POSTED ON Jumaat, Mac 01, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Ohh malasnya.
Malas makan
Malas study.
Malas buat assignments.
Malas baca buku.
Semua malas.

Emm ini dilema seorang yang malas hari ini.
Jangan ikut dan jangan buat.

  Bila rasa macam tu refleksi balik. Teringat talk dari Ustaz Irwan semalam. Lepas solat doa banyak-banyak. Ustaz kata buat la apa-apa amalan pun apa ke tapi kalau tak dapat apa yang kita nak kena koreksi diri balik. Kadang-kadang sebenarnya kita belum yakin dengan Allah walaupun sebenarnya kita kata kita yakin. Tak percaya? Cek diri kita. Dan bilamana kita berdoa ke kita tak buat bersungguh-sungguh. Kita tak percaya pada Dia. Tak betul? Saya rasa betul dan terkena batang hidung sendiri. Banyak ustaz cerita pengalaman beliau. Apa yang terjadi. Apa yang beliau buat. Alkisahnya semalam talk pasal nikah kahwin. Tapi ustaz pandai betul kaitkan dengan apa yang nak disampaikan. 


Point utama.

Percaya pada Allah.
We just have to believe.

Dan.

Apa-apa pun nak mintak, mintak lah pada Allah.
Ikat usaha dengan doa.

That's it.
Memang kadang-kadang kita boleh cakap macam ni

" Alaaah aku tak mintak tak doa pun aku dapat je."

  Yes memang kita dapat tapi ustaz kata kita dapat hampas je! Kalau kita mintak usaha doa Allah boleh bagi lebih baik lagi. Dari yang tak disangka. Okay berbalik kepada malas tadi. Dengan sedu sebaknya tetiba teringatkan keluarga tadi. Maka lajulah tangan ini menaip mesej .


To : A Abah
       A Emak
Salam mak abah, apa nak buat kalau rasa malas? Malas semua. Malas nak buat kerja itu ini. Yang rajin cuma tidur. Huhu

selang beberapa minit
tett

From : A Abah
Tidur sampai malas tidur. he he

Ohh abah memang suka buat lawak. Takpa. Nak hiburkan hati kot.

tett

From : A Emak
Paksa diri baca quran 1 atau 2 atau 3 atau 4 mukasurat. InsyaAllah lepas tu Allah buka jalan untuk rajin. Baca surah Thoha dengan maknanya. Baca surah Yusuf. Lihat macam mana penuh dengan dialog penceritaan Nabi Yusuf dari kecil hingga dewasa. Saidina Umar mengambil masa bertahun-tahun membaca surah Yusuf untuk mencontohi sifat sabar Nabi Yusuf dan bapanya Nabi Yaakub.

***

Emm.
Ini boleh menitiskan airmata.
I got the point.
Terima kasih mak.

P/S: Nak sambung buat assignment. Moga saya lebih rajin. Juga buat kawan-kawan. Doakan ya. :)


Allahu'alam.

{ nuur }


Label: , ,


2 comment(s)