POSTED ON Selasa, Mei 31, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..



       Alhamdulillah diberi kesempatan mencoret lagi di sini sebelum melangkah ke alam baru universiti..post kali ini dedikasi buat diri ana dan juga sahabat yang akan melanjutkan pelajaran...nak cakap apa ya..hmm..lepas SPM masing-masing bawa haluan sendiri kan..yang sambung tingkatan 6 pergi sekolah lagi..masuk maktab perguruan..lepas tu yang dapat tajaan Mara atau JPA buat persediaan sebelum teeeeeerbang..tak kurang juga sahabat-sahabat yang telah dan akan ke IPTA..eh lupa matrikulasi jugak..yang IPTA ada yang dah masuk ad yang akan masuk..UIA,UM,UITM,UPNM dah mula dah..akan datang ana USIM dan juga UNISZA..waduh macam-macam ada dalam fikiran sekarang..takut?sebab ap?lama sangat cuti kan..tapi cuti yang ada ni banyak memberi pengalaman dalam mematangkan diri sendiri..sebelum melangkah ke alam baru iaitu universiti ni yang amat amat jauh berbeza post ni ana dedikasi buat semua sahabat dan diri ana juga..beberapa pesanan la kot kan..

1- Alam universiti ni amat berbeza dengan sekolah..selalu dengar senior cakap macam ni..takut pun ada..tapi takpe kita yakin dengan diri sendiri..cuba sesuaikan diri dengan tempat dan suasana baru..

2- Buat sahabat-sahabat maahad hamidiah sekalian mungkin tempat yang kita pergi tidak seperti maahad..suasana dan juga bi'ah yang wujud kan..apa-apa pun kita kena kuatkan diri ye keluar dari kepompong selesa..itulah cabaran hidup kan..pengalaman mengajar erti hidup..~

3- Kat mana pun kita belajar yang penting niat kita ye..mungkin mula-mula kita semangat tapi lepas tu merudum sikit kan..takpe yang penting kita sama-sama usaha nak istiqamah dan sentiasa tajdid niat apa tujuan kita bila menjejakkan kaki ke tempat baru ni..

4- hmm selalu dengar masalah cintan cintun kat IPT ke kat mana-mana la..lagi-lagi umur macam sekarang ni memang benda ni saaaaangat mengganggu lebih-lebih lagi bila dah mula mencari kan..ana nasihat buat semua dan diri ana juga kalau boleh jangan terjebak dalam perkara sebegini..tapi kalau dah terjebak cuba kita ingat kembali apa manfaat yang kita dapat bila kita terjebak?sama-sama muhasabah diri..

5- Point yang penting jaga agama kita kat mana-mana pun kita berada..sahabat ana selalu pesan ni..insyaAllah Allah akan jaga kita..

6- Point yang paaling penting ingatlah mak ayah kakak abang adik atuk nenek semua la sebelum melakukan sesuatu..fikir panjang-panjang supaya apa pun keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat..


hmm..rasanya sampai sini je kot..memang banyak lagi yang nak dikongsi tapi masa tak mengizinkan..ana cuba buat post terakhir sebelum ke USIM..doa ana buat sahabat-sahabt dan diri ini juga supaya dapat mencapai cita-cita kita...dipermidahkan segala urusan dunia dan akhirat..umat Islam harus cemerlang!hari ini mesti lebih baik dari semalam..apa-apa pun innama al'amalu binniat...wallahu'alam

sebelum tu sebuah lagu buat semua..




*nota kaki : asif entri yang biasa biasa aje..doakan yang terbaik buat semua sahabat di mana pun anda!


Label: , ,


0 comment(s)