POSTED ON Jumaat, April 29, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

assalamualaikum kepada pembaca yang sudi menjengah ke blog yang tidak seberapa ini...

awal kalam sebelum meneruskan apa yang ingin disampaikan
*mohon membahasakan diri sebagai saya ya...


ujian
semua orang tahu
ujian dalam pelbagai bentuk
sakit itu ujian
sihat itu ujian
miskin itu ujian
kaya itu ujian
gembira itu ujian
sedih itu ujian


sumber : google

aahhh....segalanya di dunia ini ujian
di mana pun kita berada Pencipta kita tidak pernah melupakan hamba-hambaNya
dalam sedar tak sedar ujian menimpa

bila kita gembira kita senyum
bila kita sedih kita muram

itu lumrah manusia tapi
 orang yang beriman tu senyumnya tatkala susah dan senang
orang yang beriman itu gembiranya tatkala gembira dan sedih
segalanya diserahkan sepenuhnya pada Yang ESA...


bila datang ujian
gundah gelana
haru biru
perit
pedih
sayu
Allah sahaja yang tahu
lalu..
di mana tempat bergantung
di mana tempat meluah rasa
ada yang menangis pada ibu ayah
ada yang menangis pada sahabat dan teman
ada yang mengadu nasib pada yang tersayang
namun di mana sebenar ketenangan itu..
janji Allah sentiasa ada

"sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.."

*nota kaki :entri muhasabah mungkin~

wallahu'alam

hamba yang lemah,

Label: , ,


0 comment(s)
POSTED ON Sabtu, April 23, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum

ok..entri kali ni dahn lama nak buat tapi baru dapat idea sekarang
waah..dah lama event ni tapi baru nak post
takpe..bagi warga hamidiah mungkin dah tahu tapi bagi pembaca-pembaca yang lain saya sediakan post ini untuk tatapan anda semua..
sharing is caring...

jom!
ni nak cerita tentang Hari Graduasi kami selaku warga SMKA Maahad Hamidiah Kajang
wow!
dah lama jugak berteduh menimba ilmu di bumi ulama' ni*ustazahMarzilah kata maahad bumi ulama'..ameen

ada yang dari tahun 2006 -- 2010
ada jugak yang berhijrah ke hamidiah dari 2007 @ 2008 @2009...
tapi tak kisah lah yang penting..

KAMI WARGA HAMIDIAH!!! * saya bangga menjadi warga hamidiah* 

okeh teruskan tentang hari graduasi
fuuh..malam sebelum tu mestilah macam macam kan
haa ni antaranya kat muka buku *facebook ye kawan2*





malam sebelum graduasi..
semua siap-siap!
esok pakai baju lawa-lawa
smart-smart
kasi iron nampak line punya

*cewah..macam nak amek phd pulak ( bak kata abang saya)

esoknya..pagi-pagi bangun siap-siap
wah....kembali semula ke maahad terchenta!!
teringat gamitan dewan Al-Syafie masa SPM
daftar jumpa kawan..
apa lagi macam-macam la ceritanya..
seronok dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama bebenor tak jumpa
eh eh ada srapan nasi lemak la pulak pagi tu *sedap sedap terima kasih makcik yang masak!*

majlis berjalan macam biasa
perarakan VIP masuk
lepas tu kami pulak 
kalau semua nak tau majlis ni sekali dengan majlis penyampaian hadiah 2010
lepas persembahan
jeng2!
kamilah la pulak naik pentas..
habis je majlis..
macam biasa..lensa time!!
banyak betul port kami..tepi dewan..dalam dewan..atas penras..bawah pentas..wahwah..takpe bukan selalu kan..tak gitu?
okay jom tengok gambar-gambar yang sempat kami snap..
*ambil dari kwn ye*

perarakan masuk *credits to my friend for this pic

5ibs forever *credits to azlyn

kami warga maahad! *azlyn cantik edit!like!


wah...

nak naik pentas ni..tengok jubah semua okay tak..

last but not least..



sangat sangat bersyukur belajar di maahad hamidiah
sangat-sangat bersyukur belajar dengan guru-guru di maahad hamidiah
sangat-sangat bersyukur jumpa sahabat-sahabat seperjuangan di bumi ulama' ini
sangat sangat dan sangat bersyukur berpijak di bumi hamidiah!!!
alhamdulillah..Allah sentiasa aturkan yang teeeeeeeeerbaik buat semua hambaNya kan??

akhir kalam SAYA,KAMI warga dan alumni  SAYANG MAAHAD!!!
jom ramai-ramai pakat hantar anak-anak,cucu-cucu.cicit-cicit pergi belajar di maahad hamidiah!!!
                                                      *promote ^_^*


 * nota kaki: tak kira di mana pun kita belajar..niat betul insyaAllah..wallahualam..






P/S : entri graduasi ini juga boleh dibaca di blog kami (hamidiah)..


yang benar
calon SPM 2010 hamidiah ,


0 comment(s)
POSTED ON Selasa, April 19, 2011 by Nuur Shahirah \\
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t

mati itu pasti....
selalu dengar orang kata ustaz-ustaz dan ustazah selalu bagi tazkirah tentang mati yang pasti tiba

tidak kira tua atau muda
tidak kira miskin atau kaya
tidak kira sakit atau sihat
tidak kira di mana jua

tidak akan terlambat atau tercepat walau satu saat..
ajal yang telah tertulis sejak di luh mahfuz

hari hari berlalu macam biasa
namun....
mendapat berita kembalinya saudara kepada Pencipta
terkejut?
terkesima?
sedih?
takut?
macam-macam berlegar di kepala
Allah...

cepatnya dia pergi
5 tahun dulu saya pernah kehilangan orang yang sangat disayangi..
itulah arwah ayah saya..
satu persaan..kesedihan..yang tak dapt diungkapkan
baru semalam berborak-borak
baru semalam bergurau senda
baru pagi tadi melihatnya berangkat ke tempat kerja..
namun esok tiada lagi kelibatnya..
yang ada hanya sekujur tubuh kaku..

itulah lumrah hidup
ujian silih berganti
kehilangan orang yang tersayang sangat perit dan sukar
namun..
selalu kita dengar orang berkata begini
"yang pergi tu biarlah pergi kita yang hidup ini teruskan hidup..Allah lebih sayangkan dia"

ya..betul...itulah yang kami sekeluarga hadapi..
pelbagai dugaan dan cabaran..hidup perlu diteruskan
memang bukan mudah
tapi redha la itulah aturanNYA..

setelah sekian lama kesedihan semakin terubat
bukan melupakan yang telah pergi tapi meneruskan perjuangan di muka bumi ini...
kiriman doa tidak putus
itulah penyambung kasih sayang kami..

di sini jua tempat kembali


entri ini terdetik apabila mandapat berita kematian salah seorang saudara..tak siapa sangka namun telah tiba saatnya..semoga Allah merahmati arwah..

P/S: post yang agak puitis mungkin..terimbau memori..*bergenang sedikit
        wallahu'alam~



Label:


3 comment(s)
POSTED ON Jumaat, April 15, 2011 by Nuur Shahirah \\

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum
 mohon maaf kerana nampaknya saaaaaaaaaaangat lama tidak update..
untuk mengisi kekosongan di blog ini ana kongsikan satu lagu nasyid..



satu lagu dari INTEAM iaitu Kepastian...

JOM kita hayati lirik lagu ni sama-sama....


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan 
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan 
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah




P/S :banyak yang ingin dikongsi tetapi belum sempat ditulis...minta maaf sgt2...

BY SURIRUMAH LEPASAN SPM ^__^ ,

Label:


0 comment(s)