POSTED ON Khamis, November 29, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah




Tiba-tiba
Rindu keluarga di rumah
Eh bukan tiba-tiba
Selalu
Selalu
Selalu

Orang kata
"ehhh rumah dekat mesti selalu balik ni..."

Kalau boleh memang macam itulah niatnya
Tetapi
Memandangkan assignment bertambah
Peperiksaan kian menjelma
Terpaksa berkorban masa

Macam sekejap 
Dua minggu lebih kurang
Terasa mcam sebulan
Tak jenguk rumah

Tapi
Pujuk hati 
Sabar sabar sabar

Belajar kena banyak berkorban
Belajar kena banyak bersusah payah dahulu
Dan kadang-kadang terfikir
Yang tak berapa jauh dari tempat belajar ni pun rasa macam ni
Apatah lagi yang memang berjauhan dari keluarga

Jadi
Belajarlah sesuatu dari kerinduan ini


dapat tahu perkembangan mereka meriangkan hari-hariku

dapat chat sekejap pun jadi lah..tanda ambil berat #touching sebentar

bila berhubung sekejap sekejap pun rasa rindu
rasa nak terbanggggggg balik rumah :O

lumrahnya
tiap kali penat
tiap kali stress
atau
rasa nak menangis ke
rasa nak marah

perkara pertama terlintas
mesti FAMILY

sebabnya
bilamana bersama mereka
semua kekusutan hilang

itulah sebenarnya
kita kadang-kadang lupa
yang Utama Pencipta kita senantiasa ada
yang di sisi kita juga ada keluarga kita

ini mereka
ehh ini kami



miss them :)

arwah ayah yang tak pernah dilupakan :")

ehh jumpa gambar masa kecik dulu dulu
tak lupa dua si kecil ini menceriakan hari-hari 

ini masa tadika;itu tudung kegemaran saya :)
meneruskan perjuangan di sini 






jangan sampai
bila masa sudah tiada
baru tercari-cari 


"..meski kita bukanlah sebuah keluarga yang sempurna tetapi kita masih ada talian yang sempurna.."

HARGAI MEREKA
SAYANGI MEREKA


#tersangat rindukan mereka
nota kaki : ini post yang biasa-biasa untuk mengekspreskan rasa sebak dalam jiwa #cewaahhh
               keluarga kita di Gaza sana juga jangan dilupa tembakkan doa buat mereka.

P/S : maaf entri yang ringkas,akan datang entri yang lebih bermanfaat insyaAllah :)










Label: ,


5 comment(s)
POSTED ON Ahad, November 18, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah





Dulu
Dan sekarang
Bila tengok kawan-kawan
Sini-sana
 
Timba itu itu di tempat orang
Tipu kalau
Tak kata pada diri sendiri

"Bestnya...tapi kita tak dapat macam tu..:("
"Wahhh..nak jugak macam tu.."
"Untungnya mereka... "

Satu persatu
Kadang-kadang hati cuba redakan

"Takpe..itu rezeki mereka.."
"Jangan pandang apa yang mereka dapat,sampai terlupa apa yang kita dapat.."
"Masing-masing ada rezeki masing-masing..bersyukurlah!"


Saya manusia biasa
Memang terlintas
Persoalan hari-hari
Kadang-kadang 
Terlalu banyak untuk difikir
Terlalu rumit apa yang dihadapi
Terlalu payah untuk merenungi sesuatu

Sampai satu masa
Berhenti sekejap
Tapi
Dunia takkan berhenti
Dunia takkan berhenti berputar
Masa takkan berhenti berjalan
Masa takkan menanti kita
Selagi kita masih bernyawa

"If you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl,but whatever you do you have to keep moving forward."

Tak mampu terbang
Kita berlari
Tak mampu berlari
Kita berjalan
Tak mampu berjalan
Kita merangkak

Takkan Dia meletakkan kita di suatu tempat itu
Tanpa ada sebabnya
Kerana setiap yang terjadi 
Sentiasa di bawah pengawasanNya

Nota TERpenting

BERSYUKUR.

Nota penting buat diri sendiri.
Peringatan penting buat diri sendiri.

Mungkin terlalu banyak yang nak di sampaikan sampai tak tercoret di sini.
Allahu'alam


P/s: maaf entri pendek setelah sekian lama tak update.

