POSTED ON Sabtu, Mac 02, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah


Kisah Cawan dan Air

Sebiji cawan tembikar yang keseorangan, dituangkan dengan air mendidih.

Cawan merasakan itu adalah rasa cinta.

Air menjadi suam, cawan berasa sungguh selesa - "Inilah rasa kehidupan," bisiknya.
Air menjadi semakin sejuk, cawan terasa takut - semacam takut kehilangan sesuatu.
Air menjadi sejuk, cawan menjadi susah hati ingin membuang air keluar.
Air akhirnya dibuang keluar. Cawan merasa sungguh selesa.

Tapi cawan terjatuh ke lantai. Hancur berkecai setiap kepingan.
Cawan melihat kepingan-kepingannya semua terdapat kesan air.
Cawan sedar sebenarnya tanpa air hidupnya kosong.
Cawan cuba memulihkan diri sendiri untuk 'mencintai' air sekali lagi, tapi semuanya sudah terlambat kerana 
cawan tidak lagi boleh menampung air di dalamnya.

Sayangi orang tercinta - jangan kerana terasa sedikit salah faham atau marah atau tak suka - terus menjadi 
cawan yang membuang air keluar.

Jangan menyesal seperti cawan. Ada benda yang tidak dapat dipulihkan.
Senyum. ^_^

credits :)

p/s : Sedang merindui keluarga tercinta. Emak, abah, kakak, abang, kakcik, kakuda, adik, anak-anak buah. Dan masakan mak. Sobs. Kena kuat. *sambung assignments*

 Wassalam. 

Label:


0 comment(s)