POSTED ON Sabtu, April 28, 2012 by Nuur Shahirah \\
wahai sahabat
izinkan hari ini aku berbicara
yang tak mampu ku lafazkan
ku coretkan di sini
dengan lafaz bismillah..
hari ini kita berpisah
bergenang air mata
setelah sekian lama di perhentian kita
masing-masing punya satu tujuan
punya satu niat
juga punya satu matlamat
apa pun jua
kita mencari cuma satu
dimana redhaNya
dimana kasihNya
dimana lembayung kasih rahmatNya
kita bertemu
kerna takdirnya
bukan kebetulan semata
wahai sahabat
di sini aku belajar
di sini juga aku mengenali dunia
tapi benar
belum lagi dunia sebenar
namun
di pertemuan ini
sedikit sebanyak
kamu mengajar diri ini
susah senang
pahit manis
kita berjuang di jalan mencari ilmuNya
di jalan menggapai redhaNya
di jalan mencari jalan yang benar
biar ku khabarkan satu cerita
satu hari kita bertemu
di mana?
di bumiNya ini
kita menuju dengan satu harapan
harapan ayah bonda
harapan keluarga
paling penting
harapan ummah
Allah jua berkali menegas
kita khalifah!
kita mesti kuat!
kita masih banyak perhentian!
namun
kadangkala aku lemah sahabat
aku menangis
aku tersungkur
aku jatuh
cari-cari jalan mana nak tuju
akhirnya
kita bersua
Allah aturkan pertemuan kita
Allah beri kita ukhuwah
kita bersahabat
hari ke hari
sampai satu masa
adakala hati tersentuh
adakala juga hati menangis
lidah kita tergigit jua
jangan!
jangan putuskan!
ukhuwah takkan hilang
kita mesti kuat!
semua itu ujian!
aduh
baru semalam rasanya
kita berkenalan
kita berjalan bersama
kita menelaah bersama
Allah
sayu hati ku
mana mungkin sekian lama
kita bersma
hari ini kita berpisah
Allah
kuatkan aku
aku sayang mereka
biarlah bertemu dan berpisahnya kami
dengan redha dan rahmat kasih sayangMU
teguhkan kami
kuatkan kami
kerna kami tahu perjuangan kami belum selesai
"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati telah berjanji mengikat setia untuk mendaulat dan mendukung syariatMu, maka eratkanlah kami ya Allah.Kekalkanlah kemesraan akan hati-hati ini di jalanNya.."
# nukilan khas buat semua sahabat-sahabat terutamanya tamhidi 2011/2012
semalam kita bersua,hari ini kita berpisah.
moga Allah redha :)
Label: diriku, monolog, sahabat, sayang
7 comment(s)
POSTED ON Ahad, Januari 22, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah akhirnya mempunyai kesempatan mencoret di sini
post kali ni macam tajuk yang tertera something to review
ye.review 2011
walaupun rasa macam dah lama tapi nak jugak review
review sepanjang 2011
apa yang saya dah buat
apa yang dah saya capai
let's start
januari
biasa lepas SPM orang sibyuk ambil lesen tapi saya memilih untuk tidak mengambil lesen dahulu..macam rugi jugak tapi takpe..kebetulan seorang sahabat post di facebook jawatan kosong di sekolah ayahnya..masa ni cakap dengan mak ingat main-main je..tup tup mak kata "pergilah interview"..dipendekkan cerita pergi interview dan alhamdulillah berjaya..saya pernah post tentang pengalaman saya ni dalam entri ini satu perjalanan... :)
februari
alhamdulillah 25 februari bertambah lagi ahli keluarga kami..anak buah saya yang pertama selamat dilahirkan dan pada tahun ini akan menyusul lagi seorang insyaAllah..nak tahu kisah adam??klik di sini oh adam aisar!melihat adam menjaga adam mengasuh adam banyak yang saya dapat..juga pernah di entrikan di sini si kecil itu...
mac
tarikh yang di tunggu tunggu semua pelajar lepasan SPM..alhamdulillah Allah beri yang terbaik..memberi senyuman di wajah wajah mereka sudah cukup menggembirakan hati..juga gembira melihat sahabat sahabat sepejuangan mengukir senyuman tatkala mengambil keputusan..tak kurang juga yang bersedih..tak mengapa..perjalanan masih jauh lagi..bangun dan bangkit lah!
