POSTED ON Jumaat, Februari 15, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bsimillah.
" Aku tak suka kau! Aku tak suka kau makan aku tak suka kau minum aku tak suka kau pergi kelas aku tak suka kau main bola aku tak suka kau main twitter!"
" Emm.. tapi kenapa.. "
" Kau jangan tanya! Aku tak suka kau tanya. "
" Erk. "
*krik krik krik*
Ahha. Mesti macam pernah dengaq kan dialog ni. Peminat-peminat setia Matlutfi mesti tau. Dalam video 'Masalah' kalau tak silap. Silalah cari di youtube ya. Lebih kurang lah dialog tu memang niat di hati nak amek dari situ pun. Pencetus idea. Cewahhh.
Nak cerita apa eh. Lately. Eh kebelakangan ni saya menghadapi satu situasi di mana saya emm terpaksa bergelut ( baca : struggling) dengan Encik S.
Dia ni sangat baik sebenarnya.
Comel.
Cute.
Bergaya.
Kacak.
Apa lagi.
Haa.
Beriman!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak berkenalan?
Nak taaruf mungkin.
Meh nak perkenalkan.
Silalah mengorat encik S ni dengan sebaiknya.
Lekat dalam hati.
Eh.
Okay ni haa beliau
Ingat senang ke nak tackle ni haa.
Dah berjaya.
Lepas tu dia pi mai pi mai.
Semalam dengan hari ni tak silap pagi-pagi bukak Tanyalah Ustaz dekat tv9 ustaz tu cerita pasal sabaq ni.
Katanya
Sabaq ni cakap memang mudah. Nak buat tu payahnya.
Lepas tu ada lagi.
Sabar ni umpama matahari yang panas membahang tapi panasnya menyuburkan tanaman.
Cuba bayangkan matahari pagi-pagi tu. Kan panas. Duk sidai kain pun masuk rumah haa berpeluh-peluh. Eh ada kaitan ke. Boleh lah kot. Tapi tapi betul kan cahaya tu lah yang menjadi asbab suburnya tanaman kan. Proses fotosintesis dapat berjalan. Haa dah termasuk bab sains. Nanti cari cari la ye dengan google kalau dah lupa apa maksud fotosintesis tu.
Emm.
Kesimpulannya.
Nak cerita dekat sini hari-hari tu sebenanya ujian.
Hari ni kita gembira.
Itu ujian jugak.
Kot kot terlebih gembira sampai tetibe ketawa terbahak-bahak tup tup tergolek. Eh. Yela kot terlebih seronok pun tak boleh jugak.
Teringat kata-kata Wardina Safiyyah dalam satu talk ni.
Life is all about struggling.
Struggling to be a better muslim.
Kalau tak silap salah satu talk Twin of Faith.
Bila agaknya dapat pergi kan. Sobs
Yasmin Mogahed nak datang pun tak dapat ada kelas.
Eh.
Dah melalut.
Haa tu lah nak habaq mai.
Duk bergelut dengan diri sendiri pun payah la ni.
Mana hilang entah sabar dalam benda kecik pun.
Alahai.
Eyt sebelum terlupa.
Hari tu terbaca ni lebih kurang bunyi dia.
Kalau nak anak ramai kena banyak bersabar. Kena jadi orang penyabar. Sebab kebanyakan orang yang penyabar ni boleh bertahan dengan anak-anak yang ramai.
Jadi saya di sini ingin menyeru kalian jika mahukan anak yang ramai sila lah didik diri dengan sabaq.
Naa.
Untuk diri sendiri jugak. ><
Tapi tapi betulkan niat.
Kita nak didik diri dengan sabar sebab apa.
Kita nak ikut Uswatun Hasanah kita Rasulullah s.a.w.
Sapa lagi kita nak ikut kan?
Fasobrun jameel.
Sabar itu cantik.
Macam kamu.
Ya.
Yang sedang baca entri ni. ^^
p/s: Semester baru nak mula dah 18hb ni. Doakan kami di perjalanan ini.
nuurshahirah
140213
semenyih
0 comment(s)