POSTED ON Ahad, Oktober 05, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.
"Boleh jadi apa kamu suka itu bukanlah yang terbaik buat kamu, boleh jadi juga apa yang kamu tidak suka itulah yang terbaik buat kamu."
Satu ayat satu frasa yang selalu dengar selalu tatap. Kalam dari kalamullah.
Imbas masa lalu. Hampir setahun ditimpa satu ujian. Nak cerita payah sebab benda lalu yang memang kalau boleh takmau dah cerita. Cerita macam mana kita dikhianati sampai rasa payahnya ya Allah nak hadapi. Mungkin bagi orang lain macam sikit, tapi kalau kita nak banding beza ujian setiap orang berbeza Allah bagi. Sebab kita masing-masig ada kemampuan tersendiri. Saya mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tahap saya betul-betul redha. Menangis dah bercerita dah. Masa tu tak nampak satu hikmah pun. Walaupun mak duk cakap "takpe takpe ada sebab Allah tunjuk", dalam hati Allah je yang tahu macam mana sakit.
Hari demi hari berlalu, teruskan hidup macam biasa. Doa tak putus-putus.
Satu hari, Allah betul-betul tunjuk. Bukan nak terlalu yakin, tapi why not kita yakin yang Allah tunjukkan hikmah pada masa dan waktu yang tepat? Bersangka baik kan lebih baik?
Alhamdulillah, Allah tunjukkan hikmah yang manis. Sampai ke harini saya berusaha untuk cuba bersangka baik atas hikmah ini moga-moga dengan usaha dan pertolongan dariNya semuanya dimudahkan. Allahu musta'an.
Beberapa hari yang lepas, saya menghadapi satu situasi yang rasanya macam tak sedap hati. Duk terfikir-fikir. Dan dengan izinNya lagi, Allah tunjuk lagi satu hikmah atas satu kejadian yang dalam sekelip mata berlaku. Tapi hikmah kali ini Allah bagi dengan cara yang pahit sungguh rasa nak telan. Bagi orang lain mungkin nampak sikit sangat, tapi hasil daripada refleksi saya sendiri, Ya Allah ini rupanya teguran yang Kau bagi. Silap aku dekat sini , sana. Lompong sana sini. Baru hari ini saya tenang tak lagi sedih tak tentu pasal.
Kalau nak cerita banyak sangat hikmah yang Allah tunjuk. Dari dulu sampai sekarang. Yang pasti, kena tanam dalam diri selalu takda benda yang lari daripada hikmah. Boleh jadi ianya teguran dariNya atas dosa-dosa kita. Bersyukur itu selayaknya lebih tinggi daripada sedih bilamana ditimpa musibah. Bersyukur Allah masih sayangkan kita sebab Dia tunjuk sekarang bukan di 'sana' nanti.
Nilai pengorbanan rasa sakit, pahit atau apa sahaja mungkin bernilai bila kita sedar bahawa cantiknya perancangan Allah.
Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Moga kita semua terus beristiqamah bersangka baik dengan Pencipta kita dan semoga mata hati kita mampu melihat di sebalik musibah atau apa jua ujian yang datang dalam hidup. Walaupun sebesar zarah.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H.
Nuur
2210
Semenyih
Label: ibrah, perkongsian
2 comment(s)