POSTED ON Jumaat, Mei 06, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirahmirrahim...

entah kenapa kebelakangan ni banyak yang difikirkan
macam-macam
hendak dicerita tak tahu pada siapa
Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa

kenapa aku rasa macam ni
Allah.......
astaghfirullah...
astaghfirullah...
ya Allah..
aku tak tahu ke mana lagi aku nak mengadu
engkau mengetahui segala-galanya
bantu aku ya Allah
aku tak nak aku jadi lemah
aku tak mahu jadi sedih
biarlah aku lemah hanya sebagai seorang hamba di hadapanMu..
biarlah aku sedih kerana mungkin aku terlalu jauh dariMu


tapi...
jangan biar aku lemah kerana sesuatu yang tidak pasti
jangan biar aku goyah kerana sesuatu yang sia-sia
jangan lah aku sedih kerana nikmat dunia yang tiada nilai di sisiMu


Ya Allah..
damaikan hati ini
tenangkan jiwa ini
bersihkan hati dan jiwa ini
yang mungkin selama ini tersasar dariMu


biarlah dia menyepi
biarlah dia pergi
tapi...
jangan Kau ya Rabbi tinggalkan aku 
terkapai-kapai...
hilang arah..
aku tahu Kau tak pernah meninggalkan hamba-hambaMu
mungkin aku yang lupa padaMu


Allahumma ya muqallibal qulub...
Engkau tahu segala-galanya
coretan ini hanya sebahagian
tapi Engkau tahu lebih dari itu ya Rabbi..
aku memohon padaMu
berilah aku kekuatan
berilah aku keyakinan
yang teguh
yang jitu
pada semua janji-janjiMu
Allahurabbi...





biarlah titisan air mata ini keranaMu
terima kasih ya Allah
kerana memberi rasa ini
agar aku kembali meraih cintaMu
agar aku senantiasa mengingatiMu
alhamdulillah...~


*nota kaki : asif sekali lagi entri yang biasa-biasa..hanya luahan dan monolog yang berlegar-legar di fikiran..



yang mencari ,

Label: ,


0 comment(s)