setelah lama bercuti ini yang dinanti nantikan..keputusan UPU dah keluar..meskipun ada kawan-kawan yang dah pergi interview untuk biasiswa ke luar negara dan sebagainya..nampaknya rezeki saya hanya di sini..takpe yang penting di mana mana pun kita pergi belajar semuanya sama yang berbeza cuma pengalaman..kalau bukan sekarang dapat mungkin sambung master ke..munkin juga phD ke..dan......mungkin juga hantar anak suatu hari nanti..kita tak tahu..Allah dah atur semuanya lengkap..perfect!ok..apa cerita?dapat mana?klik sini sini *alhamdulillah*
mei
setelah lama bercuti ini yang dinanti nantikan..keputusan UPU dah keluar..meskipun ada kawan-kawan yang dah pergi interview untuk biasiswa ke luar negara dan sebagainya..nampaknya rezeki saya hanya di sini..takpe yang penting di mana mana pun kita pergi belajar semuanya sama yang berbeza cuma pengalaman..kalau bukan sekarang dapat mungkin sambung master ke..munkin juga phD ke..dan......mungkin juga hantar anak suatu hari nanti..kita tak tahu..Allah dah atur semuanya lengkap..perfect!ok..apa cerita?dapat mana?klik sini sini *alhamdulillah*
jun
1 jun telah mendaftar di USIM..ye USIM..dulu tak pernah pun bercita-cita untuk sambung belajar di sini..setelah mula belajar..ye belajar macam kat sekolah..ada subjek sains tu..ada tambah bahasa arab dan english dan quran hadith on sciences..it's all about life here in Usim..ada kawan teman sahabat baru..yang ajar kita macam-macam..yang ada saat kita susah dan senang..terima kasih semua!nuur pun nuur la..sedap jugak panggil macam tu kan..apa macam nuuuuuuuuuuur kasih tu..
julai
kalau saya tak silap lah..MUET Speaking Test..setelah menghadiri workshop selama 2 hari*okeh USIM wajibkan..alhamdulillah dipermudahkan segalanya..malam sebelum tu test dengan kawan-kawan kat kafe KKNC terchenta..nice memory bila sebenarnya kami dah tahu siapa yang satu kumpulan..dah set semua..saya nak ambil bahagian conclusion!saya nak start dulu nanti!apa-apa pun kami belajar bekerjasama..nak berjaya sama-sama kan??
oktober
ok kita pergi oktober terus cepat sikit kan..bulan oktober..yes!final semester 1..cepat sungguh masa berlalu..tup tup 31 oktober dah habis exam..kita pergi dominos sama-sama..kemudian masing-masing balik rumah bercuti..opps sebelum terlupa MUET Reading,Writing and Listening test juga bulan oktober..tengah cuti kemudian balik USIM sehari untuk MUET..apa cerita MUET ni?klik sini muet :)
disember
alhamdulillah sekali lagi bertambah ahli keluarga..abang telah selamat di ijab qabulkan..mudah mudahan kekal hingga ke kahir hayat..special entry for him here-tanggung + jawab ^^
hmmm..mungkin banyak lagi yang nak di review tapi mungkin juga terlalu banyak untuk dikongsi di sini..mungkin cukup setakat ini..akan cuba update lagi pada masa akan datang..imtihan semakin hampir..doakan saya dan sahabat-sahabat lain mudah mudahan ye :)
| doakan saya di perjalanan ini ^^ |
P/S: tahun ini juga saya mengenali seseorang yang saya tak sangka akan kenal..mengajar saya erti hidup juga..kesabaran kejujuran kesetiaan dalam persahabatan..terima kasih :)
Label: bersama hanan, diriku, sahabat
2 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Januari 14, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah berkesempatan untuk mencoret sedikit di sini
asif jiddan lama meninggalkan blog ini
post kali ini hanya mampu kongsikan sebuah video buat renungan bersama
disebabkan kesihatan yang kurang baik
insyaAllah akan cuba update..
jom tonton dan sama-sama hayati
moga sama-sama dapat ibrah..
wassalam
#doakan saya semoga cepat sembuh..alhamdulillah sakit itu penghapus dosa kan.
dan alhamdulillah juga result MUET juga sudah diumumkan..insyaAllah akan bersambung post yang kan datang :)
3 comment(s)
