POSTED ON Selasa, Mei 31, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah diberi kesempatan mencoret lagi di sini sebelum melangkah ke alam baru universiti..post kali ini dedikasi buat diri ana dan juga sahabat yang akan melanjutkan pelajaran...nak cakap apa ya..hmm..lepas SPM masing-masing bawa haluan sendiri kan..yang sambung tingkatan 6 pergi sekolah lagi..masuk maktab perguruan..lepas tu yang dapat tajaan Mara atau JPA buat persediaan sebelum teeeeeerbang..tak kurang juga sahabat-sahabat yang telah dan akan ke IPTA..eh lupa matrikulasi jugak..yang IPTA ada yang dah masuk ad yang akan masuk..UIA,UM,UITM,UPNM dah mula dah..akan datang ana USIM dan juga UNISZA..waduh macam-macam ada dalam fikiran sekarang..takut?sebab ap?lama sangat cuti kan..tapi cuti yang ada ni banyak memberi pengalaman dalam mematangkan diri sendiri..sebelum melangkah ke alam baru iaitu universiti ni yang amat amat jauh berbeza post ni ana dedikasi buat semua sahabat dan diri ana juga..beberapa pesanan la kot kan..
1- Alam universiti ni amat berbeza dengan sekolah..selalu dengar senior cakap macam ni..takut pun ada..tapi takpe kita yakin dengan diri sendiri..cuba sesuaikan diri dengan tempat dan suasana baru..
2- Buat sahabat-sahabat maahad hamidiah sekalian mungkin tempat yang kita pergi tidak seperti maahad..suasana dan juga bi'ah yang wujud kan..apa-apa pun kita kena kuatkan diri ye keluar dari kepompong selesa..itulah cabaran hidup kan..pengalaman mengajar erti hidup..~
3- Kat mana pun kita belajar yang penting niat kita ye..mungkin mula-mula kita semangat tapi lepas tu merudum sikit kan..takpe yang penting kita sama-sama usaha nak istiqamah dan sentiasa tajdid niat apa tujuan kita bila menjejakkan kaki ke tempat baru ni..
4- hmm selalu dengar masalah cintan cintun kat IPT ke kat mana-mana la..lagi-lagi umur macam sekarang ni memang benda ni saaaaangat mengganggu lebih-lebih lagi bila dah mula mencari kan..ana nasihat buat semua dan diri ana juga kalau boleh jangan terjebak dalam perkara sebegini..tapi kalau dah terjebak cuba kita ingat kembali apa manfaat yang kita dapat bila kita terjebak?sama-sama muhasabah diri..
5- Point yang penting jaga agama kita kat mana-mana pun kita berada..sahabat ana selalu pesan ni..insyaAllah Allah akan jaga kita..
6- Point yang paaling penting ingatlah mak ayah kakak abang adik atuk nenek semua la sebelum melakukan sesuatu..fikir panjang-panjang supaya apa pun keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat..
hmm..rasanya sampai sini je kot..memang banyak lagi yang nak dikongsi tapi masa tak mengizinkan..ana cuba buat post terakhir sebelum ke USIM..doa ana buat sahabat-sahabt dan diri ini juga supaya dapat mencapai cita-cita kita...dipermidahkan segala urusan dunia dan akhirat..umat Islam harus cemerlang!hari ini mesti lebih baik dari semalam..apa-apa pun innama al'amalu binniat...wallahu'alam
sebelum tu sebuah lagu buat semua..
*nota kaki : asif entri yang biasa biasa aje..doakan yang terbaik buat semua sahabat di mana pun anda!
Label: nasyid, pendidikan, sahabat
0 comment(s)
POSTED ON Isnin, Mei 30, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hari ini masih lagi Allah pinjamkan kan nyawa kepada kita..post hari ini seperti yang ana maklumkan dalam post yang sebelum ni nak sambung kan?tapi kali ini ana nak mengimbau pulak kenangan di sekolah menengah ana SMKA Maahad Hamidiah Kajang..
Zaman sekolah rendah dah berlalu..kita tinggalkan zaman itu dan merentas pula ke sekolah menengah..ya..memang sama..sekolah jugak tapi hakikatnya apa yang kita dapat di sekolah rendah dan sekolah menengah itu berbeza..ilmu yang berbeza dan bertambah..pengalaman yang berbeza dan macam-macam lagi..