#Jangan lupa juga tembak doa buat saudara kita di Gaza :/










Label: , ,


2 comment(s)
POSTED ON Jumaat, September 28, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah




rasanya macam dah lama sangat tak singgah sini
hari ni rasa nak conteng-conteng 
kenapa?
sebabnya banyak sebab 


1 September lalu
Secara rasmi saya mendaftar sebagai seorang mahasiswa di USIM
Allah letakkan saya di sini
Walaupun dulu perancangannya bukan begitu
Ya,perancangan saya
Perancangan manusia yang tak boleh menandingi perancanganNYA

Saya akur
Juga sebahagian sahabat-sahabat yang lain
Walaupun dalam hati
Kadang-kadang terselit rasa kecewa
Cepat-cepat tolak tepi

Baru 3 minggu lebih kurang di sini
Tempat yang sama sebelum ini
Cuma berbeza suasana
Dulu tamhidi
Sekarang ijazah

Hari ini
Tak seperti selalu

Menulis hari ini
Semacam mahu mengetuk diri sendiri
Menegur diri sendiri khususnya
Membuat nota pada diri sendiri

Kerana sekarang bukan seperti dulu
Kerana banyak yang terlupa
Apatah lagi yang langsung dilupakan


Satu cerita saya dengar dari seorang kakak senior di sini yang kebetulannya ada sedikit pengisian selepas maghrib hari itu.Nama panggilannya Kak Huda.Kak Huda menyentuh sedikit kisah beliau.Tentang nikmat yang kita dapat sehari-hari.Bagaimana beliau dulu pernah merasa seolah-olah sedikit nikmat yang Allah tarik agak lama mungkin.Tapi beliau melihat itu dari sudut yang lebih positif.Ohh Allah tarik nikmat dia baru sikit,macam mana agaknya kalau mereka yang Allah tarik nikmat lebih besar dan selama-lamanya?Jadi,bersyukurlah!

Yang keduanya,tengahari tadi sementara menunggu kuliah jam 3 saya dan seorang lagi sahabat mengikuti satu pertemuan mungkin boleh dikatakan sebagai halaqah atau usrah. Seorang lagi kakak mengisi hati kami.Walaupun sekejap rasanya macam ada ruang buat diri nak koreksi diri,nak merawat hati sebab kadang-kadang tak sedar yang di 'dalam' itu lupa nak bagi santapan. Mungkin dapat kongsi sedikit.

Sedikit shotnotes :

#1 dalam aspek sebagai pelajar.Kenapa kita belajar?Kenapa ambil jurusan tu?Kenapa dan kenapa?

Adakah sebab...

"Ohh mak ayah saya suruh,jadi saya ikutlah"
" Nak buat macam mana dah dapat tawaran saya pergi je.."

atau...

"Sebab saya nampak peluang pekerjaan yang besar dalam bidang ni.."

Mana satu?Kak Mar (nama panggilan) menyebut satu ayat yang mungkin agak membuat kami agak kehairanan.Bunyinya begini :

"Cita-cita akak nak jadi suri rumah.."

Emm..dalam hati mesti ada yang tertanya

"Ehh dah tuuu kenapa belajar kat USIM ?"
"Aik..peliknya.."

 atau...

"Emm..mesti ada sebab kenapa akak ni cakap macam tu.."

Apa yang saya dapat simpulkan sedikit ialah kak Mar kata kita sekarang belajar sebab apa?Jawapan biasa kita kerana Allah kan?Ya betul..tapi apa yang sebenarnya kita sepatutnya perlu dan perlu tahu kenapa sebenarnya..Kita belajar sebab kita suka belajar,nak belajar dan Islam menganjurkan kia menuntut ilmu.Hatta sehingga bekerja pun seharusnya kita mengakui kita masih belajar sebab ilmu yang kita dapat mungkin setitis sahaja.Dan ditekankan juga zaman sekarang walaupun kita belajar dalam pengkhususan tertentu lebih baik dan mungkin lebih ohsemmmm (baca : awesome) kita tahu dan kaji ilmu lain.Contohnya walaupun kita belajar dalam bidang bahasa apa salahnya kita memaksa diri,mengajak diri mengkaji sedikit ilmu dalam bidang sains.Berbalik pada cita-cita akak tersebut,apa yang jelas nak disampaikan sebenarnya tujuan kita menuntut ilmu tu.Akhir sekali,pesanannya untuk kami ialah ketika belajar cuba- dan cuba runtuhkan dinding yang jadi penghalang kita mencipta alasan itu dan ini lebih-lebih lagi semasa sedang belajar.


#2 The difference between ordinary person and extraordinary person is the 'EXTRA'

#3 Bersyukur di mana pun kita sebab Allah tahu dan tahu sebenarnya kenapa DIA meletakkan kita di sini atau di mana-mana pun.


Mungkin banyak lagi yang dapat tapi tak berapa ingat
Sebab tak mencatat sangat tadi  *jangan ikut

Tapi jelas
Hari ni
Terdapat satu rasa yang menyesakkan diri
Rasa sedih ada
Rasa kecewa pun ada
Macam-macam ada


Jangan ditanya kenapa
Sebab jawabnya
Saya lupa
Saya leka
Saya lalai
Allah cuit saya
mungkin juga ketuk qalb saya
Walaupun dengan sedikit contengan di sini mengubat
Tapi mungkin Dia lebih tahu apa yang tersirat di 'dalam'


p/s: Doakan saya juga sahabat-sahabat saya dalam perjalanan menuntut ilmu ini mohon terus kuat!


notakaki: Terima kasih sudi singgah dan baca entri yang biasa-biasa sahaja :)

JUMU'AH
28092012
mejabatuKK1

Label: , , ,


2 comment(s)