POSTED ON Jumaat, Ogos 10, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah

sumber : google

Entri kali ni cuma nak berkongsi satu kisah daripada tiga kisah yang kita boleh ambil ibrah yakni pengajaran
credit diberikan kepada facebook syahirul.com yang memaparkan kisah ni. Jom baca bagi siapa yang tak pernah baca lagi.Takpe takpe panjang sikit jeee..Apa salahnya celik celik kan mata baca ni sat ^_~

   Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang.
 Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi:
1. Solat Dhuha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma.
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup. Sama-sama koreksi diri. -syahirul.com-


# Dulu almarhum pengetua saya pernah cakap masa tazkirah beliau di masjid , katanya :
"kalau nak kaya ; kaya jiwa kaya harta kaya iman kaya apa-apa je amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap         malam.."


PENUTUP  

“Bahagia itu dekat, ada pada setiap hati yang selalu bersyukur”

bersyukur 
selalu saya sebut dalam entri entri lalu
sebabnya
satu ni pun kadang-kadang tak lepas
Allahurabbi

ohh 10 malam teerakhir sedang berjalan merentasi kita
jom kejar kejar kejar apa yang masih ada!


p/s: post ringkas kali ini.

Benar atau tidak
Semoga peroleh ibrahnya
Salam ramadhan
Selamat mencari malam al-qadr
Moga ketemu keberkatan hidup juga :)




Label: ,


7 comment(s)
POSTED ON Isnin, Ogos 06, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah



worry
risau bimbang

pernah rasa?
ada masa apa yang kita buat betul
ada masa apa yang kita buat serba tak kena

kadang kadang dalam hidup
kita banyak melihat yang lebih pada orang lain
tanpa melihat
apa yang kita ada

mula rasa tak cukup
mula rasa tak bahagia
mula rasa risau
yang tersirat di situ
mula rasa TAK BERSYUKUR!

sudah cukup sudah
lirik lagu kumpulan apa tu namanya?
lupa lupa

sudah cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
daripada hati gelisah
nikmatNYA kau balas dengan dusta
(setelah berlaku sedikit ubah suai *google lirik sbb mmg tak ingat)

ini yang saya hadapi
mengaku kerana ini yang amat dikesalkan
saya berbicara dengan seorang sahabat tentang apa yang saya rasa
terlalu banyak berfikir apa yang tak perlu
melihat apa yang di seberang sana
hingga terlupa apa yang jelas di hujung kaki sini

mungkin sebab
banyak yang kosong
kosong dalam hati
kosong dalam jiwa

tak lagi seperti dulu
mungkin betul cakap sahabat itu
dah tak seperti dulu

sepertinya mudah bicara
tentang itu ini
berbanding melaksanakan
juga mempraktikkan

satu ayat melekat di sticky note desktop saya
tiap-tiap hari tengok,lihat,baca


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

namun bukan mudah dipahat dalam hati
dibukti dengan seluruh jasad

sudah separuh ramadhan berlalu
fasa pertama : rahmat dah berlalu
merenung kembali
apa yang saya dapat?
semua di atas ini yang terzahir

adil kah?
Dia beri ramadhan bukan dengan sengaja
bukan dengan sia-sia
perlu memaknakan ia
jangan keluar ramadhan ini dengan sia-sia!
rugi rugi rugi!
ruginya!
tembak pada diri sendiri!



PENUTUP

Jom berusaha jadikan :

madrasah ramdhan mendidik jiwa
madrasah ramadhan membajai hati
dengan rahmat,kemapunanNYA juga pelepasan dari api neraka

andai tersungkur
jangan terus biar rebah
yang tersisa itu masih ada
jangan dipersia!

satu nota kecil buat diri :
worrying will never change the outcome
do something!
yes, it is!
faith!
worry ends when faith begins.


kerana lebih mudah berkata berbanding melaksanakan apa yang diperkata!
moga ramadhan yang berbaki ini masih mampu digali dan dimaknakan.






P/S: mohon doa saya jangan mudah jatuh,kalau jatuh kena bangun Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us." We have to believe He does. 

