POSTED ON Khamis, Januari 31, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Shhhhh...
Senyap.
Silent please.
Nak habaq satu rahsia ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Emm takdak rahsia pun sebenaqnya.
Nah motivasi untuk hari ini.





Okay.
Amaran : Ini adalalah entri biasa-biasa aje.

Tadi ada buat satu benda tak betul.
Eh bukan tak betul cuma tak perlu pun.
Lepas tu macam menyesal.

Haa baguih baguih Nuur.
Tapi saya kena rasional.
Haha.

Lepas tu
Keluaq pi angkat jemuran dah petang-petang ni.
Tapi teringat lagi.
Dan pelik.
Boleh senyum-senyum pulak sorang-sorang.
Aii senang hati pulak dah.


Sesungguhnya
Kadang-kadang diri sendiri.
Tak dapat nak kenalpasti kenapa.  (=_=")

Hey Nuur
Priorities Priorities Priorities.


Kbai.
Eh awat lagu tu.
Wassalam.


Selamat petang.
Jangan lupa baca al-Kahfi malam ni.


yang benar saya,
{ Nuur }


Label:


6 comment(s)
POSTED ON Isnin, Januari 28, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Semalam
Kembali menggali nota-nota lama
Di sini.
Ya di sini

Ada yang rasa seperti mengetuk diri sendiri
Ada yang rasa seperti menembak diri sendiri
Atau pasang bom berani mati mungkin


Sentap sorang-sorang
Nak tulis entri baru pun tergantung

Sebabnya teringat

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!     ( As- Saf : 2 )

*adrenaline rush*

Dush!
Tepuk dada tanya iman.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berhenti.
Terhenti.
Sekejap.
Koreksi.




{ Nuur }

Label: ,


2 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Januari 19, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.

Amaran : Ini adalah entri biasa-biasa sahaja.


Fiction 140
Apa diaa tuuu?
Fiction? Fiksyen?

Eh itu hashtag
#Fiction140

Nak tahu apa dia?
Haa ini dia.

sumber : twitter :o

Bangun tidoq sat tadi macam mengantuk lagi tapi bila tengok trending #Fiction140 terus segar.
Dan dan dan terasa macam nak printscreen. Macam best.

#1


#2

#3

#4

#5
Saya pun join jugak :)
Dan sekali lagi ! ^^





Sekian sahajalah entri pada petang ini.
Entri biasa-biasa isi masa lapang tadi.

Selamat petang.
Have a nice and great Saturday.

Petang-petang ni siapa yang belum baca ma'thurat sempat lagi.
Tata
Titi
Titi

Eh.
Okay dah.


P/S : nama mereka yang tweet terpaksa di sembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Takut hangpa stalk depa. Eh tak tak. Demi kemaslahatan bersama.

{ Nuur }
1725






Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Januari 18, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Jumaat datang lagi.
Sayyidul ayyam kembali lagi.


Nanti anak-anak ummi macam ni ya
Baru sejuk mata memandang

Eh.
Apa ni.

Okay.
Kembali ke alam nyata.
Hari ini nak cakap sedikit sahaja.
Sempena hari Jumaat yang penuh berkat hari ini.

Teristimewanya buat kaum adam

" Nak buat surat buat adam, imam makmum bagai lettewwwww.. Dah biasa dah baca. "

" Apa ni apa ni kaum adam ini, awak tu kaum hawa. Tak elok cakap pasai oang laki ni. Ish ish. "

Erk.
Listen.
Listen.
Listen.
Saya tak habis cakap lagi.

Emm.
Boleh ya teruskan?

" Okay okay kami dengaq. We are listening. "

Ni nak habaq mai. Semalam petang bukak tv Alhijrah. Kalau tak tahu bagi astro channel 114 ye. Kebetulan rancangan masa tu bersama Sheikh Nuruddin al-Banjari. Kot tak kenal meh nak tunjuk gambaq. Kot kot jugak ada yang cam tapi tak ingat nama ke kan.

wajah orang alim itu menyenangkan kan?  :)

Sambung sambung tadi.

