POSTED ON Jumaat, Jun 20, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Rasa macam baru semalam dia datang rumah, tegur saya dekat meja masa tengah study.

"Study apa tu Nuur? Rajinnya.."

"Taklah taktau nak study apa ni. Tengok past year questions jap. Hehe."

Lepas tu dia naik study dengan kawan dekat atas. Malam lewat sikit turun nak balik rumah dia semula. Sempat sembang-sembang lagi dia cerita tentang rumah dia. Dekat je dengan lorong rumah kami cuma kami belum sempat singgah jenguk. 

"Aisyah haritu first time cuba kusyen siap boleh jadi katil tu, tekejut Aisyah nak terjatuh masa mula-mula cuba."

Satu rumah ketawa sebab dengar dia cerita. Seronok. Alahai kawan sorang ni.

Sebelum tu lagi kadang duk sebelah dia masa kuliah walaupun jarang-jarang. Ada sekali dia duduk sebelah. Ceritakan masalah dia sambil bagi nasihat sama dekat kawan lagi sorang.

"Aisyah apa-apa mak aisyah memang dari dulu ajar Aisyah berdikari. Nak buat apa-apa kena sendiri kena belajar buat sendiri."

Kalau masa sama kumpulan kena buat assignment ke apa.

"Nuur bahagikan je semua nanti bagitau Aisyah eh. Minta maaf lah Aisyah sibuk sikit."

Ya, dia memang seorang yang sibuk. Siapa sangka dia yang perilakunya lembut, tutur katanya sopan itu tegas dalam memimpin. Aktif dalam ULPM USIM. Sibuk-sibuk dia pun dia boleh handle semua dengan baik. Tenang je. Masalah? Siapa kat dunia ni takda masalah? Cuba bagitau.

Pagi Rabu itu, kami ada exam satu kertas iaitu Computational Technique in Mathematics. Saya keluar agak awal lebih kurang sejam setengah lepas mula exam. Sejurus keluar tu kelihatan dia pulak keluar. Tapi saya hanya mampu lihat dia dari belakang masa dia sibuk kemas beg nak balik agaknya. Terdetik dalam hati,

"Eh tudung pink tu lah dia pakai. Lama tak nampak dia pakai."

Dalam hati tak terniat pun nak tegur sebab nampak macam dia nak cepat. Rasa terkilan pun ada. Hmm. Tapi takpelah ada hikmahnya Allah susun begitu. Walaupun taklah serapat mana tapi perkenalan sejak dari tamhidi lagi, sampai lah sekarang siapa yang tak terasa kan? Sebelum ni kita nampak dia datang kelas balik kelas bawak motor, bekerja dalam satu kumpulan, belajar sama-sama masa nak exam dakwah semester lepas kan. Siap berkampung lagi dekat rumah kami. Allah. Macam mimpi. Sampai pagi ini terbayang-bayang wajah terakhir dia. Tenang seperti sedang tidur. Rasa macam baru je dengar dia cerita pasal rumah dia semua. Pasal anak saudara dia. Pasal sahabat dia kadang. Walau tak selalu sekurangnya dia pernah berkongsi. Dari tutur bicara nampak jelas tenang dalam hadapi apa pun. 

Saya menghadapi satu situasi yang seolah sama seperti 7 tahun lepas. Kehilangan ayah bukan senang. Seorang sahabat apatah lagi. Dia bukan ahli keluarga tapi dia umpama keluarga dah rasa. Sungguhlah betul lah kata-kata

"Orang baik ni kita rasa Allah ambik cepat je sebab kita ni tak puas rasa kebaikan yang dia lakukan."

Fatrah imtihan kali ini Allah datang kan imtihan yang sebenar dalam hidup. Imtihan yang betul menguji sejauh mana sabar sejauh mana hati kuat bergantung padaNYA. Juga satu peringatan yang paling dekat sekali. Cukuplah mati sebagai peringatan. Pengakhiran yang baik itulah yang kita mahu dan saya rasa dia memperolehnya. Moga Allah memberkati segala kebaikan yang dilakukan Aisyah di dunia, dan semoga tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Walaupun belum sempat bertemu Ramadhan, pasti dan pasti Syaaban kali ini penuh barakah dariNya. Siapa tahu apa yang tersembunyi di sebalik apa yang tejadi. Hikmah yang kadang bukan sekarang kita nampak tapi akan datang. Semalam saya berhenti rehat sekejap masa belajar terus teringatkan dia, jatuh lagi air mata. Ya, masa akan sembuhkan rasa pedih kehilangan ini dan akan terus simpan rapi dalam memori terindah. Saya kuatkan diri dengan berkata

I have been through this moment before and it is always a good reason from Him. 
Sabar dan tabah itu jelasnya lebih sukar dari menyebutnya. 
Always back to the basic-- Our Creator. :')


"Why do people have to leave each other?"
"Because this life is not perfect: for if it was, what would next be called?"
"Once something is lost, does it return?"
"The answer is yes. It returns. Sometimes here, sometimes there, sometimes in a different, better form. But the greates gift lies beneath the taking and returning. Allah tells us: 

"Say, 'In the bounty of Allah and in His mercy- in that let them rejoice; it is better than what they hoard.'"[Surah Yunus: 58]
                                                                                           -Snippet from Reclaim Your Heart


Al-fatihah buat sahabat Nur Aisyah binti Mohd Noor [1993-2014]


Sungguh berat ujianMu namun pasti lagi berat hikmah yang akan Kau turunkan.
Kuatkan kami ya Allah menghadapi semua ini. 3 subjek berbaki meskipun Aisyah tak sempat duduki, akan kami teruskan perjuangan di sini dengan semangatmu Aisyah. Mudah-mudahan Allah memberkati.


{nuur}
0744
200614
Acacia Park.


Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, Jun 10, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Sedang melalui fatrah imtihan yakni final exam.

Fatrah yang bukan sahaja imtihan atas kertas
Malah hadir juga imtihan dariNya

Yang kali ini serah padaNya.
Bukan lagi bergantung pada apa kemahuan diri

Kerana tak mahu sejarah berulang lagi.
Moga Allah mudahkan jika termaktub.


"Jaga agama, jaga solat dengan jaga al-quran. Cukup dah. Yang lain Allah akan bagi."

"Kalau macam tu doa lah Allah izin, ada."

p/s: Doakan urusan kami final exam kali ini dipermudahkan. Berkat Syaa'ban ini.

Allahumma barik lana fi rejab wa syaaban, wa ballighna ramadhan.

{nuur shahirah}
2128
Acacia Park.

Label: ,


0 comment(s)