#moga kita tergolong mereka yang memperoleh manfaat apabila keluar dari madrasah ramadhan dan mampu terus dan terussss sehingga ramadhan seterusnya.

wallahu'alam
terus cari cahaya itu
salam ramadhan kareem :)














Label: , , , ,


6 comment(s)
POSTED ON Jumaat, Julai 13, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah
alhamdulillah
dengan segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam




saya menggagahkan diri mencoret di sini
rindu rindu rindu nak berkongsi
apa yang nak kongsi kali ni
mungkin post yang agak biasa-biasa
random talk

saya sedang bercuti,4 bulan lebih kurang..ya sangat lama dan panjang..macam biasa akan ada timbul pertanyaan pertanyaan berbunyi begini :

"cuti nak buat apa?"
"nak kerja ke?"
"takda plan apa-apa ke?"

dari sehari ke sehari saya berfikir
saya nak buat apa?
kerja?
melancong?*tak mungkin
belajar?*cuti nak reehat jap..hee
saya merancang :
1-nak ambil lesen
2-kerja mungkin
3-join apa-apa program bermanfaat

tapi tapi tapi

Bukan semudah itu..ya saya bekerja..kerja apa?Teruskan bacaan yee..Sehari hari saya banyak berfikir merenung kembali apa yang saya buat..Apa yang saya dapat..Pekerjaan saya hari ini saya berbakti pada keluarga,emak abah kakak adik abang semua..Mungkin orang boleh kata "hang jadi housewife kaa?"..Ehh tak tak..mana boleh wife belum lagi..Senang cerita lebih kurang begitu..Saya menjaga anak buah di samping menjaga hal ehwal rumah..mungkin boleh dikatakan housewife yang belum jadi wife kott..Apa-apa pun saya cuba mengisi masa cuti yang ada sebaiknya..Saya sangat suka membaca..Yes reading..Apa sahaja..Novel,buku motivasi,majalah atau apa-apa jenis artikel..Saya tak tahu sejak bila saya suka membaca tapi saya rasa itu adalah hobi yang terbaik yang saya ada dan cuba kekalkannya sehingga anak cucu..ehh..

Bookstore.
My favourite place
Siapa siapa nak ajak shopping nak melaburkan duit 
Lebih baik bawa saya ke sini
Buku buku buku
Jangan sempitkan fikiran buku tu buku belajar je
Zaman teknologi sekarang semua pakat guna online
Tapi jangan lupa buku
Ulama ulama kita dahulu pun mengarang banyak kitab
Ilmu-ilmu yang dicatat berkekalan sampai kepada kita hari ini
Hatta dalam al-Quran ada menyebut bacalah!
Bacalah dgn nama Tuhanmu!

Nampak peri penting buku?atau lebih tepat untuk di highlight kan ialah MEMBACA.Dalam simpanan saya banyak buku yang dah dibeli tapi belum semua sempat dibaca..Hanya sempat dikumpul dan kadang-kadang semasa belajar saya curi-curi ambil masa baca buku-buku tersebut merehatkan minda setelah penat belajar..Cuti kali ini saya cuba menghadam buku-buku ini :-

1-Untukmu Wanita oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
2-Beduk di Ketuk oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Post kali ini mungkin lebih berkisar kepada apa yang saya baca dan apa yang saya alami.Buku pertama Untukmu Wanita..Buku yang menarik kerana menampilkan isu tentang wanita dan menggunakan kaedah soal jawab.Saya cuba menghadam apa yang disampaikan dalam buku ni lebih lebih saya ni wanita..Ohh apa pun jua term nya :wanita,perempuan,girl,anak dara,gadis mungkin lebih menyejukkan hati kita panggil muslimah lah yee..Bahagian pertama dalam buku ni berkisar tentang Wanita.Aurat dan Maruah..Seperti biasa isu yang kita bawa ialah tentang aurat pakaian muslimah yang sepatutnya.Tapi apa yang saya tertarik dalam buku ni satu bab mengenai wanita bekerja..Saya cuba jalinkan apa yang saya buat sehari hari di rumah..Nak kata housewife mungkin tak sangat tapi serba sedikit..Saya menyoroti setiap tulisan ustaz tentang wanita bekerja ni..Mungkin masih jauh untuk difikirkan kerana saya belum pun tamat belajar apatah lagi bekerja atau berkahwin..Saya cuba memandang dari sudut sisi saya tentang wanita bekerja atau menjadi surirumah mana lebih baik?Saya seorang yang suka memerhati kadang-kadang..Saya melihat emak saya,kakak saya,jiran saya,dan sesiapa sahaja yang mempunyai title seorang ibu dan bekerja..Begitu juga yang menjadi surirumah sepenuh masa.

