POSTED ON Ahad, Mei 24, 2015 by Nuur Shahirah \\
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dah lama sangat rasa tak update blog. sibuk dengan banyak benda yang lebih penting. Hujung-hujung dah nak habis degree ni rasa kadang macam sesak sangat dengan semua benda. Ajaibnya, semua Allah bagi hadapi dengan tenang walaupun kadang terumbang-ambing jugak. Dengan proposal defense, dengan tanggungjawab lain yang org bagi. Kadang rasa ya Allah boleh ke aku buat ni. Tapi sikit-sikit Allah tolong sedar ataupun tak. Wa kafa billahi wakeela. Allah dah cukup sebenarnya kalau betul kita bergantung dekat Dia selepas kita berusaha. Memang byk keputusan dah buat sejak kebelakangan. Lama jugak fikir itu ini. Yang pasti bila fikir balik dalam dalam semua berbalik pada diri kita dan Pencipta kita, Allah. Sisa-sisa umur yang ada yang taktahu panjang mana ini moga Allah mudahkan urusan kita semua, dunia dan akhirat. 


salam rindu,
Nuur.
2143
240515

Label: ,


0 comment(s)