POSTED ON Khamis, Mei 19, 2016 by Nuur Shahirah \\
It wasn’t easy to deal with losing someone in our life. Especially our own family. Mungkin mudah bagi kita cakap sabar  byk byk tapi beratnya rasa tu Allah sahaja yg tahu. Lewat baru ni byk teringatkan allahyarham ayah yg pergi 11 tahun lalu. Rasa sedih dtg takut lagi hilang. Tahu tahu Allah menguji lagi dengan kehilangan kakak tersyg baru baru ni. 1 Rejab 1437H. Allah, beratnya rasa ni sampai kering air mata. Tambah sayu lagi melihat anak kecik yg ditinggalkan. Sungguh, Allah syg dia lebih lagi. Syg emak lebih lagi selepas diuji satu persatu. Hikmah besar sungguh dari dulu sejak melahirkan dua anak dia, saya jaga dia semasa berpantang. Bond lebih kuat dgn anak-anak dia. Sungguh hari ini rindu marah dia. Marah bila adik dia ni lemah lembik. Sampai diri sendiri tak mampu nak jawab bila si kecik tanya kenapa ummi pergi, kenapa ummi pergi kubur mlm2, kenapa semua. Sampai runsing si kecik bila nampak dikeluarkan semua baju si ummi dari almari. Sayu lagi hati ini teringatkan dia tak dpt melihat adiknya ini bergraduasi tahun ni sbb duu dulu dia yg byk membantu dari segi kwgn bila susah. Dia juga penguat emak bila ayah pergi.

Buat adam dan anis,
Hari hari makteh rindu menangis sedih. Kdg kdg tak mampu nak ucap apa. Sampai satu masa istighfar sebyk byk mohon Allah beri ketabahan dan redha atas semua ni. Mungkin hari ini adam anis tak faham lagi bila opah cakap ummi pergi syurga, Allah syg ummi lagi tapi satu hari nanti, moga moga adam anis membesar jd anak yg soleh solehah mendoakan ummi dan jaga abah. Percayalah, ini semua Allah beri bukan sia-sia. Sakit pedih rasa moga Allah memberi yg lebih baik pd masa depan. Moga moga Allah beri kekuatan kepada kami membesarkan dan mendidik adam anis jadi anak yg soleh solehah berjaya dunia akhirat. insyaAllah, makteh akan nukilkan sikit sby psl ummi adam anis supaya adam anis ingat dan kenal ummi walaupun bukanlah secara realiti di dunia ini.

A month after that, 1 Syaaban 1437H, my nearest aunt passed away too. Sungguh, Allah menguji dan mengingatkan kami mati itu sgt dekat. Sampai harini masih terasa macam mimpi. Setiap kali melihat wajah anak-anak kakak, sayu rasa semacam dia ada lagi bersama kami. Allah, kuatkan kami dan mudahkanlah kami memikul tanggungjawab mendidik anak-anak ini dgn baik. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel. Engkaulah sebaik-baik penolong buat kami. 

Post ni ditulis lama dah pada 13 April 2016. Just few days she left us. Disebabkan terlalu busy dgn tugas semasa praktikal tak sempat post. Al-fatihah buat kedua-duanya yg kami sgt sayangi. Moga bertemu di syurga nanti. 


Missing both of them damn much. 


salam rindu,
nuur shahirah.



1 comment(s)
POSTED ON Sabtu, Jun 27, 2015 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.

A spontaneous post i guess. Sejak masuk tahun 3 ni rasa macam tak sempat pun nak jenguk blog. Lepas tu tengah sibuk exam baru teringat-ingat terbayang-bayang di mataku. Cewah. Saje je kan masa duk busy ni lah semua benda nak buat. Nak basuh pinggan, nak masak rendang, nak buat puding karamel, nak semua lah. Tu contoh je. Contoh terbaik ialah masa tengah update blog ni lah. Nota depan mata kemain lebar nak jugak jenguk sini. Sebab rasa macam banyak benda tak terluah. Banyak benda yang hari-hari duk tenung pikiaq lepas tu digest dalam-dalam.

