POSTED ON Rabu, Mei 11, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah diberi kesempatan mencoret sedikit sebanyak untuk perkongsian bersama
post kali ini hanya nak kongsikan dari sebuah buku yang ana baca tajuknya

30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali

inilah bukunya~
memandangkan buku ana baru baca sebahagian daripada buku ni hari ini ana kongsikan satu tajuk yang menarik yang telah ana baca iaitu Hindari Perasaan Marah..

Tajuk ini dimulakan dengan kata-kata yang berbunyi
      "Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.. "
                                                                                               - Imam Syafie -

     Kita pergi pula pada asal usul marah dah bahayanya..ana ambil point yang pertama iaitu asal usul pemarah itu..sifat pemrah ini berasal daripada sifat sombong atau ego..lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah amarahnya..cuba kita lihat kebanyakan orang yang ego amat susah dan payah untuk mengalah kan..kalau boleh nak menang dan menang..hal ini cuba dapat dikaitkan dengan kedudukan,besar pangkat dan banyak harta..lagi tinggi pangkat,harta dan kedudukan makin tinggilah egonya..*na'uzubillah

   Kenapa mesti marah?kadang-kadang kita marah sebab ada yang membuatkan kita marah dan adakalanya kita marah dengan diri sendiri juga kan..namun setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita.Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah..Apabila marah diturutkan,ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

macam mana nak atasi perasaan marah ni?huhu..saya tak tahu lah...

haa...dalam tajuk ni juga ada disenaraikan macam mana kita nak atasi perasaan marah ni..ana cuba senaraikan ye..

1- Mula-mula rasa malu dengan Allah dengan segala tindak tanduk kita..inila peranan hati kita merasa Allah sentiasa ada memerhatikan kita kan...

2- Apabila nak marah tu ingatlah kita ni hanya manusia yang hina..

3- Banyakkan berdiam diri dan berdoa pada Allah..ana kalau marah biasanya lebih selesa diamkan diri..dan lebih baik jika sedang berdiri duduklah..jika sedang duduk baringlah..kemudian istighfar dalam hati banyak-banyak..insyaAllah..

4- Ingat kesan bila kita marah..mungkian akan timbul permusuhan dan pergaduhan..mesti tak nak kan jadi macam tu..?

5- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita bila marah..kalu tak pernah tengok cuba tanya sapa yang pernah tengok..mesti tak nak marah dah bila tau kan..

6- Kalau marah tu dah memuncak ambillah wudhuk sebab wudhuk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara...

7- Tak dapat hilang jugak dengan cara di atas?tidurlah.biasanya bila tidur dapat meredakan perasaan marah..

8- Apabila kita bersalah,mesti kita tak suka orang marah kita kan?begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan..mereka juga tidak suka dimarahi..jadi,tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang..

Kesimpulannya..memang bukan senang kita nak hindari sifat marah ni kan?apa yang ana kongsikan ini mungkin dapat sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan marah itu..yang penting kita usaha kan?usaha nak hindar dan redakan marah itu..wallahu'alam..


*nota kaki : post kali ini banyak diambil dari buku ini dan ana hanya cuba sampaikan dalam bahasa yang mudah..moga kita semua dapat amalkan dan sampaikan ye!!


Label: , ,


4 comment(s)