POSTED ON Jumaat, September 28, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
rasanya macam dah lama sangat tak singgah sini
hari ni rasa nak conteng-conteng
kenapa?
sebabnya banyak sebab
1 September lalu
Secara rasmi saya mendaftar sebagai seorang mahasiswa di USIM
Allah letakkan saya di sini
Walaupun dulu perancangannya bukan begitu
Ya,perancangan saya
Perancangan manusia yang tak boleh menandingi perancanganNYA
Saya akur
Juga sebahagian sahabat-sahabat yang lain
Walaupun dalam hati
Kadang-kadang terselit rasa kecewa
Cepat-cepat tolak tepi
Baru 3 minggu lebih kurang di sini
Tempat yang sama sebelum ini
Cuma berbeza suasana
Dulu tamhidi
Sekarang ijazah
Hari ini
Tak seperti selalu
Menulis hari ini
Semacam mahu mengetuk diri sendiri
Menegur diri sendiri khususnya
Membuat nota pada diri sendiri
Kerana sekarang bukan seperti dulu
Kerana banyak yang terlupa
Apatah lagi yang langsung dilupakan
Satu cerita saya dengar dari seorang kakak senior di sini yang kebetulannya ada sedikit pengisian selepas maghrib hari itu.Nama panggilannya Kak Huda.Kak Huda menyentuh sedikit kisah beliau.Tentang nikmat yang kita dapat sehari-hari.Bagaimana beliau dulu pernah merasa seolah-olah sedikit nikmat yang Allah tarik agak lama mungkin.Tapi beliau melihat itu dari sudut yang lebih positif.Ohh Allah tarik nikmat dia baru sikit,macam mana agaknya kalau mereka yang Allah tarik nikmat lebih besar dan selama-lamanya?Jadi,bersyukurlah!
Yang keduanya,tengahari tadi sementara menunggu kuliah jam 3 saya dan seorang lagi sahabat mengikuti satu pertemuan mungkin boleh dikatakan sebagai halaqah atau usrah. Seorang lagi kakak mengisi hati kami.Walaupun sekejap rasanya macam ada ruang buat diri nak koreksi diri,nak merawat hati sebab kadang-kadang tak sedar yang di 'dalam' itu lupa nak bagi santapan. Mungkin dapat kongsi sedikit.
Sedikit shotnotes :
#1 dalam aspek sebagai pelajar.Kenapa kita belajar?Kenapa ambil jurusan tu?Kenapa dan kenapa?
Adakah sebab...
"Ohh mak ayah saya suruh,jadi saya ikutlah"
" Nak buat macam mana dah dapat tawaran saya pergi je.."
atau...
"Sebab saya nampak peluang pekerjaan yang besar dalam bidang ni.."
Mana satu?Kak Mar (nama panggilan) menyebut satu ayat yang mungkin agak membuat kami agak kehairanan.Bunyinya begini :
"Cita-cita akak nak jadi suri rumah.."
Emm..dalam hati mesti ada yang tertanya
"Ehh dah tuuu kenapa belajar kat USIM ?"
"Aik..peliknya.."
atau...
"Emm..mesti ada sebab kenapa akak ni cakap macam tu.."
Apa yang saya dapat simpulkan sedikit ialah kak Mar kata kita sekarang belajar sebab apa?Jawapan biasa kita kerana Allah kan?Ya betul..tapi apa yang sebenarnya kita sepatutnya perlu dan perlu tahu kenapa sebenarnya..Kita belajar sebab kita suka belajar,nak belajar dan Islam menganjurkan kia menuntut ilmu.Hatta sehingga bekerja pun seharusnya kita mengakui kita masih belajar sebab ilmu yang kita dapat mungkin setitis sahaja.Dan ditekankan juga zaman sekarang walaupun kita belajar dalam pengkhususan tertentu lebih baik dan mungkin lebih ohsemmmm (baca : awesome) kita tahu dan kaji ilmu lain.Contohnya walaupun kita belajar dalam bidang bahasa apa salahnya kita memaksa diri,mengajak diri mengkaji sedikit ilmu dalam bidang sains.Berbalik pada cita-cita akak tersebut,apa yang jelas nak disampaikan sebenarnya tujuan kita menuntut ilmu tu.Akhir sekali,pesanannya untuk kami ialah ketika belajar cuba- dan cuba runtuhkan dinding yang jadi penghalang kita mencipta alasan itu dan ini lebih-lebih lagi semasa sedang belajar.
#2 The difference between ordinary person and extraordinary person is the 'EXTRA'
#3 Bersyukur di mana pun kita sebab Allah tahu dan tahu sebenarnya kenapa DIA meletakkan kita di sini atau di mana-mana pun.
Mungkin banyak lagi yang dapat tapi tak berapa ingat
Sebab tak mencatat sangat tadi *jangan ikut
Tapi jelas
Hari ni
Terdapat satu rasa yang menyesakkan diri
Rasa sedih ada
Rasa kecewa pun ada
Macam-macam ada
Jangan ditanya kenapa
Sebab jawabnya
Saya lupa
Saya leka
Saya lalai
Allah cuit saya
mungkin juga ketuk qalb saya
Walaupun dengan sedikit contengan di sini mengubat
Tapi mungkin Dia lebih tahu apa yang tersirat di 'dalam'
p/s: Doakan saya juga sahabat-sahabat saya dalam perjalanan menuntut ilmu ini mohon terus kuat!
notakaki: Terima kasih sudi singgah dan baca entri yang biasa-biasa sahaja :)
JUMU'AH
28092012
mejabatuKK1
Label: monolog, perkongsian, qalbu, ujian
2 comment(s)