POSTED ON Isnin, Disember 31, 2012 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
This is a quick update
Eceh cakap omputih naa
Duk buka muka buku mesti keluaq ayat ni
How's it going, Nuur?
How are you doing, Nuur?
What's going on, Nuur?
Malam ni rasa macam nak jawab soalan tu
Sebabnya Encik Facebook macam nak tahu sangat kan #ehh
ini jawapan saya
Juga tersentap sekejap tengok gambar bawah ni pulak
Baiklah
Mungkin sampai sini sahaja entri kali ini
Sentap sentap sentap tengok gambaq ni
Kena sambung belajaq balik!
Doakan kami semua.
KITA semua
Bukan seorang sahaja
Semoga jalan kita menuntut ilmu ini dipermudahkan dengan niat kita lillahi taala nak mengangkat darjat kita menjadi orang yang berilmu seterusnya berbakti kepada ummah ya!
Perjuangan yang belum selesai
Rabbuna yusahhil lana.
Ameenn.
p/s: saya ada entri yang tertangguh dalam draf tak sempat nak habiskan, lepas exam insyaAllah :)
Allahu'alam.
Nuur Shahirah binti Md Saad
0024
311212
Label: diriku, pendidikan, quickupdate, sahabat
4 comment(s)
POSTED ON Ahad, Disember 16, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
Sedikit nukilan hari ini
Buat hati-hati
Buat jiwa-jiwa
Yang kadang terlupa
Di mana hati kita kini
Pagi itu langkahnya panjang
Dia melihat anak kecil itu
Tersenyum
Ahh comelnya
Kulitnya hitam manis
Ada setompok dua bedak
Bertambah comel
"Adik dah makan?"
Si kecil itu tersenyum lagi
Menampakkan giginya yang tersusun cantik
Jawabnya lambat sedikit
"Dah!"
Dia tersenyum kembali pada si kecil itu
Kembali merenung setiap wajah suci di hadapan
Duduk tersusun di atas kerusi
Tersenyum juga seperti si kecil tadi
Melihat mereka
Ada yang punya ayah ibu
Ada yang tak punya sesiapa
Meruntun hati
Sejak sedari kecil kehilangan
Apakah rasanya agaknya
Ada mereka yang memandang sepi kedatangan ini
Mungkin tak mengerti apa-apa
Jiwa hatinya terhantar ke mana tak tahu
Mungkin juga jiwa yang kosong itu
Memerlukan jiwa-jiwa ini menemani mereka
Tapi
Fitrahnya mereka suci
Suci sesuci kain putih
Bukan seperti diri sendiri
Yang mungkin tak seputih mereka lagi
Mendekati si manis di sudut sana
Mencuba menelusuri hatinya
Tak tercapai
Tak tersampai
Senyapnya itu mungkin penuh rasa
Rasa yang tak terucap
Rasa yang sekian lama terpendam
Seribu ditanya sepatah dijawab
Alangkah baiknya jika kedatangan hari ini
Penuh terisi
Agar dapat mengisi hati-hati mereka
Tapi diri sendiri masih ada yang kosong
Hanya sedikit yang mampu terluah
Sedikit
Sedikit
Sedikit
Melihat senyum tawa mereka
Memberi gelak tawa itu
Hanya ini yang mampu diberikan
Hakikatnya
Mereka yang berjiwa suci itu
Mengajar jiwa-jiwa ini
Mendidik hati-hati ini
Tapi
Senyumkah hati mereka sebenarnya?
Tinggal tanda tanya
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak itu anugerah
Ya kita!
Kita anugerah!
Anugerah kepada ibu bapa kita
Hadiah kepada jiwa-jiwa mereka
Anugerah itu asalnya sangat berharga kan?
Adakah kita berharga?
Menjadikan diri kita berharga?
