POSTED ON Khamis, Julai 10, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Menghadapi kehilangan seseorang yang tersayang buat selama-lamanya bukan suatu benda yang mudah. 7 tahun yang lalu ayah pergi. Kemudian dalam fatrah imtihan yang lepas seorang sahabat pergi. Ya, saya move on meneruskan hidup. Cuma setiap kali saya teringatkan kembali bagaimana perasaan yang saya hadapi bilaman kehilangan mereka, saya selalu dan selalu terfikirkan satu soalan. Ia datang bila saya teringat lebih kurang macam ni,
"Emm haritu sedihnya rasa hilang dia. Dah tak jumpa dah. Sekarang dah teruskan hidup. Tapi rasa macam lupakan diorang. Macam mana agaknya rasa mereka tahu kita macam lupakan mereka ya? Sedih tak."
Hmm dialog ni sangat bertentangan dengan konsep "Teruskan hidup, yang pergi tetap pergi."
Tapi apa yang cuba saya fikirkan ialah bagaimana agaknya saya nanti bila pergi? Adakah mereka yang masih hidup ini akan masih ingat saya?
Jawapannya saya jumpa dari kata-kata ustaz saya masa beliau mengajar saya Bahasa Arab Tinggi semasa tahun 2010.
"Ada sebab Allah bagi kita lupa. Kita lupa kesedihan kita. Contohnya ada orang meninggal kita sedih sangat. Tapi lama lepas tu kita jadi lupa kesedihan kita. Tapi tetap ada dalam memori. Kalau kita sentiasa dalam kesedihan susah jugak, jadi sebab itulah Allah jadikan kita lupa KADANG-KADANG. "
Betul kan? Tiap kali kita imbau balik mesti ada dalam memori. Bukan bermakna kita lupa selama-lamanya. Entri ini saya tulis dengan sebab satu hari saya membelek-belek satu satu fail, terjumpa salinan kak pengenalan arwah ayah. Ramdahan yang kali kelapan tanpa beliau saya sudah akur dengan takdir Allah ini. Saya mengimbau kembali saat beliau masih ada. And i'm missing him. Missing his voice, his face, all about him. Susah dan senang beliau saat dulu kami bukanlah kaya tapi hidup dalam kesederhanaan yang kadang juga susah. Teringat semasa beliau berulang alik naik KTM sebab motor rosak. Berulang alik dari KTM Kajang ke KLCC. Ada satu hari pulang lewat malam menjinjing seplastik bungkusan nasi goreng kampung buat kami. Baru hari ini saya ingat betapa susahnya beliau dulu mencari rezeki. Hakikatnya menulis entri ini adalah salah satu cara saya mengingati beliau. Kadang rasa menyesal tak mampu kenal lebih lama ayah sendiri sebab dia pergi dulu. 3 hari terakhir mampu lihat beliau banyak berdiam diri tanpa mengetahui beliau akan dipanggil secepat itu. Tapi, hikmahnya Allah tetap tunjukkan hingga hari ini. Semoga tenang di sana ayah. 24 hb Julai ni ayah sepatutnya dah 58 tahun. Takpa Allah lagi sayangkan ayah. Walaupun ayah dah takda adik cuba jadi anak yang baik supaya ayah tenang di sana. Doa sentiasa mengiringi ayah.
Juga doa buat sahabat, Nur Aisyah Mohd Noor semoga berbahagia di sana.
Paling tidak lupa buat saudara kita di Syria, Gaza, Rohingya dan di mana pun mereka.
Air mata tumpah lagi malam ini. Allah.
Nuur Shahirah binti Md Saad
0036
Semenyih
2 comment(s)