POSTED ON Jumaat, Jun 14, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Nahh.
Sikit nak share pasal Surah al-Kahfi.
Alang-alang hari ni hari Jumaat kan.
Hari Jumaat digalakkan baca surah al-Kahfi.
Jadi cer tengok sikit apa yang terkandung dalam surah ni.
Tadabbur sikit.
Kalau rajin bukak la tafsir sambil-sambil tu kann.
Haa baru la comey.

Lagi satu sunat pada hari Jumaat.
Selawat ke atas Nabi kita Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam
Dulu pernah jugak dengar orang duk sebut-sebut pasal ni.
Tapi macam endah tak endah.
Maksudnya macam taklah ambik berat sangat. *ohh teruknya rasa*
Tapi satu hari tu

Kelas terakhir Bahasa Arab dengan Ustaz Izuan
Ustaz ada bagi beberapa pesan.
Macam wasiat pun ada.
Maksudnya bekal lah.
Bekalan hidup.

Ada beberapa hadis.
Kemudian Ustaz tanya.

Cuba kamu bayangkan, di akhirat nanti katakanlah timbangan amalan kita tak cukup untuk masuk syurga. Apa yang kita nak buat?Kita nak cari apa lagi? Cari siapa?

senyap satu kelas
takda jawapan


Satu je yang boleh membantu kita. Syafaat Nabi. Baginda je yang dapat bantu. Tapi macam mana nak dapatkan syafaat? Salah satunya banyakkan berselawat. Terutamanya pada hari Jumaat.
Jangan lupa Nabi. Ingat Nabi banyak-banyak.

See.
Bila kita fikir-fikir balik.
Betul kan?
Tuaiannya di sana nanti.

Dalam duduk diam-diam duk mengelamun ke apa. 
Haa cuba selawat sikit.
Eh banyak la!
Baru awesome!


Hati pun tenang.
Urusan pun dipermudahkan.
InsyaAllah.


Allahu'alam.

p/s: Alhamdulillah, setakat ni imtihan berjalan dengan baik. Terasa dipermudahkan. Sikit-sikit tu biasalah kan? Tiada yang sempurna melainkan Allah. Yang penting usaha, doa dan tawakal. :)

psst.
Doakan jugak ye ada lagi dua exam. 
Allahumma yassir wa la tu'assir.
Rabbi tammim bil kheir.

Sollu 'alan Nabi.


{ Nuur Shahirah binti Md Saad }






0 comment(s)