POSTED ON Jumaat, Disember 02, 2011 by Nuur Shahirah \\
alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ni..
hari ni terasa nak berkongsi sesuatu
1.12.2011
result exam semester 1 akan kuar *opps dah keluar pun
seperti biasa malam tu bila online macam-macam dapat tengok
bukan excited pun sebenarnya tapi nervous
result pertama
ya mungkin kami agak lewat sedikit (USIM) kerana exam kami tamat lambat sikit
esoknya tunggu punya tunggu dari pagi tak keluar jugak..
bila masuk portal keluar macam ni lebih kurang
"keputusan pepriksaan semester 1 belum diluluskan senat"
huhu..takpelah petang sikit kot..dan betul lebih kurang jam 5 ke atas keputusan sudah keluar
alhamdulillah
saat melihat keputusan
syukur tak terkata menitis air mata
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
tak mampu nak ucap apa lagi
itu sahaja
ye result saya bukanlah sehebat mana..tapi tak tahu kenapa..rasa bersyukur sangat..saya tak meletakkan target yang tinggi namun alhamdulillah Allah beri yang terbaik!ya..itulah yang terbaik..saya tak menjangkakan keputusan tersebut kerana exam kami yang boleh tahan juga..apa-apa pun alhamdulillah tak terhingga..juga buat sahabat-sahabat yang mendapat keputusan yang cemerlang..mabroook..buat yang kurang atau tidak mencapai target tak mengapa..ada hikmah di sebalik semua tu kan..
ingatlah..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula)kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]
mungkin kita tak dapat melihat hikmahnya sekarang tetapi percayalah suatu hari nanti pasti anda tahu!Allah telah mengaturkan segala-galanya dengan cantik dan teratur..yang penting sekarang apa yang kita usaha itulah hasilnya..man jadda wa jada..saya juga mengingatkan diri sendiri result ni bukan lah penentu segala-galanya tapi jadikan lah sebagai motivator untuk semester seterusnya..ingatlah Allah melihat usaha kita..jika bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Dia beri..
sebelum tutup jom sama-sama dengar lagu ni..buat semua..jangan hilangkan pergantungan dan pengharapan pada Allah..pegang kata-kata ni..DIA tak pernah menghampakan kita yang bertwakal padaNYA..^^
wallahu'alam
P/S :entri biasa-biasa sahaja..sekadar berkongsi rasa ^_^
Label: diriku, pendidikan, sahabat, ujian
6 comment(s)