POSTED ON Sabtu, Februari 02, 2013 by Nuur Shahirah \\
Bismillah

Quick update
Entri yang ringkas mungkin.
Sedikit santai.

Okay.

Eh sebelum tu.
Nah sikit motivasi sebagai permulaan. #viatumblr


   Haa sambung cerita. Semalam petang pergi masjid baru. Masjid baru dekat taman ni haa. Bandar Rinching. Tak tahu kat mana? Tesco Semenyih tahu? Depan tu ja. Teringat ustazah masa ALSP hari tu. Sebut Bandar Rinching haa terus sebut " yang ada tesco tu?" Yaaaa haaa betul betul ustazah. Katanya die suka pergi Tesco. Alaa biasa la wanita-wanita suka window shopping. Terapi jiwa katanya. Kadang-kadang la bukan semua suka kan. Okay kembali ke pangkal jalan. Dekat taman ni yang terdekat ada surau je tapi dekat seksyen 2 tempat saya tinggal takda. Dan masjid yang terdekat masjid kena jalan pergi pekan sikit la. Alhamdulillah masjid ni dekat sangat terutamanya untuk yang duk dekat seksyen 2 dan 3. Cantik dan besaq jugak. Nak ambil gambaq tak sempat. Ada ambil tapi disebabkan malam tak berapa cantik. Almaklumlah talipon bimbit tak berapa nak canggih. Takda touch touch galaxy galaxy iphone ka kan. 

" Haa tak bersyukur la tu ! "

Erk. Okay che' cakap ja. Dapat ambil gambaq ni ja. Malu pulak tiba-tiba bawak keluaq handphone snap banyak-banyak kan.  


lampu je nampak? (=_=")

cantik kannn :)


     Sebenarnya masjid ni belum siap pun sepenuhnya. Ada lagi barang-barang kontraktor tinggal. Tapi atas sebab tak sabaq saangat kami berjaya merasmikan secara tak rasmi. Tapi cantik sangat rasa macam hari-hari nak pergi. Kalau ada orang nak bawakkan lah. Bila datang semalam tibatiba teringat masjid An-Nur Maahad Hamidiah Kajang. Rindunya nak solat dekat situ ramai-ramai dengan kawan-kawan. Balik masjid lari-lari. Eh ada ke? Ada-ada sebab ada sekali tu lampu takda gelap jadi kami takut. Tapi tapi itu dulu. Lupakan lupakan. Nak dijadikan cerita terdengarlah makcik-makcik ni bersembang usai solat Isyak.

" Haa tu la tadi sambal tinggal kejap lagi balik baru nak masak. "

" Ooo saya pun tadi tiba-tiba petang dengar orang mengaji jadi saja la lalu belakang ni tengok ramai orang tu yang datang tu. Ajak kawan-kawan sekali."


     Nak cakap dekat sini sama-sama imarahkan masjid ke surau ke kat mana-mana pun. Tak pun luang lah masa lepas maghrib paling mudah mengaji ke apa ke. Sampai isyak masuk. Sekejap je tak lama pun. Kalau kita boleh habiskan masa tengok movie ke apa ke sampai berjam-jam takkanlah sejam pun tak boleh kan?Rasa-rasa kalau waktu siang atau hari lain mesti nak cari masa susah kan yelah dengan kerja itu ini. Jadi apalah salahnya lepas maghrib peruntukkan untuk ibadah kita. Tak rugi tak susah. Mudah je. Bukak al-Quran mengaji tadabbur sekejap. Paling-paling kalau tak larat ke duduk lah zikr ke muhasabah diri sekejap.


Lagi lagi.
Ada nampak anak-anak comel datang masjid.
Kan bagus macam tu dari kecik didik.
Sejuk hati.

Saya punya satu impian.
Nanti nak bawak anak-anak selalu pergi masjid.
Tak dapat hari-hari pun takpa.
Asalkan ada dalam seminggu.
Eh terberangan.

Bukan berangan tapi impian.
Jangan risau tumpuan saya bukan itu sahaja.
Selalu ingatkan diri sendiri.

Priorities Priorities Priorities.


POINT UTAMA

Ambillah masa untuk diri kita dekat denganNYA sepertimana kita meluangkan masa untuk berhibur mungkin.

P/S : nak tersadung semalam excited tengok masjid baru. :)

Allahu'alam.


{ Nuur Shahirah }
1503
020213
Di atas kerusi ruang tamu



Label: , ,


2 comment(s)