memerhati
mengkaji
meneliti
mengamati
menginterpretasi
dan
mencoret di sini

         Saya lebih senang menyimpulkan apa yang saya dapat hasil pembacaan saya dan apa pula pandangan saya walaupun pandangan saya hanyalah sekadar pandangan dari seorang remaja berusia 19 tahun yang mungkin cukup pengalaman dan masih belum cukup ilmu di dada..Tapi tak mengapa saya cuba..Apa yang dicerahkan dalam isu wanita bekerja ni ialah islam tak pernah menghalang wanita bekerja tetapi terikat dengan syarat-syarat demi menjaga maruah sebagai wanita atau muslimah itu sendiri.Dalam sirah kita juga ada juga wanita bekerja pada zaman nabi.Ummu Atiyah contohnya  bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah,merawat lelaki yang cedera di medan peperangan di samping menyediakan makanan untuk pejuang-pejuang Islam.Ash-Shifa' binti Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita Islam membaca dan menulis ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup.Ini antara contoh-contoh wanita Islam pada zaman nabi yang bekerja yang diceritakan dalam buku ini.Semua ini nampak jelas Islam memang tidak pernah menghalang wanita keluar bekerja tetapi terikat dengan beberapa keperluan.Nak diceritakan mungkin agak panjang jadi saya mencadangkan anda beli buku ini yee..Belilah untuk adik-adik ke kakak-kakak ke..Untuk ummi tersayang pun boleh..
         Okeh kita berbalik kepada isu wanita bekerja ini..Kita lihat zaman sekarang wanita-wanita memang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bekerja seperti mana lelaki kan?Tetapi saya juga berpendapat menjadi surirumah juga merupakan satu pekerjaan yang lebih baik dan lebih terpuji.Ya mungkin kita kata kita wanita pun boleh berjaya bekerja!Saya setuju namun ada betulnya yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin dalam buku ini yakni standard dan 'silibus ' kejayaan lelaki dan wanita ini berbeza.Bagi saya bekerja pun boleh tetapi adakah segala tanggungjawab di rumah terjaga?Itu yang perlu difikirkan..Jika mahu bekerja lebih baik lah merancang terlebih dahulu agar semuanya berjalan baik dan lancar.Jangan nanti kerja di pejabat di uruskan di rumah terbengkalai!Namun apa yang hendak disampaikan sebenarnya fitrah wanita itu sendiri.Anak-anak mempunyai satu hubungan yang rapat dengan ibu sejak dari dalam kandungan lagi..Memetik apa yang disebut ustaz Zaharuddin dalam buku beliau ni,fitrah yang menuntut perhatian kepada anak-anak,suami dan rumahtangga.Inilah sebenarnya silibus kejayaan seorang wanita itu.Suami isteri boleh bekerja asalkan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak.Sentuhan terakhir saya kongsikan dalam buku ini :

"Menurut Syeikh Prof Dr Md Uqlah,tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia.Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pimpinan lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga dewasa."

Sehari-hari saya melakukan kerja yang sama di rumah
Faham kan?
Kadang-kadang saya sendiri hampir hilang kesabaran
Entah kenapa
Penat
Letih
Semuanya bercampur baur
Tapi satu hari
Entah kenapa saya berasa satu kepuasan
Ketenangan juga mungkin
Membantu meringankan beban emak saya
Membantu menguruskan rumah yang kadang kala emak saya pun tak sempat
Bukan saya tidak boleh bekerja mencari duit poket semasa cuti ni
Mereka benarkan saya
tetapi
Saya melihat ini salah satu cara saya berbakti
Sekian lama dulu emak saya yang menjaga mendidik kami
Entah macam mana dengan anak-anak yang 6 beradik ini
Emak yang bekerja menjaga kami

Terhenti segala rungutan yang hampir saja keluar dari hati
Ohh saya baru sedar
Baru sedikit yang dibuat sudah mahu begitu begini!
Saya mula terfikir
Bila lagi saya mahu berbakti pada mereka?
Mungkin esok lusa mereka tiada
Atau mungkin saya yang pergi dulu
Saya terjumpa satu status ini di facebook


"Kerap post pasal mak ayah tanda anak manja?

Ya,memang anak manja..

Kerana pada usia ni,tak tahu berapa lama lagi ALLAH bagi peluang pada kita untuk bersama,mengasihi dan merindui mereka..Saling mengingatkan siapa mak ayah buat kita..Supaya menguatkan usaha berbakti dan meraikan mereka..

