POSTED ON Ahad, Mei 15, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah syukur masih lagi diberi nyawa 
masih lagi mampu bernafas
masih lagi mampu mencelik mata
masih lagi mampu mencoret di sini
asif jiddan *minta maaf sangat2 kerana tidak dapat membuat entri baru dalam 2 hari sebelum ni atas sebab:

1- dashboard blogger tidak dapat dibuka kerana sedang diservis mungkin
2- kesibukan menguruskan pelbagai perkara = USIM and etc..

ok post kali ini masih lagi nak menyentuh tentang marah..serba sedikit lagi ingin diesentuh juga mungkin buat pembaca setia yang mencadangkan *terima kasih daun keladi ye

kali ini ana nak kongsikan sebuah cerita juga dari buku 30 Wasiat Imam Syafie,..alkisahnya....~
 
     Pernah ditanya Anaf bin Qais,bagaimana dia dapat mengekalkan sifatnya yang lemah lembut.Ahnaf menjawab,"Aku belajar dengan Qais bin Asim.Pada suatu hari,sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.
     Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman, 'Aku bukan sahaj tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu'.Begitulah sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim," kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
     Bukan Qais tidak menyayangi anaknya,tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah daripada Allah.Jika dia bertindak memarahi hambanya,hakikatnya dia memarahi Allah.Dia reda dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.Tidak ada dalam kamus hidupnya perkataan kalau ataupun barangkali.Dia tidak merasakan dirinya 'tuan',kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah..Apabila sampai masanya,Allah pasti akan mengambil kembali.

      Lihat..sebegitu sekali sifat pemaaf yang ada pada diri Qais yang seterusnya dengan sifat pemaafnya itu dia dapat mengelakkan kemarahan..justeru bagi ana cara yang paling mudah untuk menghindari marah adalah dengan menjadikan diri kita ni seorang yang pemaaf..ya..bukan senang nak jadi pemaaf lebih-lebih lagi apa yang membuat kita marah itu sangat besar dan sukar dimaafkan..tetapi kita haruS belajar dan terus belajar untuk cuba menjadi pemaaf kepada orang lain dan juga kepada diri kita sendiri..perlu ingat jika kita membuat kesalahan pada Allah kita dapat meminta maaf dengan erti kata lain memohon keampunan..tetapi dengan manusia kita perlu meminta maaf..hal ini sangat penting sebelum kita meninggalkan dunia..cuba bayangkan jika kita tidak memaafkan sesorang itu di dunia..tidakkah nanti orang tersebut terpaksa mencari kita di padang mahsyar nanti?mudah kah nak mencari kita apabila kita di  sana yang dipenuhi dengan semua manusia?jadi,bukankah lebih baik kita maafkan sahaja di dunia ini moga tenang saat perhitungan di padang mahsyar nanti..letak tepi marah itu dan maafkanlah..buang yang keruh ambil yang jernih..

sedikit perkongsian lagi untuk diambil iktibar bersama :

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.


Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.




Akhir kalam ingatlah orang yang gagah itu bukanlah kerana ia mampu menjatuhkan lawannya tetapi dia mampu menahan diri dari kemarahannya..

wallahu'alam~


Label: , ,


2 comment(s)