   Alkisahnya tengok rancangan tu pun dah separuh jalan. Tapi at least kita cuba dengar kan. Bak kata beliau ambil masa untuk kita belajar ilmu agama sepertimana kita meluangkan masa untuk belajar ilmu dunia. Pendekkan jalan cerita sebelum habis program beliau sempat menyeru begini. Lebih kurang ayatnya saya olah tak ingat sangat. Kaitannya di sini ialah tentang hari Jumaat.

" Kalau kita bekerja, biasanya kita ada pakaian seragam. Contohnya kalau Petronas hijau. Kenapa tak esok ( Jumaat ) kita seragam pakai serba putih sama-sama pergi masjid solat Jumaat? "

    Lebih kurangnya begitulah ayat beliau lebih dalam kot. Cuma dapat olah sikit maksudnya macam tu lah. Haa jadi di sini nak menyeru kaum adam di luar sana hari ni pakat ramai-ramai pakai jubah puti bagi yang ada pergi masjid sama-sama. Tapi kalau takda pun takpa pakailah wangi-wangian nak jumpa Allah kan. Putih suci macam gambar anak-anak kecik dekat atas tu haaa. Kan redup mata memandang.  ^_^


Terima kasih kerana sudi memdengar.
Eh membaca la.

Allahu'alam.


Salam Jumu'ah.
Allahumma solli 'ala muhammad.
Banyakkan berselawat hari ini.
Moga hari kita diberkati.


".. harapan itu semestinya ada. Ini perancangannya bukan untuk sekarang tetapi untuk masa depan. "

{ nunwaura' }
 0833

Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Khamis, Januari 17, 2013 by Nuur Shahirah \\



Bismillah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Usai solat maghrib dicapainya surat cinta itu
selembar demi selembar dibuka
al-Kahfi

dimulakan dengan basmalah

tiba-tiba
dia jadi hiba
dia jadi sayu

Alhamdulillahilladzi . . .

*berhenti*

tskk.
tskk.
tskk.


tak mampu  nak teruskan
Allah

cuba sambung lagi
kali ini dia tersekat-sekat
sebaknya  menyekat suara itu keluar
lalu perlahan-lahan dibaca lagi
meski tiada suara kedengaran

hanya suara kecil
tersedu

berhenti lagi
.
.
.
.
.
.
.
.

sambung lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.

****

benar
kala berbicara denganMu itu
satu saat indah
jangan sekali ini sahaja Ya Rahman
jangan biar kan rasa ini berlalu


sampaikan doa ini buatnya di 'sana'
katakan aku rindu kasihnya dulu
kerana dia aku lahir di dunia ini


istiqamahkan kami ya Allah
kuatkan  kami Ya Hayyu Ya Qayyum
izinkan kami gapai cahayaMu

apa yang Engkau mahu sampaikan padaku Ya Latif
sukarnya disingkap tabir itu


"Itu rahsia aku dan Engkau wahai Penciptaku"

{ Nuur Shahirah }
2320










Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)                  [ Ad-Dhuha : 7 ]
 

Bila waktu dhuha
Teringat Maahad Hamidiah
Dulu setiap hari Jumaat pagi kita solat dhuha sama-sama

Bila exam SPM
Sebelum melangkah ke dewan exam kita sempat singgah masjid dulu
Dhuha dulu
Memohon doa selepas usaha kita

Sungguh
Sebenarnya maahad banyak mendidik kami
Moga Allah berkati bumi ulama' itu

Di situ juga
Seorang mudir berbakti
Namun lebih disayangi Allah
Meninggalkan kami dahulu
Moga rohnya dicucuri rahmat juga.

Kalamnya dahulu
" Manusia ni tak jahat, syaitan di sekeliling ni yang jahat."


--------------------------------------------------------


Satu.
Jom ambil masa beberapa minit solat dhuha.

Dua.
Saya sedang merindui Maahad Hamidiah.


Allahu'alam.

