POSTED ON Isnin, Mei 16, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim....

tajuk post kali ini cikgu..hmm mesti dah dapat agak apa yang ana nak cerita dalam post kali ni..
16 Mei 
tiap tiap tahun di sekolah kita sambut
dari tadika, sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah..
kali ini ana teringin nak mengimbau nostalgia lama dengan guru-guru ana sejak ana kecil lagi..

[ 1998-1999 ]

>> ana berumur 5 tahun..mak ana menghantar ana ke tadika..kalau tak silap ana Taski Abim Saidatina Fatimah...taski ni terletak di Taman Seri Serdang..kebetulan memang dari pagi sampai petang ana tinggal di taski ni sebab mak ana kerja..macam-macam ana belajar di sini..mula-mula belajar ABC..belajar alif ba ta..belajar 123..macam-kenangan ada..pahit manis semua ada..ingat lagi masa kena marah dengan ustazah..huhu..tak dapat dilupakan..bila mengaji kena marah sebab salah..kena marah sebab lambat..hmm..tapi bila dikenang semula masyaAllah..dengan marah itulah ana mula bersungguh nak berubah..dengan ketegasan itulah ana belajar dengan harapan menjadi lebih baik..terima kasih semua ustazah-ustazah yang sabar mengajar ana..hanya Allah yang dapt membalas jasa kalian..

[ 2000-2005 ]

>>  mula bersekolah..zaman sekolah rendah adalah zaman kanak-kanak ribena..hehe*betul ke??
ana telah berpindah rumah pada tahun 2002 jadi banyak la sekolahnya..jom senaraikan sekolah ana

.: sekolah kebangsaan :.

1- Sekolah Kebangsaan seri Serdang (Seri Kembangan)
2-Sekolah kebangsaan Semenyih
3-Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching

.: sekolah agama :.

1-Kafa Mnabaul Ulum Seri Serdang
2-Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih

      ingat lagi mula-mula masuk sekolah darjah satu..guru kelas yang paling baik dengan ana namanya Puan Mardiati..cikgu ni ajar ana matematik..ana masih ingat lagi satu hari ana dipanggil sebab dalam ujian ana salah jawab sedangkan soalan tambah tolak yang sangat mudah..huhu..di situ dapat kenalpasti kelemahan ana yang careless ataupun kadang baca soalan tak habis..pengalaman betul..kes yang sama ketika masuk darjah dua..cikgu tulis lain kat papan hitam tapi bila kat buku tulis lain pulak ditulisnya..tak cukup huruf la..memang kena marah..yelah bahasa melayu..salah eja memang kena la..
     ini alkisah sekolah agama pulak..bangun pagi pergi sekolah agama..kenangan tak dapat dilupakan kena tunjuk demo solat kat depan kelas..huhu..malu jugak..tapi tak pe ustazah..saya dapat belajar sekali..seronok sangat...kawan-kawan pun dapat belajar..kemudian masa di Kafa Seri Serdang ada Amal Islami..macam-macam pertandingan ada..marhaban..dialog bahasa arab..ingat lagi ustazah ajar marhaban..huhu..best sangat..walaupun kecik-kecik memang tak paham le..di Semenyih pun ada Amal Islami..masuk pertandingan khat..ustaz yang paling baik dengan ana Ustaz Najib..bila dah naik darjah 4 5 dan 6 sekolah sesi petang pulak..macam macam ragam ada..macam biasa sebelum balik kena solat asar dulu..bila waktu terakhir je mula la kelam kabut kemas-kemas beg..ingatkan tak sabar nak solat rupa-rupanya tak sabar nak balik..haih..zaman kanak-kanak ribena..macam-macam kan..hmm..cuba ingat nama ustazah-ustazah..

    Ustazah Ida Nilyati (Feqah + guru kelas 2003)
    Ustazah Saudah (Tauhid 2003-2005)
    Ustazah Hermawati (Bahasa Arab 2003-2004)


       banyak lagi sebenarnya tapi tak berapa ingat..huhu..tak ingat tak bermakna lupa kan?ana sentiasa ingat ustaz dan ustazah yang mengajar ana macam-macam..dari tak tahu apa-apa hinggalah tahu dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan..alhamdulillah..banyak lagi nak cerita tapi nanti dah jadi kisah hidup pulak kan..takpe..kita teruskan pengembaraan kita ke zaman kanak-kanak ribena juga..hehe..sekolah kebangsaan pulak..

    Darjah 1 hingga darjah 2 di Seri Serdang..kemudian darjah 3 di Semenyih..sambung lagi darjah 4 hingga darjah 6 di Bandar Rinching..cikgu-cikgu yang ana masih ingat namanya kalau tak silap le..
 
    Puan Mardiati (matematik kesukaanku..!)
    Puan Zainita (Bahasa Melayu juga merangkap cikgu pidato..huhu)
    Puan Noraini (Bahasa Melayu juga)
    Puan Marzatul Dashima (Matematik)

    eh banyak lagi..hmm..nak senaraikan nanti jadi macam majalah sekolah pulak kan..kenangan paling tak dapat dilupakan bersama Cikgu Zainita ketika berlatiah untuk pertandingan pidato..nak dijadikan cerita latihan buat pada hujung minggu..jadi ana pun kayuh la basikal pergi sekolah..nak dijadikan cerita ana pergi dengan kawan ana yang juga berlatih untuk sajak..sebelum sampai sekolah kami singgah kedai dekat-dekat situ sebab nak beli air..kalau tak silap ana dan kawan ana beli air kotak dan sebotol air gas*waah..bagus betul beli air gas ye..sampai je sekolah cari port nak minum jap..baru nak teguk air gas tu je.."eh..kenapa minum air gas tu?nanti lupa teks macam mana?bagi cikgu air tu!"..huhu..cikgu Zainita bersuara..terkejut kami..melepas lah..nak buat macam mana kan..sejak kejadian tu memang jarang sangat beli air gas..orang lain beli baru minum..kalau nak beli sendiri memang tak lah..haa..tiba-tiba teringat dulu masa darjah 4 tak silap..masa tu ana ni kirasubjek matematik macam lemah sikit la..*sikit ke?..tapi memang ana minat subjek ni..kebetulan cikgu yang ajar ana matematik ni memang baik dengan ana..selalu jugak dia tegur ana tentang markah matematik yang agak lemah..memang sedih jugak lah..akhirnya ana pun ambil inisiatif buat latihan banyak baaaaaaanyak..alhamdulillah bila cikgu ajar tambah latihan ana dapat meningkatkan prestasi..terima kasih Cikgu Zaidah!


         rasa macam dah panjang..di sini ana nak ucapkan terima kasih banyak baaaaaaanyak kepada semua cikgu yang telah mengajar ana di taski,sekolah rendah mahupun menengah..Allah je yang dapat membalas jasa kalian..doa dari anak muridmu ini untuk semua guru-guru yang siang malam bertungkus lumus mendidik ..berkat dan usaha cikgu semua terbalas dengan keputusan peperiksaan UPSR dan PSRA..alhamdulillah..


last but not least! 

*nota kaki : nak sambung post ni tapi nak cerita pulak cikgu-cikgu maahad tercinta!
 asif jika ada pembaca yang mengharap entri yang lebih baik..bila dah habis zaman  sekolah rindu sangat sampai terimbau-imbau..^__^
   




Label: , ,


2 comment(s)