POSTED ON Selasa, April 14, 2015 by Nuur Shahirah \\
Bismillah.

Dah berapa lama tak menaip kat sini. Duk sibuk taip thesis proposal je tak habih. Alkisahnya baru-baru ni join SUFA ( Sukan antara Fakulti) USIM. Jadi macam biasa lah ingatnya semester lepas dah ada semester ni takdak dah. Tup tup eh ada lagi. Pikiaq dua tiga kali jugak lah nak masuk ke tidak sebab macam biasalah main lawn bowl ni memang berpanas berhujan habih muka terbakaq ohh. Tapi pikiaq punya pikiaq rasa cam rugi je tak main sebab at least boleh la lepas stress sat even penat training. Benda yang paling penting dalam tempoh duk training dan masa tornament ni ialah rasa macam enjoy dan seronok sgt dengan kawan-kawan dan junior yang sama team. Bukan sebab kami duk bersakan berseronok ke apa tapi dpt rasa team punya semangat sokongan semua ada. yang adik-adik walaupun kami ni kakak-kakak masih ada rasa hormat dalam bersembang ke apa masa training. yang tak dpt depa tunjuk bagi semangat. Yang paling penting dalam masa ni rasa tak perlu fikir benda lain yang serabutkan kepala kita. Main berpanas dari pagi ke petang kalah menang tapi tetap rasa bangga dengan usaha dan semangat team yang the bestttttt! Alhamdulillah dapat gangsa bagi team perempuan. Dah rasa macam satu family dengan depa ni.


Dan sejurus selepas berakhir SUFA, satu keputusan telah dibuat demi masa depan dan mak abah pun menyokong. Itulah yang terbaik tentang family kita. Sentiasa menyokong apa pun keputusan kita sebab mereka lebih mengenali kita bukan org lain yang baru kenal setahun dua.

Whatever happens next, it will be better. Biidznillah.



Love, 
NuurShahirah
140415
2133

Label:


1 comment(s)