{ Nuur }
0931






Label: , , , ,


0 comment(s)
POSTED ON Rabu, Januari 16, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Ini khabaran yang datang lalu pergi bersama waktu yang berjalan

" Sekarang dah tiba musim sejuk.  Kami tiada selimut."
" Kanak-kanak di sini tiada kasut."
" Mereka bekerja dan berjalan tanpa kasut dengan cuaca yang sejuk."
" Sekarang sudah 0 darjah celcius dan kami kesejukan. "
" Kami bercerita tentang kanak-kanak di sini. Bukan orang dewasa mahupun wanita-wanita. "

agaknya bila melihat depan mata sendiri
jelas nyata dan terang
baru terasa sakitnya mereka
baru terasa deritanya mereka
hari ini mungkin sekadar tengok disebalik kotak hitam

kedengaran suara
kau menangis?
sebab apa?
kau tahu itu yang kami hadapi?
terlihatkah kau kami di sini?

lalu
bertanya pada diri sendiri
Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban 
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? 

kalau esok ditanyakan kepadaku
apa yang aku buat
apa yang harus aku jawab  saudaraku?

moga bukan sampai di sini sahaja

{ Nuur }
1141


Label:


0 comment(s)
POSTED ON by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Apa ni?
Emm gambar. Tak nampak?
Ehh nampak la tapi spongebob and the gang je pun. Motif?
Motif? Emm motifnya nak bagitahu diorang ni comel.
Erkk. Tu dah tahu lama dah. Adik aku selalu tengok petang-petang.
Ohhh yeahh? Okayy.

*krik krik krik*


Sebenarnya nak tulis benda lain tiba-tiba terjumpa gambar atas ni comel,tiga sekawan ni kan?

Saya sedang bercuti.
Ya cuti untuk semester 1 baru.
Kecik lagi baru Tahun 1. #ehh

Jadi banyak masa dihabiskan di rumah.
Mestilah kan takkan duduk hostel kan.

Satu perkara yang menjadi hobi saya 


Ohh comelnya dia!

Okay.
Pagi tadi saya tengok satu kotak ini *baca : televisyen atau TV*
Al-Hijrah

The sign of The Creator
" Carbon The Miraculous Element "

Menarik.

      Masa tamhidi yang lalu belajar Organic Compund. Basically all of these organic compund contain carbon element. Sebab carbon is one of the most unique element! Carbon boleh menghasilkan pelbagai jenis compund yang lain dengan melalui pelbagai proses. Tapi saya masih ingat lagi dulu tajuk ni lah yang paling susah sebenarnya sebab banyaaaaak sangat kena ingat daripada carbon ada pulak carboxylic acid, amines, alcohol and so on. Kalau nak diceritakn semua panjang sangat takut boring kan. Tapi takpa bagi siapa yang belajar boleh terangkan pada kawan-kawan yang tak tahu. Dan sejujurnya saya sendiri bila nak tulis entri ni saya cuba recall balik apa yang dah belajar dulu.
      Okayy dalam rancangan dokumentari tu sebenarnya dibawa oleh Harun Yahya. Kenal Harun Yahya?
Kalau tak kenal takpa cuba bukak page beliau  http://www.harunyahya.com/
     Apa yang saya dapat dari rancangan tu tak banyak sangat sebab sekejap sahaja. Kemudian bila bukak web Harun Yahya kita boleh download rupanya. Cuma satu yang saya dapat. Bila diterangkan macam mana asalnya terjadi carbon itu sendiri saya tak pernah tahu. Jujur bila tengok baru tahu. Ohh macam ni. Yang paling penting sebenarnya saintis-saintis barat juga sebenarnya mengakui ada sesuatu yang sebenarnya terjadi yang tak dapat disangkal oleh mereka yakni keistimewaan carbon itu sendiri. Dan jelas kuasa siapa.

Allah.

Hatta mereka juga cuba mencari satu lagi elemen yang boleh menggantikan carbon iaitu silicon yang seakan-akan tapi gagal. Sebabnya silicon sendiri tak dapat membetuk ikatan ( bond ) yang kuat dengan dirinya sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN 


#ILMU
Saya simpulkan di sini dengan mudah.
Dalam ilmu yang kita belajar sehari-hari banyak sebenarnya kuasa Allah yang tersurat dan tersirat.
Jelas dan tak jelas bergantung pada kita.

