POSTED ON Ahad, Februari 16, 2014 by Nuur Shahirah \\


hari ini aku menyelusuri kisah Ahmad Ammar
seorang pemuda yang teguh di jalan dakwah 
seorang pemuda yang dipanggil awal

yang mana syahidnya dicemburui
tak sedar air mata mengalir

siapa dia ya?
tak pernah kenal apatah lagi bersua
tapi kepergiannya menyentuh sanubari
semangatnya meruntun jiwa
keteguhan peribadinya merobek hati

bukan sebab salahnya dia pergi
tapi sebab kerdilnya diri sendiri

sama ya umur kita ammar
tapi pergimu membangkitkan ummah
perginya aku macam mana ya nanti?

hidup yang selama ini banyak tersia
sedang hidupmu dihabisi dengan perjuangan

syurga sedang menanti
apa lagi yang kau rugi atas perjuangan itu?
tiada rugi walau sebezar zarah

sungguh andai aku tak mampu jadi sepertimu
aku mohon pada Allah aku mampu mendidik rijal kecil dari zuriatku 
mewarisi kamu wahai ammar

Allah
tingginya cita-cita aku Ammar

bukanlah menyanjungmu tapi
menelusuri kisah hidupmu itu membangunkan hati
menenteramkan jiwa
menghalusi peribadi indah
al-fateh dalam dirimu

Allahumma yassir wa la tu'assir
Moga Allah mudahkan aku

***
dengan cinta Ahmad Ammar pada perjuangan dia pergi
pergi yang membangkitkan ummah
lalu dengan cinta apa yang kita bawa untuk membangunkan ummah?
malulah jika cinta manusia yang penuh noda itu kita bawa
kononnya menjunjung mahu membangkitkan ummah
alangkah ruginya usia!
                                                                _nuurshahirah


Label:


0 comment(s)