, Mei 07, 2013 by Nuur Shahirah \\
Saya bukan ahli politik
Saya bukan pengaanalisa politik negara
Saya juga bukan pelajar Jurusan Undang-undang
Dan saya juga bukan seorang ahli mana-mana ahli poltik.
Kenapa saya berkata begitu?
Pernah dengar begini?
“ Kamu tu siapa nak cakap tentang
politik? Belajar undang-undang?”
“ Eleh baru 20 tahun duk
sibuk-sibuk, pi belajaq tu. Dah 21 nanti pi la mengundi ke apa.”
“Kamu ada kaji apa yang negara kita
alami? Kamu tahu ke pemimpin kita buat kerja ke tak? Tak Nampak kan.”
“ Tengok mana tu? Laman sosial? Heh.
Percaya lah sangat.”
“ Amboi bukan main lebat cakap. Masa
ni baru nak cakap itu ini. Selama ni tak mampak pun. Heh.”
Untuk menjawab saya selalu teringat kata seorang pensyarah
saya.
“ Observe and think.”
Kita punya mata.
Kita punya akal.
Perhati dan fikirlah.
Ini cara saya.
Saya suka perhati dan hadam.
Ya.
Mungkin sikit nak dibanding kamu semua.
Yang ke sana sini melaungkan perjuangan.
Yang mungkin lebih tsabat di jalan itu.
Tapi.
Pedulilah apa orang nak kata.
PRU 13
Umpama sembilu menusuk ke dalam daging
Melihat natijah yang
keluar
Sedihnya usah di cakap.
Sayunya jangan di bilang.
Apatah lagi yang benar-benar berjuang dalam medan itu.
Usaha sudah dijalan.
Doa sudah ditembak.
Allah.
Kenapa mesti macam ni?
Hari esok apa yang akan terjadi?
Namun cuba lihat mereka.
Ada mereka menangis meratapi?
Ada mereka jatuh tak bangun-bangun?
Tidak.
Kalah itu terlihat di kaca media yang memancarkan kegelapan.
Tapi bukan kemenangan di hati mereka yang bercahaya.
Usah cakap banyak.
Dari mana datangnya kemenangan itu?
Dari mana datangnya kekalahan itu?
Bukankah dari PENGUASA di atas?
Jadi jangan khuatir.
Ayuh lihat sikit buat ubat.
Tahniah dan takziah buat yang menang.
Tahniah kerana menang.
Takziah kerana mendapat amanah itu.
Amanah yang sebesar melebihi dua gunung mungkin.
Teringat juga kata-kata ini,
Kemenangan itu tertangguh
Kerana Allah mahu melihat
Siapa yang mampu teguh di jalanNya?
Siapa yang tegar menjaga perjuangan sehingga ke akhirnya?
Kalau kemenangan itu mudah.
Takut-takut nanti nilainya juga mudah hilang.
Sakit bukan?
Perjuangan Rasulullah juga begitu.
Bahkan lebih lagi.
Tak tertanggung kita.
Juga jangan lupa.
Jangan berkata begini sahabatku.
“ Politik? Buat apa? Pening
kepala ja pikiaq. Tugas kita sekarang belajaq. Yang tu biar orang-orang tua
uruskan. Mereka lebih makan garam dari kita.”
Bukanlah berdosa.
Tetapi renung kembali.
Mereka dahulu berjuang untuk kita.
Lalu tak mahukah kau berjuang untuk anak cucu cicitmu?
Sedang Rasulullah juga berpolitik.
Menyebarkan dakwah dengan politik.
Merentasi benua.
Lalu kau katakan kau tak suka politik?
Biar saya perbetulkan.
Politik yang kotor itu yang kita tak suka.
Ahh.
Banyak lagi.
Pesanan buat saya juga semua.
Pujuklah dirimu
Sesiapa juga di sekelilingmu.
Bahawasanya akan tiba saat itu.
Kemenangan yang telus dari kita.
Usah disebar salah sebelah sana.
Tanpa melihat juga khilaf di sebelah sini.
Kun fayakun.
Doakan saya juga rakan-rakn seperjuangan dan sesiapa sahaja
moga dalam diri kita semua tertanam Islam itu dengan kukuh dan akhirnya
tertanam jua Islam di muka bumi ini.
Allahumma arina haqqa haqqan warzuqnat tiba’ah wa arina
batila batilan warzuqnaj tinabah.
Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang baik itu baik, dan
anugerahi kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tampakkanlah kami yang salah
itu salah dan anugerahi kami kekuatan untuk menjauhinya.
Pasakkan doa ini dalam doa hari-hari kita.
Sungguh hidayah itu Allah punya.
Ps: Post ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak tapi sedikit apa yang terlintas di hati. Kalau benar benarkanlah ia. Kalau salah tegurlah akan saya.
Pss: Moga kita semua jangan terus luntur dan jatuh. Kita masih ada Yang Maha Adil bukan?
Allahu’alam.
Sembilu atau cahaya?
Ayuh pilih.
{nuur shahirah md saad}
5 tahun akan datang zuriat keturunanku akan di bawah kerajaan yang BENAR.
Fullstop.
Label: monolog
2 comment(s)