POSTED ON Rabu, Mac 26, 2014 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.

Spontaneous Wednesday. Selalunya hari rabu biasalah kelas sampai tengahari je. Sebabnya biasa student Tahun 1 ada aktiviti kokurikulum jadinya memang petang macam ni boleh rehat. Dan kebiasaanya hari macam ni agak tenang sebab biasa pagi ada lab je atau pun satu je kelas. Tiba-tiba petang ni rasa nak update sesuatu dekat sini. Tak sikit tak banyak. Tapi cuma nak ekpresikan sesuatu. Boleh jadi manfaat boleh jadi biasa je mungkin. Pertamanya, sejujurnya bila terasa nak update blog ni ialah apabila baru sedar diri yang dah memang lama tak muhasabah. Recheck. Banyak benda lah terkontang kanting. Tapi tapi alhamdulillah Allah bagi jugak hidayah nak recheck balik semua benda. Muhasabah diri sendiri. Apa yang berlaku di sekeliling. Bukan tengok diri sendiri je tapi kita tengok apa yang kita boleh ambil dari orang lain, hatta dari sekecil-kecil benda. Kalau betul kita tengok lihat dengan mata hati mesti nampak apa yang tersirat. 

Satu.
Ini satu kisah cliche. Dengar berita kematian. Sana sini. Tapi sedar tak sedar kita sebenarnya tak ingat pun mati sebenarnya melainkan berita itu datang dari orang terdekat. Contohnya kawan kita, keluarga kita atau saudara kita. Satu pagi, bangun nak solat subuh macam biasa. Tutup alarm tengok handphone jam berapa. Tup tup dapat mesej.

"Assalam, abang A dah meninggal dunia."

Terus bukak mata bangun. Kejut kawan sebelah. Allah. Ini ujian berat. Berat bagi seorang sahabat serumah saya. Walaupun ianya bukan abang saya dan tak kenal pun sungguh ujian itu sangat berat. Sebabnya saya jadi teringat tatkala saya kehilangan ayah 7 tahun yang lalu. Bukan mudah bukan senang. Mengingatkan kembali kita takkan jumpa lagi orang yang kita sayang, yang jaga kita dari kecil. Yang kita mampu lihat barang-barangnya, pakaiannya tapi jasadnya dah pergi. Sungguh selepas ambil wudhuk saya tertunduk sayu lama menangis. Dan lama juga berteleku. Menegmbalikan memori 7 tahun lalu. Kermudian pagi itu pergi ke Konvensyen PERINTIS di kampus. Melihat susuk tubuh seorang panel yang hadir berpakaian baju melayu warna hijau turquiose. Dan sekali lagi entah kenapa teringatkan lagi ayah. Membayang kembali susuk tubuhnya, suaranya tapi tak tercapai! Bukan melupakan tapi payah mengingatkan kembali apa yang hilang. Seminggu sebelum itu lagi semasa dalam bas selepas kelas, teringatkan lagi. Terbayang bagaimana agaknya dia rasa andai hari ini dia melihat anak-anaknya ke menara gading, berjaya menamatkan pelajaran dan sebagainya. Yang pergi tetap pergi kan? Satu malam bersembang dengan mak sambil menangis sebab teringatkan 7 tahun lalu, terkenangkan si ayah. Satu je mak kata,

 "Sabar banyak-banyak."

Cukuplah mati sebagai peringatan.

Dua.
Berita yang lebih mengejutkan setelah kapal terbang milik MAS hilang selama lebih dua minggu. Satu berita yang pasti kita tak mahu dengar. Satu kehilangan yang tak sanggup kita hadapi. Walaupun bukan lah yang terlibat itu saudara kita. Ini atas dasar kemanusiaan. Naluri seorang manusia. Bila kehilangan sebegitu yang tak dijangka. Baru malam sebelum itu sembang dengan mak ada selitkan pasal ni. Katanya,

 "Allah nak tengok sejauh mana kita dekat dengan Dia. Bila jadi macam tu baru kita doa kembali dekat Dia. Dengan rasa yang lebih dekat dari biasa dengan sebab kita mengharap."

Bagi saya, walaupun ianya belum ada bukti kukuh namun hentikanlah spekulasi apa sahaja. Teruskan berdoa semoga urusan pihak SAR dimudahkan. Allah Maha Mengetahui. Kita kembali pada yang asas. Yang tersurat dan tersirat ada dalam pengetahuanNya. Hormati perasaan keluarga mangsa atas kehilangan ini. Ini satu masa untuk kita kembali bermuhasabah atas apa yang terjadi. Bukan menuding jari membuat spekulasi tanpa teori dan asas. Seorang pensyarah saya yang juga seorang pakar forensik ada menyebut dan mengulas isu ini. Tapi di akhirnya dia jelas mengatakan, "Apa-apa pun ini takdir."

Kita bukan menyerah pada takdir tapi itulah yang sepatutnya kita percaya pada asasnya. Pencarian akan terus dijalankan bukan? Bagi saya cukuplah sekadar berita itu yang sememangnya pahit untuk diterima tapi sekurangnya pihak keluarga tidak lagi menunggu tanpa sebarang berita. Ini kesudahan atau tidak kita tidak tahu. Yang penting ambillah pengajaran atas apa yang terjadi. Masing-masing punya pendirian dan pendapat masing-masing cuma letaklah diri kita di tempat mereka yang kehilangan itu. Dan cuba hentikan cerita-cerita tentang mimpi si fulan si fulanah. Bukan cara terbaik bagi seorang individu muslim itu terus menerus percaya pada mimpi tanpa asas. 

Still, the message is: La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. 

Banyak lagi isu yang timbul dari isu ini. Belum masuk lagi isu negara luar yang mengecam kita, isu yang bakal pihak MAS hadapi dan banyak lagi.

Tapi yang penting to get the point is; Allah sedang menguji kita.

Tiga.
Ini point yang sepatutnya diangkat dan di ambil perhatian. Ini isu dunia juga isu keamanan, keadilan. Yang penting ini isu ummah! Bilamana berita 529 ahli Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati apakah mesej yang disampaikan? 




Sedikit untuk hari ini. Moga bermanfaat.

nuurshahirah \\ nilai \\ 260314 \\ 1820

Label:


0 comment(s)