POSTED ON Jumaat, April 05, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah



Melihat si kecik ceria tanpa ada masalah
Senyum
Ketawa
Berlari-lari
Berkejaran sana-sini

Menangis ada juga
Tapi seminit dua je
Dah tenang main lagi.

Indah bukan?

Fasa hidup kita berlalu melangkaui masa.
Fasa di dalam rahim ibu
Kemudian fasa melihat dunia
Berlalu lagi
Fasa membesar

Zaman kanak-kanak
Semuanya seolah indah belaka
Jatuh bangun
Jatuh bangun
Jatuh bangun

Tapi pelik kan?
Bila dah besar
Bukan semudah itu
Untuk bangun selepas jatuh
Untuk ketawa selepas menangis
Juga tertawa ceria selepas teresak-esak

Orang kata
" Yela dulu kita kecik-kecik mana ada pikiaq apa-apa."
" Dulu kita budak-budak tak matang. Tu pasai la. "

Betul betul betul
Semua betul benar sahih belaka.

Persoalannya
Ada ke tak dunia yang indah belaka itu lagi saat kita sudah membesar sekarang?
Saat masing-masing sudah sibuk
Masalah itu ini datang
Senang cerita
Bermacam liku lah

Tapi
Dunia indah itu tetap ada
Senyum tawa itu masih kekal
Berlari-lari berkejaran juga ada masanya menjadi aktiviti
Tangis tawa juga tak lupa

Tapi senyum tawa kita itu biarlah bersama mereka yang lain
Senyum tawa berjaya bersama sahabat-sahabat selepas berjuang di medan ilmu
Berlari-lari berkejaran mengejar masa 
Semuanya bersama tanggungjawab
Bukan mudah
Juga bukan susah
Andai ada Dia
Di jalan ini.

Indahnya pasti ada terselit.

***
[ selingan ]
Cerita satu.

Watak.
Aina: Si kakak sepupu.
Alia : Si kecik 4 tahun.

Aina sedang bercakap dengan Alia dalam telefon.

Aina : Alia! Ainaa belikan baju untuk Alia!
Alia  : Okay babai.
Aina  : Eh kejap lah. Aina belikan warna hijau dengan biru!
Alia  : Okay. Babai.
Aina : (-_-)"

Cerita dua.

Aina  : Aina tak boleh tidur sini tau malam ni. Nanti ayah Alia menangis.
Alia   : Alaaa takpe tak punya.
Aina  : Nanti ayah Alia dapat baby baru macam mana? 
Alia   : Taklah! Mama Alia tak mengandung!
Aina  : Eh tahu pulak dia. ( -_-)"


Cerita tiga.

Di taman.

Aina tengok bintang.

Aina : Eee cantiknya bintang tu. *sambil mendongak*
Alia  : Haah laa cantik. Aina tahu tak macam mana nak ambik bintang tu?
Aina : Erk. Aina tak tahu lah. Adoi. Nak buat apa ambik?
Alia  : Nak bawak tunjuk kat kawan lah. Cantik. Kalau guna pancing sampai tak?
Aina : (-_-)"


Mereka si kecik punya banyak cerita.
Punya banyak imaginasi.
Punya banyak persoalan ditanya.

Sedang belajar mengenal erti hidup.
Seperti kita dulu.
Dan kini.

Terhibur.
Alangkah indahnya hidup mereka.
Eh kita pun.
Kita melalui zaman mereka.

Sekarang juga masih ada.
Cuma terselit di celah kehidupan bersama tanggungjawab.
Bukan sekadar hidup sendiri.
Bukan sekadar bersahaja.

Punya tujuan.
Jangan ditanya kenapa begitu begini.
Sebabnya memang hidup kita begitu begini.
Supaya kita belajar semua ini.
Hidup ini penuh dengan pelangi.
Selepas hujan di tengahari.


p/s : Cuti dah menjelma. Semoga cuti yang ada ini bermanfaat. Amiin.

{ Nuur Shahirah }
05042013
0014





Label: , ,


0 comment(s)