#TOKOH
Kemudian saya amat mengagumi Harun Yahya atau juga dikenali sebagai Adnan Oktar atas usaha beliau mengkaji setiap kejadian santifik untuk membuktikan besarnya kuasa Allah juga apa yang wujud di muka bumi ini hakikatnya jelas ada hikmah di sebalik penciptaanNYA.

Subhanallah wal hamdulillah wa la ilahaillallah.

#WE ARE WHAT WE READ
Juga di sini saya menyeru kita semua menanamkan sikap suka membaca dalam diri.
Bahan berilmiah sekarang dalam pelbagai bentuk kan.
Dengan kecanggihan teknologi lagi.
Masa lapang yang kita gunakan itu akan ditanya.
Kalau buang masa rugilah kita!


Semoga kita semua mampu menghayati dan mengamalkan semua ilmu yang kita pelajari.
Semoga juga saya dan sahabat-sahabt saya menggunakan cuti yang ada ini dengan sebaik-baiknya.

Ubah diri kita dan juga ajak orang lain.
Tembak diri sendiri juga.

Allahu'alam


P/S : kalau nak tengok video tersebut boleh lihat atau download di sini. http://www.harunyahya.com/en/works/27446/Carbon-The-miraculous-element

PSS: Juga maaf jika tulisan saya agak skema mungkin. Tapi bahasa itu indah kan? Dan juga penggunaan bahasa Inggeris yang agak 'kacau-bilau' dengan bahasa melayu. Agak susah nak interpretasikan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu apabila melibatkan terma-terma kimia. 



Cubit Bahu Cuit Kalbu
NuurShahirahBintiMdSaad
{ ichemtechGen5 -usim }




Label:


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Januari 15, 2013 by Nuur Shahirah \\
bismillah



Situasi biasa macam ni


Disebutlah dalam suatu majlis dua orang kawan baik sedang duduk berbumbungkan bumbung berlantaikan lantai #ehh

Aishhh
Straight to the point Nuur.

Macam ni lebih kurang situasinya


" Haihhh.. lamanya.. bila nak mula majlis ni.. penat tunggu ni nak tertidoq dah ni.. "

" Alaaa..sabar la makcik.. biasalah.. janji Melayu.. pukul 8.30 katanya sejam lepas tu baru mulanya.."

" Erreree janji melayu? orang melayu ?"

" Yelaaa..awat hang bukan orang melayu kaaa? "

" Emmm aku kacukan Pakistan la.."

" Nak buat lawak pun agak-agak la.. hang tu tau la dah tentu-tentu asal usul Parit Buntaq tuu.. datang mananya Pakistan. "  (-_-")

" Alaa gurau jaa. ye che' orang melayu dan orang ISLAM jugak kan? "

" Maksudnya ? ..."

" Maksudnya.. ye janji melayu janji melayu jugak..tapi kita orang Islam kan? Islam ajar kita jaga masa tepati masa kan? haa acane tu?"

" Ooooo betul betul betul. Setuju dengan hang. Ehh mintak maaf eh hang selalu tunggu aku lambat kan. Insaf dah jaga masa lepas ni "

" Takpaa.. tapi lain kali hang buat lagi aku tinggal! Pi la kelas orang-sorang kena kejar kucing tak tahu.. "

" Erkkk.. kucing?.. Okayy aku usaha ye ustazah.. ehh..sahabatku.."


-------------------------------------------------------------

REFLEKSI


Masa kita dijaga dengan betul tak?

Someone told me
" Orang yang berjaya jaga masa tepati masa. "

tampal dekat meja belajar untuk ingatkan diri sendiri hari-hari 


Juga renungan kita bersama


"Masa itu kehidupan" (Hasan Al-Banna)

"Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu umpama hari-hari, apabila berlalunya satu hari maka sebahagian kamu pun pergi juga"  (Hasan Al-Basri)


Nak cakap panjang rasanya semua tahu masa tu apa
Masa itu emas ke
Masa itu gangsa ke
Masa itu perak ke

Yang utamanya
Masa itu tak kembali bilamana ia pergi

Renungan buat diri sendiri
Juga anda semua
Koreksi diri
Refleksi diri

Perbetulkan diri DAN ajak orang lain.