Tiba-tiba angka menjadi sesuatu yang menakutkan..-Kak Izzah Izam-
"



Saya juga hari ini merenung
Apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup ini
Satu hari seorang kawan saya pernah berkata begini


"Saya ada satu impian.."


Saya tanya kembali "apa dia?"


"Saya nak jaga ummi abah saya sampai akhir hayat..doakan saya panjang umur.."


Saya hilang kata-kata


"insyaAllah..saya doakan.."




PENUTUP


KESABARAN YANG DICARI

      Apa yang sebenarnya saya nak sampaikan dalam post kali ni?Saya menyelusuri tugas seorang wanita atau seorang ibu lebih spesifik.Satu hari saya hampir hilang kesabaran dan seperti mahu marah diri sendiri.Kenapa?Mana pergi hilang sabar yang ada selama ini.Tunjangnya hati sendiri!Perlu koeksi hati!Melakukan semua kerja sama setiap hari kadang seorang diri menuntut komitmen yang besar dan kesabaran lebih lagi.Semalam melewati laman web saudara Hilal Asyraf mendekati satu entri terbaru..Motivasi: Di dalam Al-Kahfi, Tuhanmu Mendidik.ambil ibrah yang cuba dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan.Sungguh bukan mudah mendidik diri dengan sifat sabar.Memang mudah nak di sebut sabar,sabar,sabar!Hasilnya susah nak diekspreskan.Semoga kita belajar erti kesabaran dalam sehari-hari kerana tanpa kesabaran ibu ayah kita mendidik kita siapalah kita hari ini.Tanpa kesabaran baginda Rasulullah saw yang pernah dihina sendiri oleh bapa sauadara beliau ketika berdakwah mana mungkin kita dapat menyelami sinar cahaya Islam hari ini.Kerana apa jua dalam hidup ini menuntut kesabaran!

LEADERS ARE READERS.
WHEN YOU SOP READING,YOU STOP LEARNING,YOU STOP LEADING

      Berkongsi sedikit hasil pembacaan saya bertujuan berkongsi ilmu.Tapi saya juga mengharapkan agar dapat mengajak semua pembaca menyelami mengapa Allah memerintahkan dalam kalam suciNya iqra'!bacalah!Tak semestinya buku pelajaran yang biasa ditelaah jangan lupa juga bacaan yang lain.Zaman kita sekarang ada blog,tumblr dan website.Mungkin bagi mereka yang lebih senang membaca secara online ada banyak website yang bermanfaat yang boleh kita ambil ibrah dari hasil penulisan mereka.Masa masa dan masa sering jadi halangan kita membaca kan?siapa yang mempunyai kelapangan tiada masalah lah tapi mungkin bagi mereka yang mempunyai pelbagai komitmen nak curi masa memang payah.Tapi takpe mesti boleh dan boleh cari masa hatta 5 minit pun jadi lah..buka munda kita aktifkan neuron baca sesuatu artikel pun dah cukup kadang-kadang.Kadang-kadang membaca sudut pandang orang lain dalam menulis membuat kita berfikir lebih mendalam dan mengkaji sesuatu.Itulah yang kita nak!Fikir!Fikir dan zikir!

Apa yang saya coretkan hari ini sekadar renungan buat diri sendiri dan kita semua.
Berfikir
Merenung
Menjadi suatu kebiasaan saya kebelakangan ini

Kadang-kadang
melihat alam sekeliling
buat kita belajar sesuatu
mencari sesuatu di sebalik kejadian itu
mengkaji dan koreksi diri
menjadi lebih baik

Moga hasil coret di sini
mendidik jiwa saya sendiri
juga jiwa mereka yang lain
moga ia sampai ke hati walau sekelumit.

Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari ilmu bermanfaat yang berkekalan bekalan yang boleh dibawa ke 'sana' nanti.




# Belum cukup rasanya usaha mencoret berkongsi sebab ilmu dan apa yang hendak disampaikan itu bukan sekadar di alam maya.semoga suatu hari saya dapat mencoret kata meluncur dari bibir sendiri berkongsi mendidik jiwa-jiwa di luar sana.

p/s : alfatihah buat guru Bahasa Melayu kesayangan Pn Zubidah yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.Mengimbau lembut bicaranya dengan anak-anak murid sebak rasanya.Seperti baru semalam beliau mengajar dalam kelas 5 Ibnu Sina 2010 :"(


Wallahu'alam


















Label: , , , , , , ,


5 comment(s)