Seperti gahnya "ANUGERAH" itu
Refleksi diri
Koreksi diri
*****
P/S : Hajatnya di hati nak kongsikan sedikit aktivit yang kami buat bersama-sama adik-adik di Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Miskin setengah hari pada hari ini tapi memandangkan gambar tak dapat lagi nanti-nanti lah ye kongsikan bersama :)
Allahu'alam
Label: monolog, monolog lagi
2 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Disember 14, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
source : tumblr |
buka mata
---------------------------
one text message received
---------------------------
open
" jom solat dhuha! "
From: Ikmal
bangun
mengeliat
emm emm pukul berapa ni?
tengok jam
8 am
aisehhh tertidur lepas subuh tadi!
ni gara-gara tidur lambat semalam la ni
eh lupa reply
To : Ikmal
"syukrannnnn Ikmal..macam hang tau tau ja tengah sedap tidoq tadi haha "
send
eh eh lupa ada discussion kejap lagi!
lari-lari pergi mandi
macam tak sempat je ni nak dhuha
takpa sat lagi boleh kot *loghat kedah*
*************
sejam kemudian
fuhh penat
terlelap
10 minit
20 minit 30 minit
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
handphone berbunyi
gosok-gosok mata
sapa call ni
calling Amir
"Naufal,baru dapat news dari Miss Aina ni dia kata kena submit assigment kelmarin tu hari ni jugak, bagi tau kawan-kawan yang lain eh,aku ada hal ni.."
"Serius?!!Okayy sat lagi aku bagitau depa.."
letak phone
habislah
satu apa pun tak buat lagi ni
capai Asus
on
blank
gelap
kenapa kenapa kenapa?
rosak?
okay tenang tenang
Allahuakbar Allahuakbar
azan zuhur
ambik wudhuk
solat
doa
duduk sekejap
tafakkur
serabut
assignment tak siap
laptop meragam
stress!
tett tett!
open message
From : Ikmal
tiba-tiba teringat hang,dah solat? mengaji?jom pi lunch sama-sama lama tak jumpa busy
ohh
rasa semalam tak mengaji, hari ni pun belum lagi
tu laaa semalam sibuk duk main Call of Duty
buka alquran
mengaji
reply
To : Ikmal
Okayyy sat naa aku siap,hang tunggu kat tempat biasa laa
jap tengok laptop
on sat kot kot dah okay
bismillah
selawat banyak banyak sikit
on
ehhh boleh dah
okay lepas lunch sambung assigment
------------------------------------
"Terima kasih Mal ingatkan aku tadi..hang la sahabat aku dunia akhirat.."
"Awat hang ni..mesej lagu tu jaa pun."
"Tak laa aku ni dua tiga hari ni duk sibuk stress memanjang aku lupa kot nak buat semua tu..yang kau tau dah penat apa lagi main game ja laaa.."
"Hang nak tau satu benda tak?"
"Apa dia?"
"Rabu lepas ayah aku masuk hospital.."
"Laa..awat tak habaq kat aku..hang ni..sebab apa?sekarang lagu mana?"
"Baru keluar semalam..bukan tak nak habaq kat hang tapi aku tau hang sibuk.."
"Jangan cakap lagu tuu..hang kawan aku..kawan perlukan kawan.."
"Takpa..aku ada Allah..aku lebih perlukan Dia.."
"Nanti ada apa apa bagitau la aku takpa aku pun ok jaa.."
"Ehh jom makan!sejuk nasi tu nanti."
*****************************
depan laptop
klik klik klik
fuhh siap!
teringat tengahari tadi
"Takpa..aku ada Allah..aku lebih perlukan Dia.."
ketuk kepala *dush*
kadang-kadang susah susah baru ingat Dia
bila senang lupa lupa lupa
sebab kita perlukan Dia
setiap detik
setiap masa
hatta nak kelip mata ni pun
kalau Dia tak bagi tak berkelip lah
La haula wa la quwwata illa billah
#NoteToSelf
Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.
Allahu'alam
Label: monolog lagi, sayang
5 comment(s)
POSTED ON Rabu, Disember 05, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
sebab Dia tahu |
05122012
nuurshahirah
0 comment(s)