POSTED ON Isnin, Ogos 13, 2012 by Nuur Shahirah \\
bismillah



Post yang ringkas lagi pantas hari ini
Sebelum tu baca dulu yee apa yang Ustaz Zaharuddin cakap di atas

Ok dah?
Sekejap je kan?
Saya sengaja mengambil ruang kecil hari ini menulis entri ringkas sahaja
Biar ringkas tapi yang penting apa yang disampaikan itu dapat ambil isinya kan?

Tengok wayang?
Awak pernah tengok wayang?
Pergi cinema?
Ohh silap silap
Pergi panggung wayang?

Sejujurnya
Saya tak pernah tengok wayang di panggung wayang
Ya,seumur hidup ini
Tapi saya okay :)

Dulu saya pernah dengar antologi seperti ini

Kalau lah kan awak ada sebiji cupcake atau pun muffin
Sedaaaaaapppp sangat
Lepas tu mintak kakak awak buatkan
Tiba-tiba
Dia ambil sikit 'bijih timah' ayam di dalam reban belakang rumah
Lepas tu masuk dalam adunan kek tersebut?
Rasa-rasa nak tak?
Lepas tu kakak awak cakap macam ni
"Alaahhhh takpe..sikit je pun..bukan banyak pun letak.."
 Awak jawab
"Ehh mana bolehhh sikit pun tu kotor tuuu..taknak lah.."

Dapat pointnya?
Dapat kaitkan dengan gambar di atas?
Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah lebih kurang begini
Mungkin ramai yang biasa pergi panggung wayang tahu suasana di sana bagaimana
Ada yang datang bersama kawan
Ada yang datang bersama keluarga
Tapi!
Tak kurang juga yang datang bersama pasangan mereka ( istilahnya : couple )

Mungkin jugak boleh diibaratkan situasinya seperti peribahasa
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Nampak di mana nila nya itu?
Tenung dalam dalam apa yang tersirat di gambar atas
Boleh kan saya biarkan anda menghadam dan menyimpulkan apa yang saya nak sampaikan?

PENUTUP : TEPUK DADA TANYA IMAN

BukaN tak pernah niat di hati nak ke sana
Tapi mungkin sebab ini
Saya tak perlu tanya emak atau ayah untuk minta kebenaran
Kerana sudah memang jelas jawapannya

Moga Allah terus pelihara kita



#Saya berkongsi dengan ilmu yang sedikit di dada.
P/S : bagaimana misi memburu lailatul qadr?Semoga kita bertemunya :)

Allahu'alam

[nuurshahirah]
8.13am
24Ramadhan1433

Label: , ,


7 comment(s)