POSTED ON Khamis, Februari 28, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah
Ada ke jual rak buku macam tu? Nak nak!
Macam biasalah dah nampak gambar atas ni mesti tahu kan nak cakap apa.
Wahai orang kampung sekelian.
Eh.
Silap-silap.
Wahai pembaca blog yang comel lagi budiman.
Di sini saya ingin mengumumkan bahawasanya saya akan melangsungkan. . .
Erk.
Ni nak bagitahu dekat sini mesti semua tahu kan pelajar-pelajar kat Malaysia ni dapat Baucer Buku 1Malaysia kan? Alaa BB1M tuu. Tak tahu sila google. Oleh itu, dengan sukacitanya telah membelanjakan untuk shopping! Eh shopping books tau. Bermanfaat sikit kan. Haa tapi tu lah buku yang diidamkan belum lagi ketemu. Sobs
Apa-apa pun semalam setelah penat membeli, saya dengan dukacitanya terpaksa mengasingkan buku-buku yang dah beli tapi belum dan juga ada yang baca separuh. Ohh ini cerita sedih. Sebenarnya nak mengemas je. Tapi susun letak tempat lain sebab meja penuh. Mana dengan buku akademik lagi. Untuk keselesaan buku yang lain tu terpaksalah disorokkan sebentar. Takut-takut nanti kalau dah baca kerja yang lain tak buat. Utamakan yang mana perlu. Priorities.
Books maniac.
Dia kata pada saya.
Ohh ini hiperbola.
Tapi ini sangat betul.
Kalau anda baca sila senyum sampai ke telinga ye. :)
Okay ni sebahagian buku yang masih belum sempat dihadam. Dan ada yang dah tapi belum sepenuhnya.
#1 Hilal Asyraf's books
Dulu masa zaman muda sekolah dulu tak berminat sangat baca.
Tapi sejak lepas tu cuba baca terpikat pulak. Eh.
Emm.
Koleksi baru.
Eee hang baca buku cinta?
Haa kenapa?
Salah eh.
Jangan salah faham ye. Bukan nak kahwin ke apa cuma beli dulu untuk masa depan. Tak pun bagi akak-akak yang dah berumahtangga baca. Haa sharing is caring. Dan buku tu pun membicarakan tentang kehidupan sebenarnya. Pembinaan jiwa.
Cuba kita fikir-fikir balik kan.
Kadang-kadang kita berkira sangat nak berbelanja nak beli buku.
Hatta saya sendiri pun.
Tapi tu lah kena pandailah bahagikan.
Bukan semua kita boleh beli kan.
Satu persatu.
IQRA'!
Dr H said, " Read everyday."
Read and UNDERSTAND.
and
THINK.
Allah told in al-Quran, " For those who think."
Allahu'alam
{ Nunwaura' }
Label: quickupdate, spontaneous thursday
2 comment(s)