POSTED ON Ahad, Mac 02, 2014 by Nuur Shahirah \\
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
-Fynn Jamal-
***
lirik yang menyentuh jiwa
kasih ibu tiada penghujung
Label: lyrics
0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Februari 18, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Kira sebulan yang lepas
"Mak, adik tak dapat lah permohonan PIDN JPA tu. Huhu."
"Emm takpelah takda rezeki."
Agak mengecewakan. Syarat-syarat dah cukup rasanya. Mungkin betul takda rezeki. Rasa sedih jugak sebab memang hundred percent tanggung sendiri. Emak dah memang tak bagi anak-anak dia pinjam PTPTN dah. Cukuplah kakak dulu jenuh jugak nak bayaq.
***
"Eh Nuur, cuba cek balik JPA sebab boleh cek balik kot dapat."
"Aik macam mana boleh jadi macam tu?"
"Ooo sebab ada yang tolak. Tu ada pengisian baru."
Try try try cek.
Alhamdulillah berjaya.
Rezeki.
sungguh satu je yang dapat dari apa yang jadi
Satu pintu maksiat yang Allah tutup dan jauhkan aku darinya
Satu pintu rezeki Allah buka
Yang meringankan beban emak
Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah
Allah Maha Adil
Maka, nikmat Tuhanmu mana lagi yang kau dustakan?
Tiada ya Allah.
Allahumma ajirni fi musibati
Wa akhlif li khairan minha
Sungguh digantikan dengan yang lebih baik
Dengan jalan yang lain
0 comment(s)
POSTED ON Ahad, Februari 16, 2014 by Nuur Shahirah \\
hari ini aku menyelusuri kisah Ahmad Ammar
seorang pemuda yang teguh di jalan dakwah
seorang pemuda yang dipanggil awal
yang mana syahidnya dicemburui
tak sedar air mata mengalir
siapa dia ya?
tak pernah kenal apatah lagi bersua
tapi kepergiannya menyentuh sanubari
semangatnya meruntun jiwa
keteguhan peribadinya merobek hati
bukan sebab salahnya dia pergi
tapi sebab kerdilnya diri sendiri
sama ya umur kita ammar
tapi pergimu membangkitkan ummah
perginya aku macam mana ya nanti?
hidup yang selama ini banyak tersia
sedang hidupmu dihabisi dengan perjuangan
syurga sedang menanti
apa lagi yang kau rugi atas perjuangan itu?
tiada rugi walau sebezar zarah
sungguh andai aku tak mampu jadi sepertimu
aku mohon pada Allah aku mampu mendidik rijal kecil dari zuriatku
mewarisi kamu wahai ammar
Allah
tingginya cita-cita aku Ammar
bukanlah menyanjungmu tapi
menelusuri kisah hidupmu itu membangunkan hati
menenteramkan jiwa
menghalusi peribadi indah
al-fateh dalam dirimu
Allahumma yassir wa la tu'assir
Moga Allah mudahkan aku
***
dengan cinta Ahmad Ammar pada perjuangan dia pergipergi yang membangkitkan ummahlalu dengan cinta apa yang kita bawa untuk membangunkan ummah?malulah jika cinta manusia yang penuh noda itu kita bawakononnya menjunjung mahu membangkitkan ummahalangkah ruginya usia!_nuurshahirah
Label: ibrah
0 comment(s)