Satu je benda nak sebut harini. Pasal kita terima baik buruk orang terutamanya yang buruk lah kan sebab org kita ni mmg susah kadang nak terima buruk org. Buruk tu dalam erti kata lain 'bad side of someone' lebih kurang camtu Accepting flaws. Dah lama duduk rumah sewa dengan kawan-kawan ni dah banyak benda saya belajar. Pernah dengar kot org kata kalau nak kenal org duduk dengan dia sebumbung lebih tiga hari sebab biasa org kalau nak berlakon tak boleh lebih lama dari tiga hari tu. Benda tu sangat betul ya. Yelah sebab kita diri sendiri pun banyak cacat cela yang org tak nampak tapi kalau agaknya org duduk dengan kita serumah semua tahu lah baik buruk kan. Yang jadi point utama skrg ni kita ni boleh ke tak terima baik buruk tu? Cuba cek balik diri masing-masing. Kadang kan dalam benda macam ni susah jugak sebab kita ni mulut haa suka cakap sana sini bila tahu baik buruk org tu. Tapi ada lah beberapa benda yang saya rasa boleh lah guna bilamana kita ni hidup dengan org macam-macam perangai ada kan.

Satu. Bagi yang kita nampak buruk tu simpan-simpan lah hal tu. Jangan suka duk canang dekat semua orang. Dah update facebook, twitter, wechat lepas tu pi duk sembang pasai kawan ni kat kawan sana pulak. Haa ni sgt salah. Kalau dah kata tak boleh nak sabaq sgt tegur je lah kawan tu. Kalau tak berani mintak tolong org lain. Kalau duk canang kat org kita pun jadi buruk jugak. Ye dak?

Dua. Bagi yang rasa diri kita ni mmg org dah nampak sgt lah perangai kita ni ke apa ke. Bawak-bawak lah berubah sikit-sikit. Bukan nak ubah sebab org tapi sebab kalau ada salah tu apa lah salahnya kita cuba ubah jadi lebih baik kan?

Apa-apa pun, yang baik kita ikut yang salah kita betulkan. Terima lah baik buruk kawan kita ke adik akak ke abg ke suami ke isteri ke semua lah. Boleh jadi yang buruk tu kita nampak sebab kita ni pun sama je kot. Kehkeh. Tak kisah lah yang penting just be yourself and try to be better each day.



P/S: Doakan saya exam lepas tu ada lab work utk final year project. Moga Allah mudahkan kita semua.



salam rindu,
Nuur
2353
270615

Label: ,


0 comment(s)
POSTED ON Ahad, Mei 24, 2015 by Nuur Shahirah \\
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dah lama sangat rasa tak update blog. sibuk dengan banyak benda yang lebih penting. Hujung-hujung dah nak habis degree ni rasa kadang macam sesak sangat dengan semua benda. Ajaibnya, semua Allah bagi hadapi dengan tenang walaupun kadang terumbang-ambing jugak. Dengan proposal defense, dengan tanggungjawab lain yang org bagi. Kadang rasa ya Allah boleh ke aku buat ni. Tapi sikit-sikit Allah tolong sedar ataupun tak. Wa kafa billahi wakeela. Allah dah cukup sebenarnya kalau betul kita bergantung dekat Dia selepas kita berusaha. Memang byk keputusan dah buat sejak kebelakangan. Lama jugak fikir itu ini. Yang pasti bila fikir balik dalam dalam semua berbalik pada diri kita dan Pencipta kita, Allah. Sisa-sisa umur yang ada yang taktahu panjang mana ini moga Allah mudahkan urusan kita semua, dunia dan akhirat. 


salam rindu,
Nuur.
2143
240515

Label: ,


0 comment(s)