ana nak imbau kembali tarikh 16 Januari 2006 iaitu tarikh ana mula mendaftar di maahad..sebelum tu ana masuk SAM Hulu Langat sekejap..tapi ana masih ingat bila ana dapat je surat tawaran dari maahad memang sangat gembira..memang nak sangat pergi walaupun sebelum ni ana tak pernah dengar pun nama maahad..T.T...hmm sampai je maahad memang sejuk mata memandang..baaaaanyak pokok..hijau je kan..*jom nyanyi lagu hijau..hehe
hmm..kita nak imbau apa kat maahad..tajuk pun cikgu..mestila nak cakap pasal cikgu kan..tingkatan 1 zaman muda remaja lagi ni..masuk pun macam blur je lagi kan..ikut jela apa yang akak-akak cakap..tapi lama-lama dah biasa ok la..ingat lagi ana masa tu dalam kelas 1 Umar..ana dpt kelas ni berdasarkan ujian bahasa arab masa mendaftar..huhu..belakang jugak..takpe..janji kita nak belajar kan..masa form ni memang ngaku le main-main jugak..macam-macam la..result exam pun tak seberapa..paling ingat dialog cikgu sains ana bila bagi kertas exam yang telah ditanda..bila nama ana dipanggil dengan senyumnya pergilah meja cikgu semangat nak tengok markah la katakan..cikgu cakap "haa..ni senyum-senyum lagi..markah tu tengok.."..lain macam bunyi..huhu..tengok markah memang sedih la..masa ni mungkin ana banyak main jadi markah pun tuuuut..sejak hari tu..ana memang sedar dan tahun berikutnya ana masih kekal di kelas yang sama tapi mulai tingkatan 2 ana mula bertekad dan belajar betul-betul..alhamdulillah..naik tingkatan 3 ana berjaya naik kelas..sebenarnya tak kisahlah kita dalam kelas mana pun yang penting kita belajar kan...apa-apa pun terima kasih cikgu menyedarkan ana..
Kejayaan bersama sahabat-sahabat dalam PMR sangat menggembirakan lebih-lebih lagi kepada cikgu-cikgu kami..tapi..kejayaan dalam PMR belum tentu menjamin kejayaan seterusnya..orang selalu kata tingkatan 4 zaman honeymoon ye..kenapa eh..perkara pertama cikgu pesan bila masuk kelas form 4 ialah "jgn ingat form 4 ni masa honeymoon awak ye.."..mula-mula memang la seronok bila jumpa kawan-kawan tapi ni nak belajar subjek baru ni..ada add maths,biology,fizik,kimia..nak belajar benda baru memng kita kena fokus..cikgu pun pernah cakap "kuasai subjuk form 4 ni nanti bila form 5 lebih mudah"..betul seratus dua puluh peratus apa cikgu cakap..kalau main-main masa form 4 ni memang nanti nak ulang balik masa form 5 payah jugak..SPM menanti ni..
tamat form 4 beralih masa form 5..tahun terakhir berada di maahad bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu..Ustaz Zainaphi promote kami masuklah tingkatana 6..hoho..macam-macam dengar..tapi apa yang menjadi hala tuju kami masa tu SPM *Sijil Paling Mudah ye..fuh..jenuh cikgu-cikgu bertungkus lumus.tak cukup dalam kelas masa P & P,petang ada kelas tambahan pulak..yang kami ni kadang-kadang rajin tu baguih la..kalau duk tersenggug-sengguk tu ruginya rasa..apa-apa pun tahun yang mencabar bagi kami kerana pada pertengahan tahun ni juga kami kehilangan penegtua kami iaitu Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Yunus..memang mengejut dan kami benar-benar terasa kehilangan beliau..walaupun tak mengajar secara formal di dalam kelas tapi dia mengajar kami tatkala dia berucap juga memberi tazkirah..kini,tiada lagi kedengaran suaranya menjadi imam maghrib juga menyampaikan tazkirah-tazkirah yang menusuk jiwa..semoga rohnya dicucuri rahmat..kata-kata nya yang masih diingati "manusia ni tak jahat...syaitan sekeliling ni yang jahat"..mendalam maksudnya...
hmm nak cerita sorang-sorang cikgu yang ajar memang panjang..jom biar gambar berbicara sebentar..

![]() |
| semua cikgu yang pernah mengajar ana..terima kasih cikgu! |
![]() |
| cikgu Hassan a.k.a cikgu fizikku..cikgu nanti saya belajar fizik lagi di usim..=) |
![]() |
| teacher Saaidatul! cikgu biology ana.."kamu ni..sungguh kurang sopan.."hehe |
![]() |
| ustaz Solahuddin guru Bahasa Arab dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 selalu kata kepada kami "kamu hebat!" |
*nota kaki : asif lambat sangat nak update..insyaAllah akan ada post sebelum melangkah ke dunia baru!terima kasih kerana masih singgah di sini...syukran jazilan...^__^
4 comment(s)
POSTED ON Rabu, Mei 18, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...
post yang ringkas iaitu sebuah lagu nasyid untuk dikongsi..asif jiddan belum sempat sambung entri sebelum ini tentang cikgu atas kesihatan yang kurang baik...ana gagahkan untuk mengisi kekosongan sebelum ana sambung entri sebelum ini ye...jom sama-sama kita hayati lirik nasyid ni dan muhasabah...
Jalan Pulangku oleh UNIC
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
ku adukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku (2X)
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Tak ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

wallahu'alam...
0 comment(s)