POSTED ON Rabu, Januari 16, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Apa ni?
Emm gambar. Tak nampak?
Ehh nampak la tapi spongebob and the gang je pun. Motif?
Motif? Emm motifnya nak bagitahu diorang ni comel.
Erkk. Tu dah tahu lama dah. Adik aku selalu tengok petang-petang.
Ohhh yeahh? Okayy.
*krik krik krik*
Sebenarnya nak tulis benda lain tiba-tiba terjumpa gambar atas ni comel,tiga sekawan ni kan?
Saya sedang bercuti.
Ya cuti untuk semester 1 baru.
Kecik lagi baru Tahun 1. #ehh
Jadi banyak masa dihabiskan di rumah.
Mestilah kan takkan duduk hostel kan.
Satu perkara yang menjadi hobi saya
Ohh comelnya dia!
Okay.
Pagi tadi saya tengok satu kotak ini *baca : televisyen atau TV*
Al-Hijrah
The sign of The Creator
" Carbon The Miraculous Element "
Menarik.
Masa tamhidi yang lalu belajar Organic Compund. Basically all of these organic compund contain carbon element. Sebab carbon is one of the most unique element! Carbon boleh menghasilkan pelbagai jenis compund yang lain dengan melalui pelbagai proses. Tapi saya masih ingat lagi dulu tajuk ni lah yang paling susah sebenarnya sebab banyaaaaak sangat kena ingat daripada carbon ada pulak carboxylic acid, amines, alcohol and so on. Kalau nak diceritakn semua panjang sangat takut boring kan. Tapi takpa bagi siapa yang belajar boleh terangkan pada kawan-kawan yang tak tahu. Dan sejujurnya saya sendiri bila nak tulis entri ni saya cuba recall balik apa yang dah belajar dulu.
Okayy dalam rancangan dokumentari tu sebenarnya dibawa oleh Harun Yahya. Kenal Harun Yahya?
Kalau tak kenal takpa cuba bukak page beliau http://www.harunyahya.com/
Apa yang saya dapat dari rancangan tu tak banyak sangat sebab sekejap sahaja. Kemudian bila bukak web Harun Yahya kita boleh download rupanya. Cuma satu yang saya dapat. Bila diterangkan macam mana asalnya terjadi carbon itu sendiri saya tak pernah tahu. Jujur bila tengok baru tahu. Ohh macam ni. Yang paling penting sebenarnya saintis-saintis barat juga sebenarnya mengakui ada sesuatu yang sebenarnya terjadi yang tak dapat disangkal oleh mereka yakni keistimewaan carbon itu sendiri. Dan jelas kuasa siapa.
Allah.
Hatta mereka juga cuba mencari satu lagi elemen yang boleh menggantikan carbon iaitu silicon yang seakan-akan tapi gagal. Sebabnya silicon sendiri tak dapat membetuk ikatan ( bond ) yang kuat dengan dirinya sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KESIMPULAN
#ILMU
Saya simpulkan di sini dengan mudah.
Dalam ilmu yang kita belajar sehari-hari banyak sebenarnya kuasa Allah yang tersurat dan tersirat.
Jelas dan tak jelas bergantung pada kita.
#TOKOH
Kemudian saya amat mengagumi Harun Yahya atau juga dikenali sebagai Adnan Oktar atas usaha beliau mengkaji setiap kejadian santifik untuk membuktikan besarnya kuasa Allah juga apa yang wujud di muka bumi ini hakikatnya jelas ada hikmah di sebalik penciptaanNYA.
Subhanallah wal hamdulillah wa la ilahaillallah.
#WE ARE WHAT WE READ
Juga di sini saya menyeru kita semua menanamkan sikap suka membaca dalam diri.
Bahan berilmiah sekarang dalam pelbagai bentuk kan.
Dengan kecanggihan teknologi lagi.
Masa lapang yang kita gunakan itu akan ditanya.
Kalau buang masa rugilah kita!
Semoga kita semua mampu menghayati dan mengamalkan semua ilmu yang kita pelajari.
Semoga juga saya dan sahabat-sahabt saya menggunakan cuti yang ada ini dengan sebaik-baiknya.
Ubah diri kita dan juga ajak orang lain.
Tembak diri sendiri juga.
Allahu'alam
P/S : kalau nak tengok video tersebut boleh lihat atau download di sini. http://www.harunyahya.com/en/works/27446/Carbon-The-miraculous-element
PSS: Juga maaf jika tulisan saya agak skema mungkin. Tapi bahasa itu indah kan? Dan juga penggunaan bahasa Inggeris yang agak 'kacau-bilau' dengan bahasa melayu. Agak susah nak interpretasikan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu apabila melibatkan terma-terma kimia.
Cubit Bahu Cuit Kalbu
NuurShahirahBintiMdSaad
{ ichemtechGen5 -usim }
Label: perkongsian
0 comment(s)