Ehh sekejap!
Nak tahu satu rahsia macam mana nak jaga masa?

Mudah!
Jaga waktu solat kita.

Allahu'alam.

P/S: Saya juga sedang belajar menggunakan masa cuti dengan baik. Bukan pakat makan tidoq makan tidoq ja kan?


{nuurshahirah}
1303
150113
Di Rumah Manis Rumah *baca Home Sweet Home*



Label: ,


2 comment(s)
POSTED ON Isnin, Januari 14, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Dari hari tu katanya nak update tak jugak update
Alkisahnya....
Kami pelajar USIM wajib mengambil subjek TITAS yakni Tamadun Islam dan Tamadun Asia, dan kami perlu meyelesaikan tugasan luar ataupun kerja lapangan. Ada yang buat aktiviti di pelbagai tempat. Jadi, kami pelajar Tahun 1 Sarjana Muda dengan Kepujian Teknologi Kimia Industri *cewahh telah menganjurkan sebuah program pada 24 dan 25 November 2012 di dua buah sekolah yakni

Maahad Tahfiz Integrasi Istana Bandar, Banting
Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi, Klang

Nama program diberi

KEMBARA SISWA/I (KEMSIS)
Bersempena dengan:

PROGRAM JEJAK ILMU LAKAR SEJARAH (PROJILS)


Banyak aktiviti sebenarnya yang dijalankan tapi biarlah gambar yang berbicara yeee


sebelum ice-breaking

nyanyian lagu tema semangat dik!



menonton sedikit video sebelum forum :)

mari berforum!

jum relaks sekejap main siput-siput ^_^

satu kali siput, siput!


yeahhh kita berdebat siapa yang salah?romeo?juliet?


bagus adik-adik ni berani 

antara orang kuat program

haaa acane nak buat tu?

apa tu dik? sedap ke?


lari-lari cepat!




macam mana nak terbalikkan kain tu?



LAST BUT NOT LEAST



Ini fasilitator dan jawatankuasa pada hari Ahad 25 November di MITS
Asif jiddan untuk gambar hari Sabtu 24 November di MITIB tak dapat.
Apa-apa pun terima kasih semua terutamanya mereka yang bertungkus lumus dari awal.
Jazakallah khairan kathira ichemtech students Gen-5 :)


Semoga pada masa akan datang dapat lagi berbakti seperti ini.

Allahu'alam.

{nuurshahirah}
0021
140113



Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Rabu, Januari 09, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

A short post for today.
Satu entri ringkas untuk hari ini.


Ikhlas?
Apa tu?

Selalu dengar macam ni
" Eh aku ikhlas tolong hang ni. Takpa takpa lain kali hang tolong aku pulak naa. "

Kalau nak ayat macam drama sikit macam ni pulak
" Saya betul-betul ikhlas dengan kamu. Tak main-main. Macam mana lagi nak cakap. "

Erk.
Emm.
Apa ni.


Okay.
Kembali ke pangkal jalan.

Macam mana nak definisikan ikhlas.
Mungkin pernah dengaq orang duk kata lagu ni

"Ikhlas itu umpama semut hitam, di atas batu di malam yang gelap."

Ohh.
Susahnya nak cakap macam mana eh.

Emm.
Tadi baca satu artikel langitIlahi.com
Tajuknya : " Ikhlas, dari hati sampai ke hati.


Saya pun tak mampu nak terangkan macam mana dikatakan ikhlas tu.
Tapi satu point dapat dari artikel tersebut.

Yang ikhlas itu apabila
Dari hati akan sampai juga ke hati.





Akh Hilal berkongsi sedikit kata-kata dari seorang guru beliau Dr. 'Ala Hilat
Sedikit pedoman buat kita mungkin.

sumber : langitIlahi.com




Ada satu kisah menarik tentang ikhlas ni.
Jom baca di sini langitIlahi.com.

Sharing is caring.
Let's share something.

Walaupun sikit mana tahu yang sikit tu yang mencuit hati mereka yang membacanya kan?


Allahu'alam.

Cubit bahu
Cuit hati.


NUURSHAHIRAHBINTIMDSAAD






0 comment(s)